Adakah Ada Rawatan HIV?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

HIV atau human immunodeficiency virus pernah menjadi satu epidemik yang meragut banyak nyawa pada tahun 1981. “HIV ialah satu hukum mati” mungkin bukan lagi sesuatu yang benar. Kini, mimpi ngeri itu mungkin akan berakhir dengan rawatan efektif yang ada pada hari ini.

Jika jangkitan HIV tidak dirawat, pesakit boleh mengalami AIDS atau acquired immunodeficiency syndrome di mana sistem imun menjadi sangat lemah sehingga pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jangkitan ringan. Selain itu, rawatan juga membantu mengawal virus daripada tersebar dalam komuniti.

ART sebagai rawatan HIV

Antiretroviral therapy (ART) ialah rawatan standard bagi HIV yang digunakan pada hari ini. Ia ialah gabungan beberapa jenis ubat-ubatan.

ART berfungsi dengan menyerang virus HIV yang menghapuskan komponen sel darah putih (sel CD4) sehingga melemahkan sistem imun. Ia menghalang virus tersebut daripada berkembang biak di dalam badan pesakit seterusnya memberi peluang kepada badan untuk pulih dan meningkatkan bilangan sel CD4 yang terhapus.

Dengan bilangan virus yang berkurang dalam darah, risiko menjangkiti orang lain dapat dikurangkan. Malah, jika bacaan virus tidak boleh dikesan melalui ujian darah beban virus, pesakit boleh menjalani hubungan seks dengan selamat.

ART tidak merawat jangkitan ini tetapi hanya menghalang perkembangan virus HIV dan ubat-ubatan perlu diambil setiap hari seumur hidup.

Gabungan ubat-ubatan dalam rawatan ART mungkin mempunyai kesan sampingan tertentu. Oleh itu, sila berbincang dengan doktor sebelum memulakan rawatan. Walau bagaimanapun, manfaat yang didapati dari rawatan HIV ini mengatasi kesan sampingan yang mungkin ada.

Bila rawatan perlu dimulakan?

Sebaik sahaja jangkitan HIV dapat disahkan, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin. Lebih awal ia dimulakan, lebih baik kesan yang diberikan. Bagi golongan tertentu, rawatan mungkin perlu dimulakan serta merta. Golongan ini termasuk ibu mengandung, pesakit AIDS, dan fasa awal jangkitan HIV (6 bulan pertama).

Anda penghidap jangkitan HIV atau merasakan sedemikian tetapi belum menjalani ujian? Jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Lebih cepat, lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seks Secara Selamat dan HIV

    Mempunyai seks yang selamat adalah penting dalam apa-apa hubungan, terutamanya di antara orang yang mempunyai HIV kerana aktiviti seksual adalah salah satu sebab utama penyebaran HIV. Oleh itu, jika anda mempunyai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Mari ikuti fakta penting mengenai penyakit ini. 1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis Penyakit tibi telah dikenal pasti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Melihat Kembali Perkembangan HIV: Sejauh Mana Telah Kita Capai?

    Sempena Hari AIDS Dunia 2018 yang jatuh pada 1 Disember, mari kita melihat kembali perkembangan jangkitan HIV/AIDS sejak ia mula menyerang dunia dan sejauh mana pencapaian dunia dalam memerangi penyakit ini. Sehingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Hari AIDS Dunia: Ketahui Status Anda

    Jika anda tahu rakan anda menghidap jangkitan HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan beliau seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi dan jijik? Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu membanteras ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan hiv

    Adakah HIV Masih Lagi Satu Epidemik Global?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/11/2019 . 3 minit bacaan
    HIV/AIDS

    6 Salah Faham Mengenai HIV / AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 minit bacaan
    perkosaan

    Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2019 . 2 minit bacaan
    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/04/2019 . 3 minit bacaan