backup og meta

Adakah Melancong Memberi Kesan Ke Atas Kesihatan Emosi Anda?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    Adakah Melancong Memberi Kesan Ke Atas Kesihatan Emosi Anda?

    Kita semua tahu bahawa melancong memberi inspirasi dan galakan – tetapi adakah anda tahu bahawa melancong boleh meningkatkan kesihatan emosi anda? Apabila melancong, kita akan mendapat peluang bukan sahaja untuk meletakkan diri kita ke dalam situasi yang baru tetapi juga mencabar diri kita sendiri, dan fikiran kita boleh mendapat manfaat daripadanya. Mari kita lihat beberapa kesan positif melancong ke atas kesihatan emosi.

    Melancong akan mengecas kesihatan emosi anda dan membentuk empati

    Menurut Wallace J. Nichols, pengarang “Blue Mind: The Surprising Science That Shows How Being Near, In, On, or Under Water Can Make You Happier, Healthier, More Connected, and Better at What You Do, melancong – terutamanya tempat-tempat yang berhampiran air – memberikan kita peluang untuk menetapkan semula emosi kita dan membentuk empati. “Sering dikaitkan dengan perasaan kagum, air boleh meningkatkan empati dan belas kasihan kita, hubungan dengan diri sendiri dan orang lain, dan bagi ramai orang- dari pemuzik seperti Pharrell Williams sehingga pakar neurologi seperti Oliver Sacks -. ia adalah sumber yang stabil bagi kreativiti dan wawasan,” katanya.

    Travel akan mengurangkan tekanan

    Ini sudah semestinya dan ia bukanlah sesuatu yang menghairankan bahawa melancong akan menenangkan fikiran dan melegakan tekanan anda. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa bercuti melahirkan kebahagiaan dan mengurangkan kesedihan.

    Menurut Dr. Margaret J. King, pengarah Center for Cultural Studies & Analysis, iaitu satu institut yang memberi tumpuan kepada idea, produk yang mendorong keputusan pengguna. ‘Banyak faedah psikologi dari perubahan tempat dari rumah dan tempat kerja ke  “tempat asing” hanya untuk menikmati alam sekitar. Dengan beberapa aktiviti ringan setiap hari, ditambah pula dengan minda yang bebas dari kerumitan projek, minda boleh ditetapkan semula, seperti badan, yang akhirnya menghilangkan stres.

    Travel akan memperbaiki mod anda

    Satu kajian pada tahun 2014 yang dijalankan oleh Diamond Resorts International mendedahkan bahawa lebih 75 peratus daripada jumlah pelanggannya melahirkan rasa gembira mereka apabila mereka melancong sekurang-kurangnya sekali setahun Selain itu, rasa bahagia tersebut tidak terhenti selepas trip tersebut. Ia berkekalan dalam tempoh masa yang panjang

    Mari kita mula merancang percutian seterusnya sekarang. Gunakan semua cuti yang anda ada. Jangan pernah mensia-siakannya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan