backup og meta

Ada 1 Jenis Cendawan Yang Boleh Rawat HPV? Tapi, Jangan Sampai Tolak Vaksin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2023

    Ada 1 Jenis Cendawan Yang Boleh Rawat HPV? Tapi, Jangan Sampai Tolak Vaksin!

    Di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD) dan antara yang sering berlaku serta berbahaya adalah HPV dan rawatan penyakit HPV ini juga penting!

    Kebiasaannya, penyakit ini sering kali dikaitkan dengan ketuat dan kanser yang boleh tersebar dari individu ke individu melalui seks.

    Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Apa itu HPV?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar tentang salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, HPV adalah singkatan daripada Human papilloma virus iaitu nama sejenis virus yang banyak dikaitkan dengan ketuat dan kanser.

    Jangan terkeliru kerana ia adalah sama sekali berbeza dengan HIV yang menyebabkan AIDS dan HSV yang mengakibatkan herpes, ya!

    Virus ini boleh tersebar dari satu individu kepada individu lain menerusi penetrasi zakar ke dalam faraj atau sebarang aktiviti seks yang lain seperti seks anal dan seks oral.

    Apa yang membimbangkan adalah penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas menjadikannya sangat sukar untuk dikesan.

    Disebabkan ia adalah antara STD yang paling kerap berlaku, cara mencegahnya yang paling utama adalah dengan mengambil vaksin pada usia muda.

    rawatan penyakit HPV

    Siapa yang paling berisiko?

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor risiko berikut:

    • Berjantina lelaki
    • Sering melakukan seks oral atau seks anal bersama pasangan
    • Sering berciuman atau berkucupan bibir bersama pasangan
    • Cenderung untuk berganti pasangan
    • Menghisap rokok
    • Mengambil alkohol

    Apa akibat yang akan berlaku?

    Ya, jangkitan virus ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas membuat penderita langsung tidak sedar sekiranya dijangkiti.

    Namun kalian harus tahu bahawa HPV mungkin akan mengakibatkan ketuat kelamin serta pelbagai jenis kanser jika tidak segera dirawat.

    HPV adalah penyebab ketuat & kanser?

    Dalam kebanyakan kes, HPV akan hadir dan hilang dengan sendiri seiring perjalanan waktu serta tidak akan mengakibatkan sebarang komplikasi kesihatan.

    Akan tetapi, ia juga mungkin akan menyebabkan kondisi ringan seperti ketuat kelamin atau kondisi berat seperti kanser jika masih ada dalam tubuh badan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

    rawatan penyakit HPV

    Apa yang membimbangkan, HPV adalah sejenis virus yang boleh jadi pencetus pelbagai jenis kanser termasuklah pada:

    • Vulva
    • Faraj
    • Zakar
    • Anus
    • Tekak
    • Mulut

    Bagi mengelakkan daripada terkena kanser seperti yang kami nyatakan di atas, maka segera dapatkan rawatan susulan untuk mengubati penyakit ini terlebih dahulu.

    Ataupun kalian boleh ambil vaksin secepat yang mungkin bagi mencegah ia daripada berlaku bermula peringkat awal.

    Apa rawatan penyakit HPV?

    Disebabkan virus yang menyebabkan penyakit ini muncul selepas masa yang sangat lama akibat inkubasi, maka rawatan penyakit HPV adalah bergantung kepada jenis penyakit:

    Ketuat

    Cara paling mudah untuk merawat ketuat adalah dengan menyapu bahan krim yang telah dibekalkan oleh doktor.

    Bagi merawat ketuat yang sangat keras, anda juga boleh menggunakan haba (penyejukan atau pemanasan) untuk menghilangkannya.

    Namun ketahuilah bahawa kondisi ini mungkin akan bertahan selama beberapa bulan semasa menerima rawatan.

    Kanser

    Doktor akan memberi rawatan bergantung kepada tahap tumor dan status serta kondisi kesihatan pesakit.

    Untuk kanser, anda perlu diperiksa dengan lebih kerap bagi mengelakkan risiko penyakit menjadi lebih teruk sebelum tumor terbentuk.

    Bagaimana merawatnya dengan lebih cepat?

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, rawatan penyakit HPV adalah bergantung kepada jenis penyakit yang berlaku akibatnya sama ada ketuat atau kanser.

    Namun, wujudkah sebarang cara untuk merawatnya dengan lebih cepat secara sendiri di rumah sahaja?

    rawatan penyakit HPV

    Menurut artikel Science News yang diterbitkan pada tahun 2014, ada satu kajian yang mengatakan ekstrak cendawan shiitake mampu membunuh virus ini dengan cepat.

    Dalam 10 orang wanita yang menggunakannya, 3 daripada jumlah itu didapati berjaya membunuh virus ini secara total manakala 2 orang lagi berjaya mengurangkan jumlahnya.

    Pun begitu, ini masih berada dalam peringkat kajian dan rawatan daripada pihak profesional adalah lebih wajar diutamakan kerana ia terbukti lebih berkesan.

    Rawatan di atas dengan cendawan tidak terbukti dan boleh menyebabkan kemudaratan jika diuji tanpa nasihat daripada doktor.

    Vaksin adalah rawatan HPV terbaik?

    Untuk mengelakkan ketuat berlaku dengan lebih teruk, ia perlu dibuang dengan teknik pembekuan, pembedahan atau penyuntikan ubatan dengan segera.

    Bagi mengelakkan ia berubah kepada kanser pula, adalah perlu untuk doktor menghentikan pertumbuhan segala sel-sel abnormal pada kawasan yang terkesan.

    Namun mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Oleh itu, jangan lagi bertangguh untuk mengambil vaksin HPV!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan