Pada mulanya, mereka menganggap permainan video mempunyai kaitan yang kuat dengan kecenderungan seseorang untuk melebihi had pengambilan gula dan kafein, namun kajian ini menunjukkan dapatan yang sebaliknya. Peningkatan pengambilan minuman tersebut boleh mendorong kepada diagnosis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan strok pada usia yang muda.
Sosial media dan risiko pengambilan minuman bergula
Walaupun secara umumnya lebih ramai wanita menggunakan sosial media berbanding lelaki, namun, mereka kurang menggunakan peranti lain seperti televisyen atau permainan video. Disebabkan itu, lelaki mempunyai kadar pengambilan minuman bergula dan berkafein lebih tinggi berbanding dengan wanita. Setakat ini, kita tidak mempunyai data yang cukup berkenaan dengan kajian berkaitan hubungan di antara sosial media dan pengambilan minuman bergula/ berkafein. Kajian yang dibuat pada tahun 2015 yang melibatkan hampir 10,000 pelajar gred 7 hingga gred 12 di Kanada telah mendapati bahawa 40% daripada mereka menggunakan media sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sehari.
Jika dilihat kepada kadar pengambilan minuman dan penggunaan sosial media, mereka yang menggunakan medium tersebut sekurang-kurangnya 2 jam sehari mempunyai:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen