3 Cara Berkesan Untuk Merawat Mata Rabun Di Rumah, #3 Paling PENTING Kena Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap. Namun begitu, ada juga cara penyelesaian yang lain seperti rawatan surgeri laser seperti LASIK atau PRK yang memang akan membuahkan hasil tetapi memakan kos yang sangat tinggi. Disebabkan itu, anda mesti tertanya-tanya adakah terdapat petua merawat mata rabun dengan sendiri di rumah? Jawapannya, ya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

#1. Amalkan pemakanan yang baik

Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk dapat berfungsi sepenuhnya. Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin. Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata:

  • Sayur-sayuran hijau berdaun: Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang turut mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.
  • Buah-buahan sitrus dan beri: Ia sangat kaya dengan vitamin C.
  • Kekacang: Sebagai contoh, kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.
  • Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.
  • Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

#2. Lakukan senaman mata

Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:

  • Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
  • Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
  • Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
  • Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.
  • Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

#3. Dapatkan waktu rehat untuk mata

Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah. Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurang 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan untuk merelakskan mata. Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan..

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu belaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

    Orang lama kata punca ketumbit adalah sebab mengintai, namun ada kajian yang buktikan ia mungkin sebab stres? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Anda terfikir apakah yang menyebabkan bengkak pada mata anda tiba-tiba terjadi. Tahukah anda apakah penyebab mata bengkak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

    Setiap pembedahan mempunyai pantang larang yang tersendiri, begitu juga pembedahan mata yang mempunyai perkara yang boleh atau perlu dielak selepas operasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    khasiat daun sirih untuk mata

    Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    rabun warna

    Lelaki Paling Ramai Buta Warna, Tapi Jangan Risau! Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    bendasing dalam mata

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    ujian mata

    Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan