backup og meta

Tip Bibir Lebih Mungil dan Mengiurkan

Tip Bibir Lebih Mungil dan Mengiurkan

Bibir menjadi salah satu aset terpenting wanita yang kian disasarkan dalam dunia kecantikan dengan lonjakan produk bibir dan lipgloss yang mengambil alih pasaran. Walaupun sesetengah orang memang dilahirkan dengan bibir yang tebal mungil, ada yang hanya berbibir nipis rata. Jadi, bagaimana untuk meningkatkan penampilan bibir tanpa melibatkan sebarang jarum? Daripada tip alat solek hingga skrub DIY, lihat cara yang berbeza yang boleh anda lakukan.

Rawatan semula jadi

Minyak cengkih bermanfaat untuk membuat bibir tebal dan memberikan kesan mungil. Campurkan minyak ini dengan minyak asas dan sapukan ke bibir. Gunakan puting kapas untuk menggosokkan minyak ini kepada bibir anda; biarkan minyak selama beberapa minit. Ini akan menyerap minyak; bilas bibir anda dengan air sejuk.

Minyak kayu manis sedikit merengsakan membran bibir; tetapi berkesan menebalkan bibir. Ia menjadikan bibir kelihatan lebih penuh dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kawasan sekitar mulut. Ambil dua hingga tiga titis minyak daun kayu manis dengan sedikit titisan cecair ekstrak B3. Campurkan bahan tersebut dan uji di bibir.

Kapsikum mudah didapati di rumah dan kaedah berkesan untuk memungilkan bibir secara semula jadi. Campurkan minyak lada dengan gloss; ini akan memungilkan bibir dan menjadikannya lebih berisi dan seksi.

Kaedah lain ialah menyediakan pes dengan lada dan air dalam mangkuk. Jika campurannya terlalu tebal, tambah air; jika terlalu nipis tambah lada. Sapukan lapisan nipis ke bibir dan biarkan ia meresap ke lapisan kulit bibir yang dalam. Biarkan ia kering selama beberapa minit; bilas dengan air sejuk dan anda akan mendapat bibir yang lebih mungil secara semula jadi.

Mengelupas

Pengelupas bibir menghilangkan sel-sel kulit mati dan menjadikan bibir anda tebal, lembut dan berisi. Anda harus minum banyak air yang akan menghidratkan badan anda dan mengekalkan kelembapan bibir anda. Menggunakan Vaseline di bibir membantu melindungi bibir daripada rintangan angin dan kerosakan daripada sinaran matahari.

Pengelupasan diperlukan bukan sahaja untuk membersihkan serpihan kulit mati, tetapi juga meningkatkan peredaran darah ke bibir anda. Ini akan menjadikan bibir berwarna merah muda dan tambah isi.

Solekan

Anda boleh memberikan penampilan bibir penuh dengan sedikit membesarkan bentuknya sedikit. Untuk warna bibir, cuba pensil bibir dan concealer berwarna nude untuk menaikkan bentuk bibir anda.

Sekiranya anda ingin memberi ilusi bibir mungil, beralih kepada lip gloss dan krim, bukannya matte. Jika bibir berkilat bukan gaya anda, cuba tekan-tekan tengah bibir bawah anda dengan jari. Ini akan memberi kesan kepada kawasan tersebut dan meningkatkan kesan. Tip ini memberi kesan bibir yang lembut dan mengiurkan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Easy and Effective Home Remedies for Plump And Sexy Lips.   http://pioneerthinking.com/beauty/home-remedies-for-plump-lips/. Accessed December 17, 2016.

7 Easy Ways To Fake Fuller Lips. http://www.self.com/story/best-lip-plumping-tips. Accessed December 17, 2016.

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Selain Gunakan Ubat Farmasi, Ada 7 Lagi Cara Efektif Hilangkan Ulser Lidah Tradisional!

Lelangit Bengkak Dan Merah? 5 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan