backup og meta

Selalu Onani Guna Losyen, Ia Hanya Memberi Risiko Pada Alat Sulit, Ini 4 Tip Memilih Pelincir Yang TEPAT

Selalu Onani Guna Losyen, Ia Hanya Memberi Risiko Pada Alat Sulit, Ini 4 Tip Memilih Pelincir Yang TEPAT

Onani adalah satu perbuatan yang normal dilakukan oleh individu tidak kira lelaki atau wanita. Jangan terkejut, majoriti orang yang tinggal di muka bumi ini melakukannya. Namun, cara ia dilakukan adalah berbeza bergantung kepada kehendak individu itu sendiri. Ada yang melakukannya hanya menggunakan tangan kosong, ada yang menggunakan air liur dan ada yang menggunakan losyen badan! Persoalannya, apakah risikonya?

Sedikit sebanyak mengenai onani

Sebelum pergi lebih lanjut mengenai penggunaan losyen badan ketika melancap, apa kata kita mengenali serba sedikit tentang perbuatan yang tidak bermoral ini?

Untuk pengetahuan anda, onani atau melancap adalah satu perbuatan seksual yang dilakukan oleh individu tidak kira lelaki atau wanita untuk memuaskan nafsu syahwat secara sendiri atau solo. Ia dilakukan dengan menggunakan tangan untuk menyentuh, menggosok dan mengurut alat sulit sehingga klimaks dan terkeluar air mani.

Kadangkala, alat mainan seks seperti vibrator, dildo atau fleshlight turut digunakan oleh individu untuk memberi efek yang lebih mengasyikkan ketika sedang beraksi. Ramai individu beranggapan ia adalah normal dan tidak akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Hakikatnya, ramai pakar menyatakan ia boleh jadi kondisi mati pucuk.

Namun, apakah sebab individu gemar dan ketagih melakukannya?

Pornografi adalah dalang utamanya

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Cambridge University pada tahun 2013, individu yang gemar menonton pornografi boleh diumpamakan seperti seorang penagih dadah. Ini kerana mereka akan sangat ketagih dengannya. Dalam erti kata yang lain, tabiat menonton video lucah ini sudah pasti akan merosakkan kesihatan mental dan fizikal.

Selain otak, ada organ lain yang akan terjejas teruk iaitu alat kemaluan. Ini kerana usai sahaja menonton video lucah, sudah pasti nafsu syahwat akan terangsang dan perlukan ‘belaian’ bukan? Jadi, penyelesaian kepada kehendak ini adalah dengan melancap. Buat anda yang belum tahu, ketagihan beronani akhirnya akan memberi kesan buruk kepada anda.

Jadi, adakah anda masih mahu meneruskan perbuatan ini? Segala keputusan terletak di tangan anda.

Onani dengan losyen badan, selamat atau tidak?

kesan melancap

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini, adakah beronani dengan losyen badan selamat atau tidak dan apakah risikonya?

Jika anda pernah melakukan onani dengan tangan kosong, sudah pasti anda akan berada tidak selesa kerana alat sulit anda akan kesat dan anda akan berasa sedikit pedih ketika sedang menggosok atau mengurutnya. Ini disebabkan oleh kulit zakar atau faraj sebenarnya adalah jauh lebih nipis dan sensitif berbanding bahagian tubuh badan yang lain.

Disebabkan itu, ramai individu yang gemar beronani akan memilih untuk melancap menggunakan ‘bahan pelincir’ seperti losyen badan. Mungkin mereka memilih untuk menggunakan bahan ini kerana ia mudah didapati dan disangkakan tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan. Adakah persepsi mereka ini benar?

Risiko onani dengan losyen badan

Buat anda yang masih belum tahu, perbuatan ini ada risikonya. Menurut Maureen Whelihan yang merupakan seorang pakar di Center for Sexual Health and Education, Amerika Syarikat, beronani menggunakan losyen badan bukanlah cara yang terbaik.

Menurutnya, ia tidak boleh digunakan ke atas kulit alat sulit meskipun namanya losyen untuk ‘tubuh badan’. Hal ini kerana losyen mengandungi alkohol, bahan pewangi, bahan pengawet serta berbagai lagi bahan kimia lain yang boleh mendatangkan reaksi alahan.

Sekiranya anda masih berdegil dan terus menggunakannya ke atas alat sulit anda, bersedialah untuk mengalami iritasi yang sangat tidak selesa. Alat sulit anda mungkin akan melecet, membengkak dan menjadi kemerahan. Lebih teruk lagi, amalan ini mungkin akan mengakibatkan alat kemaluan anda mendapat jangkitan kuman.

Jadi, apa penyelesaiannya?

suami isteri

Sebelum itu, penulis ingin tegaskan di sini beronani adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan diharamkan dalam agama Islam, dan mungkin juga agama yang lain. Akan tetapi, keputusan terletak di tangan anda. Jika anda masih ingin melakukannya, ketahuilah kesan dan akibatnya sendiri, ya?

Buat anda yang gemar melancap, sudah pasti anda akan tahu bahawa beronani hanya menggunakan tangan kosong adalah sangat tidak selesa. Ini kerana gosokan atau urutan tangan terhadap alat sulit adalah sangat kering dan kesat sekali gus menyebabkan kulit alat kemaluan anda akan mengalami iritasi jika melakukannya dengan terlalu kasar

Hal ini juga akan berlaku sekiranya anda menggunakan alat mainan seks seperti dildo, vibrator atau fleshlight. Lebih menakutkan, alat ini mengandungi pelbagai bahan yang boleh membahayakan alat sulit anda seperti silikon. Jadi, dengan tangan kosong atau alat mainan seks, bahan pelincir masih diperlukan.

Untuk anda yang masih belum tahu, bahan pelincir dicipta untuk membantu melembap dan melincinkan kulit alat sulit anda agar hubungan seks penetrasi boleh dijalankan oleh suami isteri dengan lebih lancar. Jadi, ia sudah pasti boleh digunakan pada alat sulit semasa beronani. Berikut merupakan beberapa tip memilih bahan pelincir yang sesuai untuk melancap:

#1. Pilih bahan pelincir yang berasaskan air

Sudah sifat semula jadi air, ia berkeupayaan menembusi kulit. Secara umumnya juga, ia tidak akan mendatangkan sebarang reaksi alahan

#2. Pilih bahan pelincir yang berasaskan silikon

Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih bahan pelincir yang berasaskan silikon. Cuma, pastikan anda memilih produk yang telah dibuktikan selamat secara klinikal dahulu.

#3. Pilih bahan pelincir yang tidak akan mendatangkan alahan

Antara bahan yang boleh memicu reaksi alahan kepada alat sulit adalah gliserin, paraben dan pelbagai lagi bahan petrokimia. Oleh itu, pastikan anda memilih produk yang bebas daripada bahan-bahan ini, ya?

#4. Bereksperimen

Untuk pengetahuan anda, kulit alat kemaluan adalah sangat nipis dan sensitif. Sebarang reaksi alahan mungkin akan berlaku dalam skala yang lebih teruk berbanding kulit di bahagian yang lain. Oleh itu, sila bereksperimen terlebih dahulu. 

Caranya, sapu sedikit bahan pelincir yang anda mahu gunakan ke alat sulit di bahagian kulit lain seperti pada tangan atau punggung. Tunggu sehingga 24 jam dan perhatikan jika terdapat sebarang tanda-tanda reaksi alahan atau tidak.

Jika tidak, ia selamat untuk digunakan.

Konklusi

Kesimpulannya, memang ramai orang yang melakukan perbuatan ini. Namun, ketahuilah bahawa ia adalah haram di sisi agama Islam, dan mungkin bagi agama lain. Dalam pada itu, onani juga adalah perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan alat sulit anda terutamanya jika ia dilakukan dengan cara yang salah. Jadi, sila hat-hati, ya?

 Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.huffingtonpost.com/melissa-white/wetter-is-better-how-to-choose-the-best-lube_b_4598397.html. Accessed on January 8, 2019.

https://www.womenshealthmag.com/sex-and-love/substitute-for-lube/slide/6. Accessed on January 8, 2019.

http://www.berkeleywellness.com/self-care/sexual-health/article/slippery-facts-about-lubricants. Accessed on January 8, 2019.

http://www.psychguides.com/guides/porn-addiction/. Accessed on January 8, 2019.

Versi Terbaru

26/01/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/01/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan