backup og meta

Kanser Kulit dalam Kalangan Bukan Kaukasian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    Kanser Kulit dalam Kalangan Bukan Kaukasian

    Berbanding dengan Kaukasian, orang bukan Kaukasian dikurniakan dengan lebih banyak pigmen melanin yang sangat penting untuk melindungi dan memberikan warna untuk kulit dan mata. Oleh itu, mereka yang berkulit gelap lebih berisiko rendah terhadap kanser kulit. Walau bagaimanapun, kurang di sini tidak bermakna tidak akan berlaku.

    Bolehkah orang bukan kaukasian atau berkulit gelap mendapat kanser kulit?

    Menurut para penyelidik, mereka yang dilahirkan dengan warna kulit sering mempunyai kesalahfahaman tentang kanser kulit. Orang kulit cerah mempunyai kurang melanin untuk melindungi kulit dari agen kanser. Walau bagaimanapun, kanser kulit lebih berbahaya dalam mereka yang berkulit gelap. Semua orang boleh mendapat selaran matahari – (penyebab biasa kanser kulit) dan begitu juga orang kulit gelap. Selain radiasi UV, jenis kanser kulit lain mungkin berlaku disebabkan oleh faktor lain seperti genetik atau pengaruh alam sekitar. Contohnya, mereka yang mempunyai tona kulit gelap lebih cenderung mendapat melanoma akral lentiginos (ALM), melanoma yang sangat berbahaya yang boleh membawa maut. Apabila berkembang dalam orang berkulit gelap, kanser kulit lebih cenderung berada di peringkat akhir. Kanser kulit jika didiagnosis awal dapat disembuhkan sepenuhnya. Tetapi pada peringkat akhir, sangat sukar untuk merawat sebarang jenis penyakit kulit berbahaya ini.

    Oleh kerana kanser kulit boleh dirawat pada peringkat awal, sebaiknya anda mengetahui cara mengesan tanda-tanda tiga jenis kanser kulit yang paling biasa:

    Karsinoma sel basal

    Lazimnya djumpai dalam kalangan Hispanik, orang Cina dan Jepun berbanding dengan orang Afrika-Amerika, kanser jenis ini biasanya berkembang pada bahagian tubuh yang terdedah kepada matahari, seperti kepala, leher, batang tubuh, tangan dan kaki. Walau bagaimanapun, karsinoma sel basal mungkin berlaku pada bahagian lain yang jarang tededah kepada matahari juga. Tanda-tanda amaran untuk karsinoma sel basal adalah tompok, benjolan, ketumbuhan atau sakit yang berulang kali berdarah dan berkeruping ke kawasan lain. Tanda-tanda ini tidak sembuh atau hilang selama berbulan-bulan.

    Karsinoma Sel Skuamus

    Karsinoma Sel Skuamus adalah sejenis kanser kulit yang muncul di sel-sel skuamus. Antara orang berkulit hitam, Afrika-Amerika atau Asia-India dianggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Walaupun boleh disembuhkan, Afrika-Amerika boleh mengalami penyakit ini dengan lebih teruk. Pada peringkat akhir, ia boleh merebak kepada nodus limfa dan organ. Mereka yang mempunyai karsinoma sel skuamus akan melihat ulser, tompok merah bersisik, ketumbuhan seperti kutil atau sakit pada kulit yang kadang-kadang berkeruping atau berdarah.

    Melanoma

    Kebanyakan masa, ramai yang berfikir bahawa tahi lalat atau bintik coklat yang muncul di kulit tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sesetengah daripadanya mungkin merupakan isyarat kepada keadaan yang lebih rumit. Jika anda menemui tahi lalat baru yang mempunyai bentuk yang tidak teratur, lebih daripada satu warna dengan saiz yang lebih besar daripada mata pensil, ini mungkin tanda melanoma. Mempunyai lebih daripada 100 tahi lalat di seluruh badan boleh menunjukkan anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk melanoma.

    Tidak kira apa etnik atau kaum anda, kanser kulit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutama mereka yang lebih terdedah kepada matahari. Ini boleh menjadi kelebihan bagi mereka yang bukan kaukasian, tetapi anda harus sedar akan ancaman tersembunyi yang boleh meletup pada bila-bila masa. Sekiranya anda melihat sebarang perubahan yang tidak normal pada kulit anda, buat temujanji dengan doktor dengan serta-merta.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan