10 Keperluan Perkhemahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Berkhemah buat kali pertama memang terasa seronok dan mengujakan. Walau bagaimanapun, kerana ini adalah pengalaman yang pertama, anda mungkin terlupa untuk membawa beberapa keperluan. Artikel berikut akan memberikan anda 10 keperluan yang harus anda bawa untuk perkhemahan pertama anda.

Peralatan penunjuk arah

Peta dan kompas adalah antara perkara yang paling penting yang perlu anda bawa pada waktu perkhemahan. Jangan terlalu bergantung kepada aplikasi telefon pintar peribadi anda, kerana kadangkala, tempat perkhemahan anda mungkin tidak sentiasa mempunyai bekalan elektrik, mahupun internet atau isyarat telefon.

Perlindungan matahari

Jelas sekali, perjalanan perkhemahan bermakna anda akan tinggal di tempat terbuka, oleh itu, tidak ada sebab untuk tidak membawa cermin mata hitam. Bahkan belilah cermin mata yang boleh melindungi anda dari sinar matahari yang kuat.  Krim pelindung matahari juga merupakan perkara yang perlu dibawa.

Penebatan

Anda tidak dapat meramalkan cuaca, oleh itu, bawa lapisan tambahan pakaian jika cuaca yang tidak disangka berlaku.

Pencahayaan

Lampu depan (headlamps), lampu lantera mudah dibawa dan lampu suluh adalah penting untuk perjalanan perkhemahan yang selamat.

Bekalan Pertolongan cemas

Bekalan pertolongan cemas adalah antara perkara yang paling penting, jadi jangan lupa membawanya.

Sumber Api

Mancis dan pemetik juga penting. Jika boleh, pilih produk kalis air supaya percutian anda tidak menghadapi sebarang rintangan.

Kit dan Peralatan Membaiki

Pisau, pisau serbaguna dan pita pelekat (yang turut dikenali sebagai alat membaiki universal) adalah sangat berguna dalam membaiki gear dan menyediakan makanan. Kit pertolongan cemas adalah untuk mengendalikan kecemasan.

Makanan

Sentiasa bawa pek makanan tambahan, kerana tempat yang anda lawati mungkin tidak mempunyai banyak makanan berhampiran. Adalah lebih baik untuk membawa makanan dalam tin kalis air. Pilih makanan yang mengandungi banyak tenaga seperti coklat, bar tenaga, buah-buahan kering, atau kacang.

Air

Sentiasa bawa sekurang-kurangnya 1 botol air dengan anda, dan bekas air yang kosong.

Pelindung (shelter) kecemasan

Pelindung adalah penting, dan kebanyakan orang hanya membawa khemah untuk perjalanan. Walau bagaimanapun, pelindung kecemasan juga perlu dimasukkan dalam senarai anda, kerana anda tidak dapat meramal perubahan cuaca. Di samping itu, jika anda sesat, adalah berbahaya jika anda tidak mempunyai sebarang tempat untuk berehat atau tidur. Anda terdedah kepada risiko digigit, dimakan atau disengat haiwan.

10 keperluan di atas untuk memastikan anda dapat menikmati percutian anda sepenuhnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan