Kenali simptom selesema atau flu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Anda mengalami sakit tekak, hidung berair dan sakit kepala? Anda terfikir, adakah ia tanda-tanda selesema atau flu? Mungkin anda juga pernah mengalami situasi seperti ini di mana anda tidak begitu mengetahui sama ada anda sedang mengalami flu atau selesema. 

Selesema dan flu mempunyai banyak persamaan yang kadang-kadang kita sukar untuk mengenalpastinya. Kedua-duanya adalah disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran udara atau pernafasan. Sesetengah orang mungkin mempunyai beberapa simptom sama yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Simptom selesema dan flu sama atau tidak?

Kedua-dua selesema dan flu membuatkan diri anda berasa lebih teruk, dan kedua-dua keadaan kesihatan ini sebenarnya disebabkan oleh virus. Tetapi apakah perbezaan yang ketara antar selesema dan flu? Simptom bagi selesema dan flu boleh dikatakan agak serupa, oleh itu agak sukar untuk menentukan keadaan mana satu yang sedang menjangkiti tubuh anda, selesema ataupun flu. Dengan mengetahui keadaan sebenar yang menjangkiti anda akan memudahkan doktor merawat anda dengan kaedah rawatan yang bersesuaian dan tepat. 

Selesema biasanya tidak berlaku dalam tempoh yang lama dan tidak begitu serius berbanding flu. Untuk flu pula, ia agak berbeza. Pada musim flu yang berlaku antara tahun 2015 hingga 2016, ia telah menyebabkan hampir 11 juta lawatan perubatan, 308,000 rawatan di hospital selain 12,000 kematian. Kebanyakan individu akan kembali sembuh daripada selesema dan flu dalam tempoh masa kurang daripada dua minggu tanpa mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, jika anda adalah seorang individu yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius daripada flu seperti memiliki penyakit jantung atau asma, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberikan ubat antivirus flu untuk anda.

Perbezaan selesema dan flu

Secara amnya, flu adalah lebih teruk daripada selesema biasa, dan simptomnya lebih biasa dan tegang. Selesema biasanya lebih ringan daripada flu. Individu yang mempunyai selesema lebih cenderung mempunyai hidung yang berair atau tersumbat. Selesema secara umumnya tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, seperti radang paru-paru, jangkitan bakteria, atau ditahan di hospital (hospitalization). Walau bagaimanapun, flu boleh mempunyai komplikasi yang sangat serius.

selsema vs flu

Tanda-tanda lain

Anda boleh mendapatkan selesema pada bila-bila masa tetapi lebih cenderung pada musim sejuk. Musim flu biasanya berlaku dari bulan November hingga Mac, anda juga boleh mendapatkannya pada bulan Oktober atau lewat pada bulan Mei. Anda boleh mendapat penyakit pada waktu lain, tetapi simptom di luar musim flu lebih cenderung kepada sejuk atau alergi. Flu cenderung lebih buruk berbanding daripada selesema. Penyakit ini, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua, lebih cenderung membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti radang paru-paru dan ditahan di hospital.

Oleh kerana selesema dan flu berkongsi banyak simptom, ia boleh menjadi sukar atau bahkan mustahil untuk menyatakan perbezaan berdasarkan simptom sahaja. Ujian khas yang biasanya perlu dilakukan dalam beberapa hari pertama penyakit boleh menunjukkan jika seseorang mempunyai flu.

Jenis makanan yang memburukkan keadaan flu

Untuk anda yang masih tidak mengetahui mengenai hal ini, terdapat beberapa jenis makanan yang berpotensi memburukkan jangkitan flu yang anda alami. Antara jenis-jenis makanan berikut ialah:

Gula

Menurut Dr. Irvin Sulapas, pensyarah dalam bidang perubatan sukan di Jabatan Perubatan Keluarga & Komuniti, Baylor College of Medicine, pengambilan gula yang tinggi boleh menekan sistem imun tubuh manusia. Menurut Dr. Irvin, peningkatan kadar gula berpotensi merencatkan fungsi sel darah putih yang berfungsi melawan jangkitan. Tambahan lagi, gula meningkatkan bilangan penanda keradangan yang dipanggil cytokine, yang boleh menyebabkan keradangan pada tubuh. 

Alkohol

Seperti mana gula, alkohol juga boleh menyebabkan keradangan dan melemahkan sel darah putih. Alkohol juga mempunyai kesan double whammy, iaitu dua kesan buruk yang berlaku dalam satu masa yang boleh menyebabkan dehidrasi. Apabila seseorang individu jatuh sakit, kekal hidrat adalah salah satu kunci untuk cepat sembuh. Ini kerana, ia membantu buah pinggang menapis sisa daripada tubuh badan, dan menyembuhkan tubuh badan dengan lebih cepat. Menurut Dr. Irvin lagi, kekal hidrat juga membantu mengurangkan kesesakan dalam tubuh dengan cara mengelakkan lendir atau mukus daripada menjadi terlalu kering, agar ia mudah dikeluarkan daripada tubuh. 

Buah sitrus

Untuk pengetahuan pembaca, buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang dan lemon boleh membuatkan iritasi pada lapisan perut dan memburukkan lagi perut yang sedang kesakitan. Jika anda mengalami mual-mual, elakkan daripada mengambil buah-buahan sitrus ini sehinggalah perut anda kembali normal. 

Minuman berkafein

Seperti mana alkohol, minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman bergas boleh membuatkan tubuh anda cepat kehilangan air atau dehidrasi. Kafein boleh mengurangkan tahap air dalam tubuh yang menyebabkan anda lambat sembuh daripada penyakit seperti selesema. Tambahan lagi, kebanyakan minuman berkafein mengandungi gula yang tinggi yang juga menyebabkan keradangan dan menyukarkan melawan jangkitan. 

Makanan keras

Jenis makanan yang keras atau mempunyai tekstur yang agak rapuh atau rangup juga boleh menambahkan iristasi pada tekak anda dan menyebabkan batuk atau sakit tekak. Makanan ini termasuklah jenis makanan yang mempunyai bucu yang tajam seperti biskut, kacang dan juga sayuran mentah. Sebagai langkah pencegahan, makanlah makanan yang mudah ditelan yang mempunyai tekstur yang lembut. Dr. Irvin juga menasihatkan agar sentiasa berkumur dengan menggunakan air garam kerana ia membantu melegakan tekak yang sedang sakit.

Makanan masam atau jeruk

Pada kebiasaannya, makanan yang membuatkan tekak anda sakit adalah makanan yang sama yang membuatkan perut anda sakit. Makanan yang dijeruk mengandungi kandungan cuka dan garam yang boleh menyebabkan dan meningkatkan iritasi pada tekak yang sakit. 

Makanan berlemak

Menurut Dr. Irvin, apabila seseorang individu sedang melawan simptom selesema, selera makan akan menurun, dan makanan berlemak cenderung membuatkan tubuh menjadi lebih teruk kerana ia akan meningkatkan keradangan. 

Karbohidrat mudah

Sekiranya anda teringin untuk makan roti bakar bersama mentega atau sepinggan pasta, fikir dahulu. Ini kerana, jenis karbohidrat halus yang dipecahkan dengan cepat dalam bentuk gula, mencetuskan peningkatan tahap gula darah yang sama seperti mana minuman atau makanan bergula yang lain. Ia juga akan memberikan kesan keradangan yang sama seperti minuman bergula yang lain. Walau bagaimanapun, bukan semua jenis karbohidrat adalah buruk. Karbohidrat yang rendah indeks glisemik seperti roti gandum, roti bijirin penuh atau mana-mana makanan yang tinggi serat boleh mengurangkan keradangan. Tetapi jika anda sedang mempunyai sakit perut, karbohidrat mudah mungkin boleh membantu kerana ia lebih mudah untuk dicerna.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gigitan Haiwan

    Kenali apa itu Gigitan Haiwan . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/05/2018 . 4 minit bacaan

    Hapacol

    Kenali apa itu Hapacol. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 23/05/2018 . 4 minit bacaan

    Jangkitan Blastosistis Hominis

    Kenali apa itu Jangkitan Blastosistis Hominis . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 23/05/2018 . 4 minit bacaan

    Minyak Nilam

    KegunaanApakah kegunaan Minyak Nilam? Minyak nilam diambil daripada daun kering, daun muda dan pucuk tumbuhan Pogostemon cablin. Ia digunakan untuk membuat ubat. Orang mengambil minyak nilam untuk: Selsema. Ketumbuhan. Sakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pengetip kuku

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    simptom diabetes

    Penjagaan Luka Kencing Manis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/12/2019 . 4 minit bacaan
    penyakit asma

    Pesakit Asma LEBIH BERISIKO Dijangkiti Influenza & Komplikasi Selsema Ketika Musim COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/04/2019 . 2 minit bacaan
    blood-in-the-urine

    Darah Dalam Air Kencing

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 26/09/2018 . 2 minit bacaan