backup og meta

Kanser Kulit dan Cahaya Matahari

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Kanser Kulit dan Cahaya Matahari

    Ramai orang sering mengaitkan kulit bertona sebagai tanda kesihatan yang baik. Jika anda seorang peminat tona kulit gelap yang suka berjemur di bawah sinaran matahari, anda mungkin meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. Ketahui kesan buruk pendedahan berlebihan kepada matahari untuk mengelakkan masalah kesihatan termasuklah kanser kulit.

    Kanser kulit dianggap sebagai kanser yang paling biasa berlaku di negara-negara Barat, kerana mereka gemar berjemur di bawah cahaya matahari. Kanser kulit berlaku kerana pertumbuhan sel yang tidak terkawal dalam tumor, yang boleh jadi bukan kanser (benigna) atau kanser (malignan). Dikenali sebagai punca utama kanser kulit, cahaya ultraviolet (UV) matahari menyebabkan kesan drastik kepada elastin – tisu kulit. Tanda pertama kehilangan elastin adalah kendur dan regangan kulit. Dalam kes yang lebih teruk, kulit akan menjadi senang berlebam dan terluka. Keadaan ini juga dikenali sebagai selaran matahari.

    Selaran matahari adalah keadaan yang biasa dilihat pada mereka yang tinggal terlalu lama di luar tanpa perlindungan daripada matahari. Jika anda melihat kulit anda menjadi merah jambu atau merah, ia adalah tanda selaran matahari. Dalam beberapa keadaan yang teruk, anda mungkin berasa pedih dan mengelupas di kawasan keradangan kerana radiasi UV dari matahari merosakkan DNA dalam sel kulit anda. Sekiranya kerosakan DNA telah terkumpul dari masa ke masa, ia boleh menyebabkan sel-sel mula berkembang di luar kawalan, yang boleh menyebabkan kanser kulit.

    Bagaimanakah saya dapat melindungi kulit saya daripada cahaya matahari?

    • Berada di tempat redup: Anda boleh mengurangkan risiko kerosakan kulit dengan mencari tempat redup di bawah payung, pokok, atau tempat perlindungan yang lain.
    • Sapukan pelindung matahari: Gunakan pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) 30 atau lebih tinggi, dan mesti mengandungi kedua-dua perlindungan UVA dan UVB. Jika anda tinggal di bawah sinar matahari lebih daripada dua jam, selepas anda berenang atau melakukan aktiviti luar yang membuat anda berpeluh, sapukan semula pelindung matahari anda. Selain itu, anda perlu menyemak tarikh tamat tempoh pelindung matahari anda. Pelindung matahari tanpa tarikh tamat tempoh mempunyai jangka hayat tidak lebih dari tiga tahun dari tarikh pengeluaran, tetapi jangka hayatnya akan lebih pendek jika ia telah terdedah kepada suhu tinggi.
    • Memilih pakaian dan topi yang sesuai: Memakai pakaian yang sesuai adalah pilihan yang baik untuk melindungi kulit yang terdedah. Anda perlu memilih baju lengan panjang yang sesuai dan seluar panjang yang diperbuat daripada kain dengan susunan benang yang rapat. Pakaian ini menawarkan perlindungan terbaik dari sinaran UV matahari. Di samping itu, baju T basah menawarkan perlindungan kurang daripada UV berbanding yang kering. Warna gelap boleh menawarkan lebih banyak perlindungan daripada warna yang lebih cerah. Anda juga harus memakai topi lebar untuk melindungi wajah, kepala, telinga, dan leher. Kain berbenang rapat seperti kanvas, adalah cara yang baik untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Elakkan topi jerami dengan lubang yang membenarkan sinaran matahari menembus.
    • Cermin mata hitam: Cermin mata hitam bukan saja melindungi mata anda daripada sinaran UV tetapi juga kawasan kulit lembut di sekitar mata anda daripada pendedahan cahaya matahari. Pakai cermin mata hitam yang menyeluruh dan menyekat hampir 100% sinaran UVA dan UVB yang mungkin. Cermin mata hitam yang menghalang sinar UVA dan UVB mungkin menawarkan perlindungan yang terbaik.

    Ramai doktor mencadangkan untuk melindungi kulit anda apabila keluar pada waktu puncak, walaupun pada musim hujan atau mendung. Mengetahui kesan pendedahan cahaya matahari boleh membantu anda mencegah kanser kulit dengan lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan