3 Persoalan Tentang Strok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 1 minit bacaan
Share now

Strok atau angin ahmar bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Baik di filem atau di sekeliling kita, kes strok sangat kerap dilaporkan. Malah, tidak kurang sedikit juga kematian yang berlaku disebabkan strok.

Mari ikuti 3 persoalan berikut berkenaan strok.

1. Apakah itu strok?

Strok ialah keadaan di mana saluran darah di dalam otak terganggu, sama ada tersumbat atau saluran darah pecah, sehingga darah tidak dapat sampai ke sel-sel otak untuk membekalkan oksigen.

Saluran tersumbat lebih kerap berlaku berbanding saluran pecah. Apabila oksigen tidak sampai, otak akan gagal berfungsi. Simptom dan tanda yang kita lihat pada pesakit strok adalah hasil daripada kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik.

2. Apakah punca strok?

Seperti yang disebutkan di atas, strok disebabkan oleh saluran darah tersumbat atau pecah.

Antara punca paling kerap bagi saluran darah tersumbat adalah aterosklerosis iaitu keadaan di mana saluran darah menjadi sempit. Lama-kelamaan, darah akan terkumpul dan membentuk darah beku pada saluran darah yang sempit itu. Darah beku juga mungkin datang dari jantung dan terhenti di saluran darah sehingga menyebabkan darah tidak sampai ke otak.

Punca saluran darah pecah pula ialah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, atau penggunaan pencair darahyang tidak dipantau dengan baik.

3. Apakah simptom strok?

Simptom strok adalah banyak begantung kepada bahagian otak yang terjejas. Jika bahagian otak yang mengawal penglihatan terjejas, maka simptomnya akan melibatkan penglihatan. Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain.

Antara simptom yang kerap berlaku ialah:

  • Susah bercakap.
  • Lumpuh atau kebas pada muka, tangan dan kaki.
  • Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata.
  • Sakit kepala.
  • Berjalan tidak seimbang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

    Kanser perut mempunyai pelbagai tanda dan simptom yang anda perlu ketahui. Salah satu simptomnya ialah sakit perut yang berpanjangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Rawatan penyakit perut yang berkaitan kanser bergantung kepada jenis dan tahap barah tersebut sewaktu didiagnosis. Ambil tahu tentangnya dari sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Masih Perlu Dirawat, Saiz Besar Lebih 10cm Perlu Dibuang!

    Masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

    Ah hampanya! Dah cuba pelbagai cara menidurkan bayi, tetapi semua tak berkesan! Ingin cuba mainan gantung, tapi ragu-ragu? Baca artikel ini dahulu ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    Cara menghilangkan sakit perut

    Rawatan Dan Pencegahan Untuk Kanser Perut, Jangan Terleka Dengan Pemakanan Yang Tak Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    Penyebab sakit perut

    Ada 19 Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Ubah Gaya Pemakanan Anda Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    pemeriksaan perut

    Usah Risau Jika Anda Didiagnosis Dengan Kanser Perut, Ini Semua Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan