Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan kanak-kanak berusia 11 hingga 12 tahun mendapatkan dua dos vaksin HPV untuk melindungi daripada kanser yang disebabkan oleh HPV.
3. Perlukah imbasan kanser serviks dilakukan sebelum mendapatkan vaksin HPV?
Kanak-kanak perempuan dan wanita tidak perlu melakukan ujian HPV atau ujian Pap untuk mengetahui sama ada mereka perlu mendapatkan vaksin atau sebaliknya. Bagaimanapun, adalah penting bagi wanita meneruskan imbasan kanser serviks walaupun selepas mendapat semua suntikan vaksin HPV. Ini kerana vaksin tidak melindungi terhadap semua jenis kanser serviks.
4. Sejauh manakah keberkesanan vaksin HPV?
Vaksin HPV mensasarkan jenis HPV yang biasanya menyebabkan kanser serviks dan boleh menyebabkan beberapa kansar lain seperti kanser kanser dubur, zakar, faraj, vulva dan orofarinks. Ia juga melindungi daripada jenis HPV yang menyebabkan ketuat genital. Vaksin HPV sangat berkesan dalam mencegah jenis HPV yang disasarkan serta kebanyakan masalah kesihatan yang disebabkan olehnya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen