5 Tip Menahan Lapar Semasa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sudah lumrah berpuasa, tubuh badan kita akan menjadi letih, lemah dan lesu sahaja sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka puasa. Selain itu, sudah pasti kita akan berasa sangat lapar, bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa tip yang berkesan untuk menahan lapar semasa berpuasa.

Menahan lapar semasa berpuasa, bagaimanakah caranya?

#1. Bersahur

  • Bersahur merupakan satu tuntutan dalam agama kerana ia sememangnya dapat membantu kita menahan lapar semasa berpuasa pada siang hari kelak. Caranya, hanya ambil makanan dan minuman yang betul. Anda boleh baca artikel berikut untuk mengetahui makanan ketika bersahur yang mampu mengenyangkan dan tahan lebih lama: Makanan Sahur yang Mengenyangkan dan Tahan Lebih Lama

#2. Mengawal pernafasan

Selain itu, anda mampu menahan lapar semasa berpuasa dengan mengawal pernafasan. Berikut merupakan teknik pernafasan yang anda boleh amalkan untuk menahan lapar semasa berpuasa:

  • Bernafas dengan perlahan-lahan
  • Bernafas melalui hidung
  • Bernafas menggunakan diafragma

Pernafasan sangat penting ketika menahan lapar kerana oksigen yang disedut mampu membantu sistem tubuh badan kita mengekalkan fungsi-fungsinya pada tahap yang optimum. Tanpa oksigen yang mencukupi, kita akan lebih mudah berasa lapar kerana kekurangan tenaga.

#3. Mengawal waktu tidur

Tidur terlalu sekejap atau terlalu lama akan menyebabkan tubuh badan anda hilang tenaga. Oleh itu, cuba amalkan rutin tidur yang bagus semasa sedang berpuasa. Sebagai contoh, anda boleh tidur sebentar selepas waktu zuhur untuk merehatkan tubuh badan anda sebelum tiba waktu berbuka puasa. Selepas berbuka puasa dan bertarawih pula, jangan tidur terlalu lambat untuk memastikan anda mendapatkan rehat yang mencukupi untuk berpuasa esok hari.

#4. Menyibukkan diri

Anda dapat menahan lapar semasa berpuasa dengan menyibukkan diri sendiri. Caranya, lakukan hal yang mampu membuat anda lupa akan rasa lapar sehinggalah tiba waktu berbuka. Jika anda sedang bekerja di pejabat, cuba fokus sepenuhnya terhadap kerja anda. Jika anda sedang berada di rumah, lakukan aktiviti lain seperti membaca buku, menonton televisyen, bermain permainan video dan lain-lain.

#5. Menguatkan kerohanian

Paling penting, bulan ramadan adalah bulan untuk kita beribadah. Oleh itu, bulan ini merupakan bulan yang paling sesuai untuk anda melatih dan menguatkan kerohanian anda. Dekatkan diri dengan tuhan merupakan sesuatu yang perlu untuk dilakukan. Lekakan diri anda dengan ibadah-ibadah seperti membaca kitab al-Quran pada siang hari sehinggalah waktu berbuka puasa. Di samping anda dapat melupakan rasa lapar, anda juga dapat mengumpul pahala.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan