backup og meta

Amalkan 5 Perkara ini Setiap Pagi Untuk Hari yang Lebih Baik

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    Amalkan 5 Perkara ini Setiap Pagi Untuk Hari yang Lebih Baik

    Jika anda lihat kepada individu yang berjaya di seluruh dunia, anda akan dapati bahawa mereka memulakan pagi dengan amalan yang sihat. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama setiap pagi untuk mendapatkan hari yang produktif.

    Cuba amalkan perkara berikut.

    1. Jangan tinggalkan sarapan

    Sumber tenaga anda yang pertama setiap hari!

    Apakah kesannya jika anda meninggalkan sarapan? Tenaga dan fokus akan berkurang, lebih cenderung untuk banyak makan semasa makan tengah hari, dan produktiviti akan terjejas.

    Tidak perlu terlalu berat, 2 keping roti dengan sebiji telur sudah mencukupi. Secawan oat juga sesuai sebagai hidangan sarapan.

    2. Keluarkan peluh

    15 minit sudah memadai, sama ada senaman kardio atau rintangan. Aktiviti fizikal meskipun nampak seolah-olah memenatkan dan menghabiskan tenaga, ia sebenarnya memberikan tenaga dalam jangka masa panjang dengan menguatkan otot serta jantung.

    Tambahan pula, hormon endorfin yang dilepaskan semasa bersenam membantu memberikan mood yang baik agar mampu menjalani hari anda dengan lebih bersemangat.

    3. Bangun awal

    Terlalu banyak perkara anda boleh lakukan jika bangun awal. Pagi yang tenang adalah sangat sesuai untuk anda memberikan ruang kepada diri sendiri. Kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan semalam boleh dilakukan. Anda juga boleh mengemas bilik dan rumah.

    Masa untuk menyediakan sarapan juga lebih banyak. Sebaliknya jika bangun lambat, semuanya menjadi terburu-buru dan anda lebih cenderung terlupa atau terlepas melakukan banyak perkara.

    4. Mulakan setiap hari dengan tujuan yang jelas

    Tanpa tujuan yang jelas, anda akan banyak menghabiskan masa melakukan perkara yang kurang penting. Tetapkan sasaran dan aktiviti anda ingin lakukan sekurang-kurangnya malam sebelumnya. Contohnya, membasuh baju, menghabiskan bacaan sebanyak satu muka surat, atau membeli barang basah di pasar.

    5. Lakukan kebaikan kepada orang lain

    Bina aura positif dalam diri dengan membuatkan orang lain tersenyum melalui kebaikan yang kecil dan mudah. Contohnya, menghantar makanan ke jiran sebelah, mengutip sampah di tepi jalan, atau mengucapkan kata-kata yang baik kepada pasangan, keluarga dan rakan-rakan.

    Perkara kecil seperti ini mampu membuatkan hari anda lebih positif dan menambah semangat untuk mencapai sasaran anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan