Pentingkah Rawatan Muka Untuk Lelaki?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Penjagaan dan rawatan muka adalah perkara yang sinonim dengan wanita. Tidak dinafikan rawatan muka untuk lelaki bukanlah sesuatu yang janggal, namun amat jarang sekali kita mendengar lelaki membuat rawatan muka.

Jadi mengapa rawatan muka bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan untuk individu lelaki? Adakah kerana merasakan rawatan muka sesuatu yang bersifat kewanitaan?

Artikel ini akan berkongsi mengenai manfaat membuat rawatan muka untuk lelaki. Siapa tahu, anda sebagai kaum lelaki akan berminat untuk mendapatkan rawatan muka selepas ini.

Apa itu rawatan muka?

Merupakan satu prosedur yang menggabungkan pelbagai kaedah rawatan kulit untuk menjaga kulit muka anda. Proses seperti pembersihan muka, pengelupasan, penyuburan kulit dapat memberikan kulit lebih sihat, terhidrat dengan baik dan membantu kulit menjadi lebih muda.

Mengapa rawatan muka penting untuk lelaki?

Individu lelaki mungkin merasakan mendapatkan rawatan muka adalah sesuatu proses yang cerewet untuk dilakukan. Tetapi tahukah anda bahawa mendapatkan rawatan muka adalah penting seperti penjagaan kereta anda?

Sinaran UV matahari dan rutin mencukur boleh menyebabkan kerosakan kulit yang tidak dapat diperbaiki dengan air dan sabun yang anda gunakan setiap hari. Hakikatnya lelaki lebih memerlukan rawatan muka akibat terdedah kepada matahari, liang pori yang lebih besar, dan kulit yang lebih kasar.

Apakah manfaatnya?

  1. Cukuran lebih licin

Cukuran dari pisau cukur yang melalui kulit muka yang sensitif boleh menyebabkan kerengsaan, keradangan, kulit rasa terbakar dan ia akan menjadi lebih teruk jika ia terkena jerawat.

Rawatan muka akan dapat membantu membersihkan jerawat, di samping menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

Gabungan kaedah yang sering digunakan oleh profesional ketika sesi rawatan muka seperti minyak pati, pengelupasan, pelembap dan topeng muka menjadikan kulit lebih licin dan ia membantu menjadikan proses cukuran akan kurang menyakitkan serta memberikan hasil yang lebih baik.

  1. Pengelupasan

Ia membantu menyingkirkan kulit-kulit mati untuk memberikan kulit yang lebih sihat dan lebih muda. Ketika proses ini membuang sel kulit mati ini dengan menggunakan scrub, ia membolehkan liang pori yang tersumbat dengan kekotoran untuk dibersihkan

  1. Lebih banyak minyak

Lelaki mempunyai tahap testosteron lebih tinggi berbanding wanita, ini membuatkan lelaki menghasilkan lebih banyak minyak. Jika tidak dibersihkan dengan betul, akan membuatkan minyak menyumbat liang dan menyebabkan timbulnya bintik hitam yang mengakibatkan jerawat.

Pakar rawatan muka akan melakukan proses pengesktrakan semasa merawat muka, ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran yang menyumbat liang-liang pori.

Walaupun lelaku menghasilkan minyak lebih banyak, ini tidak bermakna semua lelaki mempunyai kulit yang berminyak. Jadi setiap rawatan akan dilakukan mengikut keperluan kulit anda.

  1. Manjakan diri sendiri

Tidak ada salahnya untuk sesekali anda memanjakan diri anda dengan mendapatkan rawatan muka. Dari pad mata sehingga urutan santai di bahu, leher dan kepala, ia menjadikan rawatan muka sesuatu yang menyenangkan.

Tidak kira rawatan apa yang anda pilih, rawatan muka pasti dapat memberikan anda rasa kesegaran dan ketenangan yang tidak diperolehi di tempat lain.

Jika anda mempunyai masa dan kewangan yang mengizinkan, ia adalah berbaloi untuk mendapatkan rawatan muka. Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak akan anda perolehi dari rutin harian anda.

Seorang pakar penjagaan kulit profesional dapat membantu menilai keperluan khusus kulit dan menyesuaikannya dengan kaedah penjagaan kulit peribadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Liang Pori Di Wajah: Cara Terbaik Untuk Mengecilkannya

    Seluruh kulit mempunyai liang pori – ia merupakan lubang-lubang kecil, meliputi wajah, lengan, kaki, dan mana-mana bahagian pada tubuh anda. Namun, kehadiran liang pori di wajah, agak kurang disukai terutamanya ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/02/2019 . 3 minit bacaan

    Masalah Liang Pori Besar

    Kewujudan pori di wajah adalah penting untuk kesihatan kulit, kerana ia akan mengekalkan minyak supaya kulit menjadi lembut dan terhidrasi. Masalah liang pori besar bagi sesetengah individu mungkin lebih ketara ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/12/2018 . 3 minit bacaan

    Pencuci Muka: Aspek Penting Penjagaan Kulit Muka

    Penjagaan kulit muka yang optimum bermula dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Andai tersalah pilih, kerosakan kulit boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 14/11/2018 . 3 minit bacaan

    Penjagaan Kulit Berminyak

    Minyak dihasilkan oleh tubuh kita dengan tujuan untuk menjaga kulit yang sihat. Walau bagaimanapun, terlalu banyak minyak boleh menyebabkan beberapa masalah kulit seperti jeragat dan jerawat. Mujurlah, selalu ada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penjagaan muka

    MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    pencuci muka untuk kulit berminyak

    Miliki Kulit Berminyak Penjagaan Kena Lebih Baik, Ini Pencuci Muka Yang Sesuai & Cara Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan
    serum

    Serum Muka: Kebaikan dan Kekurangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/05/2019 . 2 minit bacaan
    liang pori

    Bagaimana Liang Pori Mencipta Masalah Besar Pada Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/04/2019 . 3 minit bacaan