Alat Penggera Asap Dengan Suara Ibu Lebih Berkesan Untuk Kanak-Kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 1 minit bacaan
Share now

Alat penggera asap atau kebakaran kebiasaannya mempunyai bunyi seperti loceng. Cuba bayangkan jika ia digantikan dengan suara ibu. Adakah ia lebih berkesan khususnya bagi kanak-kanak?

Satu kajian telah dijalankan di Nationwide Children’s Hospital di Columbus, Ohio Amerika Syarikat mengenai kesan penggunaan suara ibu dalam alat penggera asap terhadap kanak-kanak. Umum mengetahui bahawa kanak-kanak tidur lebih nyenyak dan lama serta susah untuk dikejutkan berbanding orang dewasa. Maka, mereka lebih terdedah kepada bahaya jika berlaku kebakaran.

Hasil kajian tersebut menemui bahawa kanak-kanak lebih mudah dikejutkan oleh penggera asap dengan suara ibu mereka berbanding bunyi nyaring yang biasa digunakan pada penggera asap.

Kajian ini telah melibatkan sebanyak 176 orang kanak-kanak berumur antara 5 dan 12 tahun yang didedahkan kepada penggera asap berbeza di Pusat Kajian Tidur di hospital berkenaan. 3 penggera menggunakan suara ibu manakala satu penggera dengan bunyi nyaring biasa.

Berbanding bunyi penggera biasa, kanak-kanak tersebut 3 kali ganda lebih mudah terbangun dengan bunyi suara ibu mereka. Penggera suara ibu mengejutkan 86 ke 91 peratus daripada kanak-kanak dan 84 ke 86 peratus daripada mereka berjaya keluar dengan segera. Penggera biasa pula hanya mengejutkan 53 peratus dan mengeluarkan 51 peratus kanak-kanak dengan segera.

Purata masa yang digunakan untuk keluar ialah 282 saat (hampir 5 minit) menggunakan bunyi biasa berbanding 18 hingga 28 saat menggunakan suara ibu.

Penemuan ini merupakan satu langkah yang baik dalam memastikan sistem penggera kebakaran lebih mesra kanak-kanak yang tentunya lebih berisiko. Doktor yang terlibat dalam kajian tersebut juga merancang untuk menguji jika suara wanita atau lelaki umum sama berkesan seperti suara ibu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    minuman panas

    Bahayanya Minuman Panas! Jika Tertumpah, Kulit Anak Anda Boleh Melecur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 3 minit bacaan
    kebakaran

    Kebakaran Hutan di Indonesia, Adakah Malaysia Terjejas?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/08/2019 . 3 minit bacaan
    seks

    Bagaimana Ingin Menceritakan Tentang Seks Kepada Anak Perempuan Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 05/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kekal Selamat Dikelilingi Haiwan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/11/2018 . 2 minit bacaan