backup og meta

Apakah Aktiviti Fizikal Yang Boleh Dilakukan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/12/2019

    Apakah Aktiviti Fizikal Yang Boleh Dilakukan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan?

    Pasti anda berasa sangat malas untuk melakukan senaman sewaktu berpuasa, kerana tubuh terasa lebih letih dari biasa. Tapi adakah tidak mengapa jika tidak melakukan sukan selama sebulan penuh? Jadi, apa yang perlu diperhatikan semasa melakukan senaman sewaktu berpuasa?

    Adakah saya perlu melakukan senaman sewaktu berpuasa?

    Sangat wajar jika anda merasa letih dan lesu apabila menjalani ibadah puasa. Hal ini tentu disebabkan oleh pengambilan makanan yang berkurang. Puasa memerlukan anda untuk menahan lapar dan dahaga selama 12 jam, sehingga membolehkan anda merasa letih di siang hari.

    Namun adakah hal tersebut boleh dijadikan alasan untuk anda bermalas-malasan di rumah? Tentunya tidak. Walaupun sedang berpuasa, anda perlu melakukan aktiviti fizikal dan bersenam. Beberapa kajian juga menyatakan bahawa tidak melakukan senaman selama sebulan penuh, boleh menurunkan kekuatan otot dan membuat seseorang tidak cergas.

    Pada dasarnya, senaman sudah menjadi keperluan hidup – seperti makan atau minum – yang harus dijalani agar tubuh kekal sihat dan cergas. Oleh kerana itu, anda tetap harus melakukan senaman meskipun sedang berpuasa. Tetapi, anda perlu memerhatikan jenis dan masa sukan sewaktu berpuasa kerana ia akan menjejaskan ketahanan tubuh sepanjang menjalani ibadah tersebut.

    Jenis sukan yang sesuai dilakukan ketika berpuasa

    Masih banyak jenis sukan yang boleh anda lakukan ketika berpuasa. Pastinya, elakkan sukan yang mempunyai intensiti tinggi(highimpact) kerana ia akan membuatkan tubuh kehilangan banyak tenaga dalam masa yang cepat. Sewaktu berpuasa, anda boleh melakukan sukan dengan intensiti ringan hingga sederhana, seperti:

  • Berenang
  • Berjalan santai
  • Yoga
  • Tai chi
  • Berbasikal
  • Sebaliknya, sukan yang sebaiknya anda elakkan ketika menjalani puasa adalah:

  • Senam aerobik
  • Jogging
  • Bola sepak
  • Tenis
  • Sebenarnya, anda masih boleh melakukan sukan intensiti berat tersebut, namun lebih baik kegiatan itu dilakukan ketika anda sudah berbuka puasa ketika badan mempunyai cukup bekal untuk menghasilkan tenaga.

    Bilakah masa yang sesuai untuk bersenam ketika berpuasa?

    Tidak seperti hari-hari biasa, waktu bersenam di bulan puasa cukup terhad. Tentu saja anda tidak digalakkan untuk melakukan sukan di tengah hari yang panas, kerana risiko untuk mengalami dehidrasi adalah sangat tinggi.

    Oleh kerana itu, anda harus menetapkan dan mengetahui waktu yang tepat untuk melakukan senaman ketika berpuasa agar tidak mengganggu fungsi tubuh. Beberapa waktu boleh digunakan untuk bersenam di bulan puasa iaitu:

  • Pagi. Pada masa ini anda masih mempunyai tenaga yang cukup banyak untuk bekerja, termasuk bersenam. Walaupun kekurangannya jika anda melakukan sukan di pagi hari adalah anda akan merasa letih ketika melakukan senaman berikutnya.
  • Petang. Berbeza dari masa bersenam di waktu pagi, waktu petang – kira-kira satu atau dua jam sebelum waktu berbuka – merupakan masa ‘krisis’ di mana tubuh biasanya merasa letih akibat telah menahan lapar seharian. Walau bagaimanapun kelebihannya adalah, anda boleh terus menggantikan tenaga yang hilang ketika anda berbuka puasa.
  • Hal ini bergantung kepada keperluan dan jadual aktiviti masing-masing. Jika anda takut keletihan, anda boleh membahagikan masa bersenam sewaktu berpuasa di waktu pagi dan petang dalam tempoh yang tidak terlalu lama.

    Selain itu, sesuaikan juga jenis sukan yang akan dilakukan dengan waktu senaman. Misalnya, jika anda ingin bersenam di pagi hari, maka pilihlah sukan yang tak begitu memenatkan seperti berjalan santai atau yoga. Sebaliknya jika anda bersenam di waktu petang, anda boleh melakukan sukan yang mempunyai intensiti yang lebih tinggi, seperti berenang atau berbasikal.  

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan