Panduan Memanaskan Makanan untuk Sahur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bulan puasa memang memiliki pelbagai rutin mengujakan yang hanya setahun sekali dilakukan, salah satunya adalah bangun sahur. Bersahur membuat anda perlu mengambil makanan yang mencukupi pada waktu yang sangat awal. Atas alasan tidak sempat, ramai orang yang hanya memanaskan makanan dan tidak memasak langsung. Meskipun praktikal, terdapat beberapa perkara berbahaya yang mungkin terjadi yang perlu anda tahu.

Bahaya kerap memanaskan lauk untuk sahur

Secara amnya, kegiatan memasak di bulan Ramadan selalu tertumpu kepada waktu berbuka puasa. Sementara waktu sahur lebih ramai memilih untuk sekadar memanaskan lauk daripada baki waktu berbuka atau dengan hidangan yang sedia ada.

Para ibu atau mereka yang tinggal sendiri mungkin akan menggunakan microwave untuk memanaskan lauk sahur. Memang rasa makanan tidak akan berubah, tapi tahukah anda bahawa nutrien dalam makanan tersebut boleh berubah?

Tak mengapa memanaskan lauk sahur, namun lebih baik tidak dipanaskan berkali-kali. Semakin kerap makanan disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan kembali, boleh menyebabkan adanya racun dalam makanan.

Proses memanaskan makanan untuk sahur berulang kali boleh mengubah nutrien yang ada dalam makanan menjadi racun yang bersifat karsinogen, yang meransang sel kanser. Selain itu, ketika makanan disejukkan dalam peti sejuk, bakteri daripada bahan-bahan lain dalam peti sejuk jadi mudah berpindah dan berkembang biak ke makanan.

Apatah lagi jika makanan berbuka puasa yang akan anda panaskan sewaktu sahur terdiri daripada daging, ikan, dan telur. Bahan- bahan tersebut jika didinginkan atau dibiarkan begitu saja, akan mudah dihinggapi bakteri.

Boleh dipanaskan, asalkan tidak lebih daripada sekali

Makanan hanya boleh dipanaskan cuma sekali. Perlu diingat juga, makanan harus dibiarkan dulu selama 2-3 jam sebelum masuk ke peti sejuk. Ini mencegah bakteri daripada mudah berkembang biak.

Cara tepat menyimpan makanan untuk dipanaskan lagi adalah dengan menempatkan makanan dalam bekas tertutup rapat. Selepas itu, simpan di suhu peti sejuk sekitar bawah 4 darjah celcius. Untuk bahan makanan daripada haiwan, seperti daging ayam atau lembu letakkan di freezer  untuk mencegah risiko bakteri berkembang biak.

Makanan yang disimpan di peti sejuk paling lama boleh dimakan hingga 4 hari kemudian. Sementara makanan yang dibekukan, boleh bertahan 3 hingga 5 bulan lamanya.

Tip memanaskan makanan

Ketika ingin memanaskan makanan untuk sahur, gunakan tahap kepanasan dengan suhu  74 darjah celcius dan jangan memanaskan makanan dengan suhu lebih daripada 74 darjah celcius.

Makanan yang dipanaskan hingga lebih dari suhu tersebut akan hilang kandungan nutriennya. Untuk makanan cair atau berkuah, pastikan anda memanaskannya hingga mendidih.

 1. Ayam

Ayam adalah salah satu bahan makanan yang boleh dipanaskan kembali. Sebaiknya elakkan memanaskan lauk ayam berulang kali. Protein pada ayam akan berubah ketika dipanaskan kembali. Kesannya, anda boleh terkena masalah pencernaan.

2. Kentang

Kentang merupakan salah satu jenis ubi yang memiliki banyak manfaat untuk tubuh. Walaupun begitu, lauk kentang tidak boleh dipanaskan berulang kali.

Kandungan nutrien pada kentang akan terwap dan hilang. Sebaiknya kentang dimakan sejurus setelah dimasak.

3. Bayam

Pakar kesihatan mengatakan bahawa lauk bayam tidak boleh dimasak terlalu lama atau dipanaskan berulang kali kerana ia akan menyebabkan kesan yang berbahaya. Kandungan nitrat bayam akan berubah menjadi nitrit yang boleh menyebabkan kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa

    Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan