backup og meta

5 Khasiat Bawang Merah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/09/2023

    5 Khasiat Bawang Merah

    Bawang merah adalah sangat signifikan bagi masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua jenis masakan di negara ini memerlukan bawang merah. Jika tidak ada, aroma dan rasanya tidak akan sama.

    Di samping itu, bahan utama dalam menumis ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat.

    1. Menguatkan sistem ketahanan badan

    Bawang merah kaya dengan vitamin C yang merupakan sejenis antioksidan. Kehadiran vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan. Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan.

    2. Membantu penghadaman

    Kaya dengan serat, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik. Serat juga membersihkan usus serta membuang kotoran di dalam badan. Bawang juga mengandungi bahan kimia saponins yang boleh mengurangkan sakit dan kekejangan perut.

    3. Anti-penuaan

    Khasiat daripada antioksidan bukanlah satu yang baru dan misteri. Antara punca penuaan adalah pengumpulan radikal bebas di dalam badan. Di samping membekalkan antioksidan, ia juga merangsang penghasilan antioksidan di dalam badan. Selain itu, bawang juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.

    4. Bagus untuk penghidap anemia

    Penghidap anemia mempunyai kadar hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein di dalam sel darah merah yang dihasilkan daripada zat besi. Ia berfungsi membawa oksigen di dalam darah. Bawang merah mengandungi kadar zat besi yang baik. Ia sekaligus membantu meningkatkan zat besi serta hemoglobin di dalam badan.

    5. Mengawal kadar gula dalam darah

    Mineral kromium di dalam bawang membantu mengawal kadar gula dalam darah. Sulfur di dalamnya pula merangsang penghasilan insulin. Khasiat ini adalah bermanfaat khusus bagi mereka yang mengalami kencing manis. Walau bagaimanapun, ia bukanlah pengganti kepada ubat-ubatan yang dipreskrip oleh doktor tetapi sebagai usaha tambahan dalam mengawal kadar gula.

    Meskipun kaya dengan pelbagai khasiat, kandungan lain dalam masakan juga perlu diberikan perhatian. Tidak cukup hanya dengan meletakkan bawang tetapi dicampurkan dengan garam dan rempah secara berlebihan. Oleh itu, bersederhanalah dalam pemakanan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan