Pemakanan Sihat, Bantu Atasi Tekanan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/01/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam kehidupan moden masa kini, kita mudah mengalami tekanan atas pelbagai alasan. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, sistem saraf pusat dan kelenjar adrenal akan menghantar isyarat ke seluruh tubuh. Perkara ini membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan bersedia bertindak balas secara fizikal untuk membantu kita menghadapi situasi yang lebih serius. Sistem pencernaan merupakan antara fungsi yang tidak begitu diberikan keutamaan ketika berada dalam keadaan tertekan. Tetapi, hakikatnya, pemakanan sihat dapat membantu menguruskan tekanan.

Ketika berada dalam situasi tertekan, kita selalu memilih makan yang dapat memberikan ‘keselesaan’. Ironinya, makanan sebegini kebiasaannya mempunyai tahan kandungan lemak yang tinggi dan merupakan antara pilihan paling tidak sihat.

Makanan tinggi kandungan lemak akan membuatkan kita cepat mengantuk dan tidak dapat berfungsi untuk menangani tekanan. Malah, ia dapat meningkatkan paras kolesterol dan tekanan darah, sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

Apakah penyelesaian terbaik?

Sayuran dan buahan yang kaya dengan karbohidrat, serat tinggi dan rendah lemak akan membekalkan khasiat kepada tubuh kita. Dalam masa yang sama, kita perlu meningkatkan sistem imunisasi. Berikut adalah panduan memilih makanan yang dapat membantu mengurangkan tekanan dan makanan yang akan membuatkan tekanan anda lebih teruk:

Makanan yang perlu dimakan

Makanan kaya serat dan tinggi kandungan karbohidrat. Penyelidik percaya karbohidrat membantu otak untuk menghasilkan lebih banyak serotonin, hormon yang lebih tenang, dan serat yang banyak adalah baik untuk mengelakkan gangguan makan pada waktu malam.

Sayuran dan buahan. Tekanan yang kronik boleh melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan penyakit. Walau bagaimanapun, kita boleh mempertingkatkan sistem imunisasi kita dengan memperbanyakan pengambilan sayuran dan buahan yang kaya dengan antioksida.

Makanan yang perlu dielak

Makanan tinggi lemak. Makanan berlemak seperti daging, produk berasaskan keju akan menyekat saluran darah yang akan membuatkan kita mudah merasa letih dan mengantuk. Pastinya ini bukan cara terbaik untuk mengatasi tekanan. Malahan, makanan sebegini hanya akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Kafein. Kebanyakan kita memilih untuk mengurangkan tekanan dengan minum kopi atau teh. Malangnya, ramai yang tidak menyedari bahawa kafein akan kekal dalam tubuh untuk jangka masa yang lama. Mengelakkan pengambilan kafein akan membantu mengatasi masalah tidur dan kegelisahan.

Gula. Gula cenderung untuk membuatkan kita lebih tenang seperti karbohidrat. Tetapi, gula akan memasuki saluran darah dan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

Mengambil tahu tentang bagaimana tubuh kita berfungsi dan mengendalikan tekanan dapat membantu kita mengatasi dan mengawal tekanan, malah ia turut dapat membantu menyingkirkan tekanan dan situasi yang menyebabkan kita tertekan.

Kesimpulannya, pemakanan sihat yang mengandungi khasiat tinggi merupakan satu kaedah untuk melawan tekanan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Menangani Tekanan

    Anda selalu tertekan atau stres? Usah khuatir, ini kami kongsikan bagaimana untuk menangani tekanan dengan efektif. Barulah hidup lebih relaks.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 07/02/2019 . 2 minit bacaan

    10 Cara Hindari Masalah Berat Badan Naik Ketika Bercuti

    Masalah berat badan naik ketika bercuti adalah satu isu yang menjadi kebimbangan ramai individu, terutama wanita. Artikel di bawah akan memberikan tip untuk mengelakkan kenaikan berat badan ketika bercuti. 1.Ikut ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    5 Tip Atasi Tekanan

    Pernahkah anda merasakan bahawa tiada yang dapat anda lakukan untuk mengatasi tekanan? Walau bagaimanapun, anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk mengawal dan atasi tekanan yang anda hadapi lebih dari apa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Tips Makan Secara Sihat

    Apa itu makan secara sihat? Ia sebenarnya satu makan seperti berdiet, tetapi ia mementingkan aspek untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Makan secara sihat adalah cara untuk memperbaiki ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/12/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makan sebelum tidur

    Makan Malam Sebelum Pukul 7 Bukan Untuk Diet Saja, Ada Lagi Manfaat Kesihatan Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    alam-semula-jadi-bawa-manfaat-kesihatan

    Alam Semula Jadi Bawa Manfaat Kesihatan Kepada Manusia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/12/2019 . 4 minit bacaan
    komunikasi

    Komunikasi Positif Galak Kanak-kanak Untuk Makan Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/05/2019 . 2 minit bacaan
    tip menguruskan tekanan

    Tip Menguruskan Tekanan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/02/2019 . 2 minit bacaan