backup og meta

Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/11/2023

    Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

    Hubungan seks boleh jadi menyeronokkan dan boleh juga menjadi awkward terutamanya jika perkara yang tidak diduga berlaku seperti air mani si dia termasuk dalam mata. Sekarang anda mungkin risau akan risiko jangkitan penyakit kutil kelamin pula!

    Anda akan susah hati dan tertanya-tanya sama ada penyakit kutil kelamin (STI) boleh terjadi gara-gara ‘kemalangan’ tersebut.

    Malahan, kini mata anda mulai terasa sakit dan panas kesan daripada percikan air mani tersebut. Bagaimana nak buat tu?

    Artikel ini akan bantu menjawap segala persoalan anda mengenai perkara ini, pastikan anda teruskan membaca okay! 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kenali apa itu penyakit kutil kelamin

    kutil kelamin

    Penyakit kutil kelamin kebiasaannya disebarkan melalui aktiviti seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman dan bakteria, seperti gonorrhoea, klamidia, siflis, HIV dan banyak lagi.

    Ia boleh dijangkiti semasa melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur mahupun melalui oral, mulut.

    Di Malaysia, kes jangkitan penyakit kutil kelamin bertambah dari tahun ke tahun.

    Antara kemungkinan sebabnya adalah golongan remaja yang menerima pendedahan terlalu awal kepada seks atau akibat kurang didikan mengenai risiko hubungan seks.

    Jangkitan penyakit kutil kelamin melalui mata- kajian

    Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 1999, menganggarkan bahawa risiko jangkitan HIV melalui pendedahan mucocutaneous ialah 0.03%.

    Dengan kata lain, jangkitan HIV yang berlaku melalui selaput lendir yang melapisi mulut dan hidung tidak akan dijangkiti HIV.

    Kajian lain yang dilakukan oleh para penyelidik, menganggarkan bahawa orang yang terdedah kepada darah yang dijangkiti HIV di tempat kerja, dengan batang jarum atau kontak melalui kulit, mempunyai risiko 0.3% jangkitan HIV.

    Selain itu, ada satu kes yang didokumentasikan mengenai seseorang yang mendapat HIV ketika bekerja di makmal hospital, secara tidak sengaja terpercik dengan darah yang dijangkiti HIV ke dalam mata individu tersebut.

    Laporan kes mengatakan, pada saat kemalangan itu, dia merasakan titisan tumpah ke dalam mata kirinya namun dia hanya bertindak balas dengan berkedip cepat dan tidak mencuci mata.

    5 minggu setelah ia terjadi ianya dikesan kembali kepada seorang pesakit di unit rawatan intensif hospital tersebut, yang mendapat rawatan selama sebulan berikutan kemalangan jalan raya yang teruk.

    Para penyelidik dapat mengesahkan sumber jangkitan dengan membandingkan urutan genetik dari 2 jenis HIV yang berbeza pada anggota kakitangan hospital dan pesakit yang menerima rawatan.

    Oleh itu, anda sudah boleh bertenang kerana risiko jangkitan penyakit kelamin melalui mata bahkan lebih rendah dan hampir dengan sifar jika dibandingkan dengan orang yang positif HIV sedang menjalani rawatan.

    Usah takut jika air mani termasuk mata

    Kemungkinan anda akan dijangkiti penyakit kutil kelamin melalui mata daripada percikan air mani adalah sangat rendah.

    Menurut Dr Stephanie Ooi, seorang doktor kesihatan wanita dari My Healthcare Clinic, jika percikan cecair air mani masuk ke dalam mata, dicadangkan untuk terus membilas mata anda dengan air selama kira-kira 20 minit.

    Setelah anda lap mata dengan kain muka yang bersih, luangkan sedikit masa untuk melihat bagaimana keadaan mata anda terasa.

    Sekiranya anda masih merasa kegatalan atau ketidakselesaan, cuba basuh lagi.

    Selain itu, adalah lebih baik untuk mengelakkan bahagian mata daripada sebarang solekan, memakai kanta lekap atau terus menggosok atau menyentuh mata kerana dikhuatiri menjadi lebih teruk.

    Bakteria di dalam sperma boleh menyebabkan konjunktivitis atau keradangan pada bahagian kelopak mata anda.

    Jika rasa sakit dan kemerahan tidak menghilang dalam masa 24 jam ataupun semakin bertambah buruk, segera berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan perubatan dengan secepat mungkin.

    Sekiranya gejalanya tidak seburuk itu tetapi anda ingin melegakan kesakitan, singgah di mana-mana farmasi tempatan anda dan dapatkan titisan mata.

    kutil kelamin

    Setelah mata anda bertambah baik, sebaiknya tunggu hingga 3 bulan untuk memastikan hasil ujian yang tepat.

    Namun, dengan satu pengecualian sekiranya pasangan yang ejakulasi didapati menghidap penyakit kutil kelamin, usah buang masa dan segera berjumpa doktor.

    Apa patut dilakukan jika air mani termasuk mata?

    Segera lakukan tindakan-tindakan ini sekiranya air mani termasuk mata:

    1. Mulakan dengan mencuci mata dengan lembut menggunakan air yang suam.
    2. Keluarkan kanta lekap anda jika memakainya dengan berhati-hati dan jangan masukkannya kembali kecuali mata anda sudah kelihatan dan terasa normal.
    3. Pastikan anda membersihkan kanta lekap dengan larutan pembasmi kuman terlebih dahulu sebelum anda memasukkannya semula.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan