Protein Haiwan vs Protein Tumbuhan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah anda pernah tertanya-tanya apa yang lebih baik untuk anda, protein haiwan atau protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan? Jika anda mempunyai soalan ini tetapi tidak menemui jawapannya, artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut mengenai sama ada anda perlu makan protein tumbuh-tumbuhan atau protein haiwan.

Daging merah diproses berpotensi menyebabkan penyakit

Daging merah dikenali sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi sejak berabad lamanya. Walau bagaimanapun, ia juga dikenali sebagai penyumbang kepada penyakit seperti penyakit jantung, kegagalan jantung, strok, dan juga kematian awal. Tetapi, jangan terkeliru, kerana daging merah tidak kesemuanya sama, kerana kemungkinan mengalami penyakit adalah lebih tinggi apabila anda makan daging merah yang diproses, bukannya yang segar.

Manfaat memakan protein haiwan

Menurut kajian The Nurses’ Health , mereka yang mengamalkan pemakanan ayam, susu rendah lemak serta ikan mempunyai risiko mengalami penyakit jantung yang lebih rendah.

Di samping itu, adalah sangat jelas bahawa orang yang makan ikan segar secara kerap akan hidup lebih lama, dan juga lebih sihat, disebabkan ikan mengandungi banyak manfaat omega-3 serta asid lemak yang baik. Mereka yang makan ikan setiap hari, atau setiap minggu juga boleh mengelakkan penyakit seperti serangan jantung, strok, atau penyakit jantung.

Tambahan pula, pengambilan telur telah dikaitkan dengan tahap kolesterol yang lebih terkawal, serta penurunan berat badan.

Akhir sekali, protein haiwan bukan sahaja rasa lebih baik, tetapi turut menawarkan pelbagai manfaat, mencegah penurunan jisim otot yang berlaku mengikut umur, dan peningkatan dalam jisim otot tanpa lemak.

Diet yang tinggi dengan protein tumbuhan dikaitkan dengan banyak faedah

Risiko penyakit jantung yang lebih rendah

Menurut kajian, mereka yang mengamalkan diet yang kaya dengan protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan akan mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah, dan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Satu kajian kecil menyatakan bahawa apabila anda menggantikan 2 hidangan daging merah dengan kekacang 3 hari setiap minggu, anda akan dapat mengurangkan gula dan kolesterol dalam darah.

Pencegahan  daripada pertambahan berat badan

Makan lebih banyak protein tumbuh-tumbuhan juga boleh membantu anda dengan rancangan diet anda.

Menurut pemerhatian, wanita dan lelaki yang makan lebih kacang untuk tempoh 20 tahun mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengawal berat badan.

Di samping itu, apabila anda makan lebih banyak hidangan kacang merah, kacang kuda, atau kekacang lain setiap hari, anda akan cepat merasa kenyang. Kesannya, anda boleh mengurus dan mengawal berat badan dengan lebih baik.

Ternyata, protein tumbuh-tumbuhan dan protein haiwan kedua-duanya mempunyai kesan yang baik. Walaupun protein haiwan mempunyai kualiti yang lebih baik daripada protein sayur-sayuran kerana asid amino penting yang lebih lengkap dan banyak, protein haiwan boleh menimbulkan beberapa risiko kepada kesihatan anda jika diambil terlalu banyak. Bergantung kepada keperluan anda, anda boleh memilih untuk makan protein haiwan atau protein sayur-sayuran. Tetapi, jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang jenis sajian protein yang terbaik untuk anda, anda boleh merujuk doktor, pakar pemakanan atau pakar kesihatan lain untuk jawapan lanjut, nasihat serta bimbingan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    10 Tips Pelbagaikan Makanan Protein

    10 Tips Pelbagaikan Makanan Protein

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 18/04/2018 . 2 minit bacaan