Tip Penjagaan Kulit Sewaktu Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penjagaan kulit di bulan Ramadan sangat penting agar kelihatan segar sepanjang hari dalam menghadapi perubahan rutin pemakanan dan tidur. Menahan diri daripada makan dan minum di bulan puasa juga bererti anda terdedah kepada risiko dehidrasi, yang mungkin menyebabkan kulit kering sewaktu puasa.

Perubahan secara tiba-tiba dalam rutin pemakanan dan pengambilan air yang rendah boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan keanjalan, kelihatan semakin kusam dan lesu di bulan Ramadan. Rutin penjagaan kulit yang betul adalah penting untuk mengelakkan jerawat, tompok kering, kulit kelihatan kusam dan semua simptom dehidrasi yang dikaitkan dengan puasa. Di sini adalah tip penjagaan kulit yang berguna semasa bulan Ramadan:

1. Minum banyak air selepas berpuasa

Apabila anda berbuka puasa, pastikan anda makan beberapa makanan yang berasaskan air, seperti sup. Sudah tentu, anda perlu minum sekurang-kurangnya lapan cawan air sebelum anda memulakan puasa pada keesokan harinya, agar kulit anda terhidrat pada bulan Ramadan.

Airbukan saja membuatkan anda terhidrasi dan melembapkan kulit; ia juga membantu anda kekal segar. Jangan pula mengutamakan air soda dan jus, pilih air kosong untuk kulit anda.

2. Kurangkan pengambilan produk tenusu

Jika produk tenusu menyebabkan jerawat pada wajah anda, singkirkannya daripada menu sahur atau berbuka. Kurangkan juga pengambilan makanan manis lain yang mungkin menyumbang kepada risiko jerawat.

3. Elakkan soda dan minuman berkafein

Kafein dan minuman soda diketahui mengganggu keseimbangan mineral di dalam badan, yang mempunyai kesan negatif pada kulit anda. Kafein juga bertindak sebagai diuretik, yang menggalakkan anda membuang air kencing, lantas mempercepatkan dehidrasi.

4. Makan makanan berkhasiat

Semasa sahur dan Iftar, pastikan anda memilih sayur-sayuran seperti  brokoli, salad dan bayam kerana ia mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh kulit anda. Begitu juga untuk kacang dan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi, yang mengandungi antioksidan yang meningkatkan kulit. Kurma adalah sumber vitamin A, zat besi, kalium, magnesium dan kalsium yang hebat manakala aprikot kering boleh membantu meningkatkan kecerahan kulit anda.

5. Jangan lupa untuk menjaga mata anda

Ramadan adalah masa yang sibuk, dan anda mungkin akan mula melihat lingkaran gelap bawah mata terbentuk. Letak uncang teh di atas mata anda, dan cuba dapatkan 7-8 jam tidur setiap malam. Jika anda tidak mendapat masa untuk tidur pada waktu malam, anda mungkin tidur sekejap pada waktu siang. Ini pasti akan menjaga kulit anda semasa Ramadan, memberikan seri pada wajah anda.

6. Berlindung daripada matahari

Jika anda menjalankan tugas pada waktu pagi, cuba elakkan matahari dan cari tempat yang teduh seboleh mungkin. Selain itu, jangan lupa menyapu pelindung cahaya matahari ke kulit sebelum keluar.

7. Pelembap, pelembap, pelembap!

Melembapkan kulit anda pada bulan Ramadan adalah sangat penting. Anda harus memastikan bahawa anda menggunakan krim wajah dan losyen badan yang menghidratkan selepas mandi dan sebelum tidur.

Adalah baik untuk mencuci wajah anda dengan air biasa dengan kerap. Bersama dengan pelembapan muka, ia juga menghilangkan minyak dan debu dari kulit. Anda juga boleh menyegarkan kulit dengan air mawar, yang membantu menyejukkan kulit dan menyediakan penghidratan yang diperlukan sepanjang hari.

8. Elakkan solekan tebal

Elakkan memakai banyak solekan pada siang hari ketika anda berpuasa. Kombinasi haba, dehidrasi dan solekan berat boleh menyebabkan jerawat. Sebaliknya pilih produk yang ringan dan pelembap seperti BB krim dan pelembap bibir dengan SPF.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Setiap orang akan mengalami kulit leher berkedut & menggeleber akibat penuaan. Jadi jom kita sama-sama baca untuk tahu 3 cara untuk mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Saintifik Mengapa Bulu Roma Tiba-tiba Boleh Meremang, Bukan Kerana Entiti!

    Tahukah anda, ada sebab mengapa wujud rasa meremang ketika anda menonton filem seram. Faktor yang menyebabkan meremang bulu roma ini amat menarik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, jadi anda mungkin keliru memilih yang terbaik. Bagaimana dengan produk berasaskan niacinamide, ada manfaat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah pembaziran makanan

    Ini Mungkin Sebab Kita Suka Membazir Makanan! Elak Pembaziran Dengan 5 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    radiasi matahari

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    makanan penambah tenaga

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    cara pakai sunblock

    Nak Pergi Pantai? Pastikan Pakai Sunblock Kerana Payung Saja Tak Cukup Lindungi Kulit Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan