Patutkah Saya Memberi Peluang Kedua kepada Pasangan Yang Curang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Barangkali anda tidak pernah menyangka perkahwinan anda akan sampai kepada tahap ini. Bila anda perlu membuat keputusan paling sukar dalam hidup, sama ada untuk memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang. Siapa sangka pasangan yang anda cintai tergamak berbohong, memanipulasi, memperbodohkan anda dan cuba menutup perkara tersebut.

Kecurangan kepada pasangan bukan bererti hubungan seksual sahaja, membina hubungan emosi dan melaburkan masa dengan orang lain juga merupakan kecurangan yang pasti menyesakkan dada siapa sahaja. Tetapi, bagaimana jika pasangan anda benar-benar menyesal dengan kecurangannya. Bahkan berjanji untuk kembali setia, dan jauh di sudut hati, anda masih mencintainya?

Walaupun perit untuk memaafkannya dan melupakan setiap luka dalam hati anda disebabkan episod hitam ini, anda sendiri mungkin masih tertanya, patutkah anda memberikan peluang kedua kepadanya? Setelah luka sembuh dan anda mampu memaafkannya, patutkah cinta disemai kembali?

Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya melainkan diri anda sendiri. Hanya anda yang tahu apa yang anda telah lalui dan apa yang anda sanggup untuk lalui dan perjuangkan selepas ini.

Dalam menimbang keputusan yang berat ini, berikut adalah lima sebab anda TIDAK patut memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang:

  • Kecurangan berlaku dengan bekas kekasih
  • Hubungan tersebut serius dan berlaku dalam tempoh masa yang lama
  • Pasangan anda tidak menunjukkan penyesalan atau tidak meminta maaf
  • Kecurangan tersebut berlaku seawal hubungan anda dan pasangan
  • Kecurangan tersebut berulang atau merupakan tingkah laku kerap pasangan

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memberi pasangan anda peluang kedua, berikut adalah beberapa soalan penting untuk anda tanyakan kepada diri sendiri:

  • Adakah ini kali pertama pasangan anda berlaku curang?
  • Adakah pasangan anda memahami kekecewaan yang anda alami?
  • Adakah pasangan anda mengenal pasti kecurangan tersebut sebagai masalah?
  • Adakah pasangan anda menerima kesalahannya kerana tidak setia?
  • Walau apa pun alasannya curang, adakah pasangan anda mengakui bahawa dia perlu berubah?
  • Adakah pasangan anda meminta maaf?
  • Adakah anda percaya pasangan anda benar-benar menyesal kerana tidak setia?
  • Adakah pasangan anda akan menghadiri kaunseling perkahwinan dan individu?
  • Adakah pasangan anda benar-benar telah memutuskan hubungan sulit tersebut?
  • Jika orang itu adalah rakan sekerja pasangan anda, adakah anda telah berbincang bagaimana pasangan anda boleh mengekalkan hubungan sebagai rakan sekerja sahaja?
  • Adakah anda fikir anda dan pasangan anda boleh mempunyai perkahwinan yang berjaya, gembira dan berkekalan?
  • Adakah anda fikir anda boleh mempercayai pasangan anda lagi?
  • Adakah anda fikir perkahwinan anda berbaloi untuk diselamatkan? Jika ya, mengapa?
  • Adakah kecurangan pasangan anda ini akan menghantui minda dan hati anda?
  • Bolehkah anda memaafkan pasangan anda?
  • Adakah kalian bersedia untuk berusaha membina semula perkahwinan ini dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul dan berkomunikasi dengan efektif?

Sekiranya anda memutuskan untuk memberi pasangan anda peluang kedua, pastikan pasangan anda mengetahui bahawa peluang ini hanya sekali. HANYA sekali. Anda tidak akan memaafkannya berulang kali. Katakan dengan jelas bahawa tidak akan ada lagi peluang lain. Adalah penting untuk anda menekankan bahawa kemaafan dan peluang kedua ini bukanlah penerimaan atas kecurangannya.

Tiada siapa yang dapat memutuskan apa yang perlu dilakukan dalam keadaan ini. Tidak mudah untuk meninggalkan pasangan atau memecahkan keluarga yang anda miliki. Anda boleh membina semula perkahwinan anda dengan bantuan yang betul. Panduan profesional dan buku atau sumber dalam talian boleh membantu anda menentukan hala tuju rumah tangga anda.

Hidup bersendirian atau berdua bukanlah ukuran kebahagiaan. Anda lebih tahu apa yang membahagiakan anda. Apa pun pilihan anda, sama ada berpisah atau kekal bersama, semoga anda dapat mengecap kebahagian lagi!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Ramai yang mungkin hanya tahu menggunakan alat permainan seks namun tidak mengendahkan manfaat dan mudaratnya terhadap kesihatan. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Anda ingin hidup gembira sepanjang masa? Jangan khuatir, kerana kami ada 12 cara untuk gembira bagi mewujudkan hidup yang gembira untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    seks dan teknologi

    Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    vulva bengkak wanita

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat seks

    Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    hamil selepas haid

    Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan