backup og meta

Tanda-tanda Kemurungan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2020

    Tanda-tanda Kemurungan

    Kemurungan, turut dikenali sebagai gangguan kemurungan utama atau kemurungan klinikal, adalah gangguan emosi yang biasa. Ia boleh menjejaskan bagaimana anda berfikir, cara anda merasai sesuatu, dan bagaimana anda melakukan aktiviti harian. Tetapi, adakah anda tahu apakah tanda-tanda kemurungan? Artikel ini akan membantu dan menunjukkan anda tanda umum kemurungan yang mungkin anda tidak sedar.

    Tanda kemurungan bagi individu dewasa

    Berikut adalah simptom yang mungkin dihadapi seorang individu dewasa yang kemurungan:

    • Rasa sedih, kekosongan, cemas
    • Mempunyai perasaan berputus asa
    • Mudah marah untuk perkara yang kecil
    • Mudah keletihan dan rasa kehilangan tenaga
    • Hilang keinginan untuk melakukan sesuatu yang digemari sebelum ini
    • Tidur tidak mencukupi, atau tidur berlebihan
    • Perlahan dalam pergerakan atau pemikiran
    • Sukar untuk fokus
    • Merasa sakit pada bahagian belakang, kepala tetapi tidak mengetahui sebabnya
    • Rasa bersalah dan tidak berguna. Menyalahkan diri sendiri atas kesilapan individu lain
    • Berkeinginan untuk membunuh diri atau mencuba untuk membunuh diri

    Jika anda mengalami simptom seperti ini sepanjang hari dan berlarutan sehingga 2 minggu atau lebih, anda mungkin mengalami kemurungan. Berjumpalah doktor untuk memeriksa keadaan sebenar diri anda.

    Tanda kemurungan bagi kanak-kanak dan remaja

    Simptom yang dihadapi kanak-kanak dan remaja mungkin berbeza dari individu dewasa.

    • Bagi kanak-kanak, mereka mungkin merasa sedih, terganggu, jengkel, bimbang, sakit kepala dan sakit belakang; yang menyebabkan mereka tidak mahu pergi ke sekolah. Mereka mungkin menghadapi masalah untuk makan
    • Bagi remaja, mereka akan berasa sedih, berfikiran negatif, merasa tidak berguna, marah dan sensitif. Mereka mungkin merasakan prestasi mereka adalah teruk dan mereka langsung tidak memahami apa yang di ajar oleh guru. Lebih memburukkan keadaan, mereka mungkin menggunakan alkohol dan merokok sebagai penyelesaian terhadap masalah mereka

    Tanda kemurungan bagi individu lebih berusia

    Simptom kepada individu yang lebih berusia mungkin sukar untuk dikenal pasti kerana ia mungkin dianggap sebagai sesuatu yang normal seiring dengan pertambahan usia. Walau bagaimanapun, kemurungan pada individu yang berusia perlu dirawat. Antara simptom biasa yang boleh dilihat:

    • Mengalami kesukaran untuk mengingati sesuatu
    • Merasa sakit kepala atau kesakitan
    • Menjadi mudah lebih
    • Mengalami masalah tidur
    • Merasa tidak berguna dan tidak berdaya
    • Lebih gemar duduk di rumah berbanding keluar
    • Terfikir untuk membunuh diri

    Senarai di atas adalah tanda-tanda kemurungan yang mungkin berlaku dan dihadapi oleh seseorang individu. Sesetengahnya mungkin menghadapi semua simptom yang disebutkan di atas, namun, terdapat juga individu yang hanya mengalami sebahagian daripadanya. Anda boleh merujuk tanda-tanda ini untuk menentukan sama ada ia adalah masalah kemurungan atau tidak.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan