10 Rahsia Gigi Putih

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam masyarakat moden di mana penampilan adalah aspek penting, ramai orang inginkan gigi lebih putih dan kuat. Tetapi bagaimana jika gigi anda tidak memenuhi jangkaan anda? Jangan risau, kerana artikel berikut akan membimbing anda mengenai cara untuk memutihkan gigi anda dengan cara yang paling murah tetapi berkesan.

Berus gigi selepas minum atau makan

Selepas menikmati makanan yang lazat atau minuman perisa kegemaran anda, adalah lebih baik untuk menunggu selama 30 minit, kemudian berus gigi anda. Malas memberus selepas makan adalah salah satu daripada punca utama yang menyebabkan perubahan warna gigi.

Elakkan merokok

Merokok meninggalkan kesan negatif ke atas seluruh tubuh anda, termasuk paru-paru, kulit, dan paling teruk, gigi anda.

Elakkan minum kopi dan teh

Teh dan kopi adalah minuman kegemaran ramai orang, tetapi ia boleh meninggalkan kesan buruk pada gigi anda. Oleh itu, jika anda mahu gigi anda menjadi putih bersinar, elakkan meminum kopi dan teh.

Gunakan minyak kelapa

Disebabkan minyak kelapa mengandungi ciri-ciri antimikrob, ia berfungsi dengan baik dalam melindungi gusi dan gigi anda. Letakkan sesudu minyak kelapa ke dalam mulut anda, kemudian kumur selama 5 hingga 10 minit. Sebagai alternatif, letakkan hanya beberapa titik pada berus gigi anda kemudian teruskan memberus seperti biasa.

Gunakan cuka epal cider

Cuka epal cider, kerana mengandungi keasidan, berkesan dengan baik dalam mengeluarkan kotoran yang disebabkan oleh kopi dan nikotin.

Gunakan kulit oren atau lemon

Sama seperti cuka epal cider, kulit oren atau lemon mengandungi keasidan, yang boleh membersihkan gigi anda, membuatkannya lebih cerah. Gunakannya hanya sekali atau dua kali seminggu untuk memastikan tidak memudarakan gigi dan gusi anda.

Makan buah

Buah beri mempunyai banyak antioksidan, bermakna ia adalah baik untuk kesihatan, terutama gusi anda. Jangan terlalu memberi perhatian kepada gigi sahaja, tetapi mengabaikan gusi anda. Anda perlukan gusi yang sihat untuk menyokong gigi.

Penggunaan produk arang aktif

Produk arang aktif, seperti dalam ubat gigi, adalah terbukti mempunyai kesan terbaik dalam menghapuskan kotoran pada permukaan gigi.

Gunakan serbuk penaik (baking soda)

Letakkan sedikit serbuk penaik pada berus gigi anda, dan kemudian berus gigi perlahan-lahan. Anda mungkin terkejut melihat betapa berkesan kaedah mudah ini!

Beri perhatian kepada diet anda

Anda tidak boleh mengharapkan gusi dan gigi anda untuk menjadi sihat dan cantik jika anda tidak memberi perhatian kepada apa yang anda makan. Ambil makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D untuk mendapatkan gigi yang kuat.

Rawatan-rawatan ini bertindak dengan baik untuk mencerahkan  gigi anda dengan kos yang sedikit. Sebaliknya, jika cara di atas masih tidak memuaskan hati anda, atau anda menghadapi masalah dengan kesihatan gigi anda, jangan teragak-agak untuk melawat doktor gigi untuk nasihat selanjutnya.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Mitos Penjagaan Gigi Sihat: Benar atau Salah

    Sebarang prosuder gigi di klinik mungkin menggusarkan hati anda. Oleh itu, mencegah sebarang keperluan untuk berjumpa doktor gigi mungkin pilihan yang lebih baik. Sebelum itu, terdapat beberapa mitos yang anda perlu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 31/05/2018 . 3 minit bacaan

    8 Makanan Mengotorkan Gigi

    Adakah anda pernah menganggap bahawa makanan yang anda makan setiap hari boleh menjadi mengotorkan gigi anda? Malah, kita boleh pastikan gigi kita dalam keadaan yang bagus dengan menggunakan produk dan tabiat penjagaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 19/04/2018 . 3 minit bacaan

    10 Rahsia Gigi Cerah

    Dalam masyarakat moden penampilan adalah bahagian penting, ramai orang ingin mendapatkan gigi lebih putih dan kuat. Dengan itu, bagaimana jika gigi anda tidak seperti jangkaan anda? Jangan lagi risau, kerana artikel ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 17/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gigi kuning

    Gigi Kuning Bukan Lagi Masalah, Ini 4 Cara Kembalikan Senyuman Menawan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/09/2019 . 3 minit bacaan
    makanan tersekat, pencungkil gigi

    Mengapa Anda Tidak Patut Menggunakan Pencungkil Gigi Tiap Kali Makanan Tersekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Adakah Ubat Gigi Mengandungi Toksik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 24/10/2018 . 2 minit bacaan
    pemutihan gigi

    Selain Berus Gigi, Ini 5 Cara Semula Jadi Untuk Putihkan Gigi Yang Berkesan, Memang WAJIB Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 04/06/2018 . 2 minit bacaan