Bakteria Mudah Masuk Jika Luka Terbuka, Perhatikan 5 Tanda Luka Anda Mungkin Telah Dijangkiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Keadaan yang paling tidak diingini selepas mengalami luka adalah jangkitan. Luka yang terbuka adalah jalan masuk yang sangat kondusif bagi bakteria. Terutamanya, jika luka itu disebabkan oleh permukaan yang tidak bersih seperti jalan raya atau tanah, risiko luka tersebut dijangkiti adalah tinggi.

Sebab itu, antara langkah awal dalam pengurusan luka adalah membersihkan luka dengan antiseptik seperti iodin atau dettol untuk menghalang pertumbuhan bakteria. Jika tidak dibersihkan dengan betul, jangkitan mungkin berlaku.

Bagaimana ingin tahu jika luka anda telah dijangkiti? Lihat 5 tanda berikut.

1. Demam

Demam selepas luka bukanlah satu petanda yang baik. Jangkitan adalah kemungkinan yang ada. Demam di bawah 38 darjah celsius adalah biasa selepas pembedahan. Tetapi jika lebih daripada itu, anda mungkin memerlukan pemeriksaan doktor.

2. Cecair keluar dari luka

Sedikit cecair cerah atau sedikit kekuningan keluar dari luka selepas pembedahan adalah biasa. Tetapi jika cecair tersebut berwarna hijau atau berbau busuk, ia mungkin bukan lagi perkara yang biasa. Ia perlu dibersihkan dengan antiseptik dan jahitannya mungkin perlu dibuka semula.

3. Sakit yang berterusan atau bertambah

Rasa sakit selepas luka atau pembedahan adalah normal. Ia akan hilang secara beransur-ansur. Ubat tahan sakit juga boleh membantu tetapi anda sepatutnya sudah boleh menahan sakit tanpa ubat selepas beberapa ketika. Jika sakit masih kekal, sila berjumpa doktor anda untuk mengelakkan keadaan lebih teruk.

4. Merah dan bengkak

Merah dan bengkak pada luka adalah biasa tetapi ia akan hilang selepas beberapa ketika. Ia adalah sebahagian daripada tindak balas badan terhadap luka. Jika merah dan bengkak tersebut kekal, ia mungkin petanda kepada jangkitan luka.

5. Kawasan luka menjadi panas

Peredaran darah akan bertambah di tempat luka buat seketika. Ini bertujuan menghantar sel-sel darah putih untuk membersihkan kotoran serta melawan jangkitan bakteria. Sebab itu, kawasan terbabit akan menjadi panas. Namun jika panas tersebut berkekalan dalam tempoh yang lama sehingga berhari-hari, jangkitan di luar kawalan badan mungkin berlaku dan ia mungkin memerlukan intervensi dari luar dengan antibiotik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    Jangkitan Luka Pada Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/11/2018 . 2 minit bacaan