Obesiti dan Kaitannya Dengan Masalah Emosi Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Obesiti dan masalah emosi seperti perasaan keresahan dan mood yang rendah, cenderung untuk berkembang seawal usia 7 tahun, menurut penyelidikan baharu yang dibentangkan di European Congress on Obesity (ECO) di Glasgow, United Kingdom pada 28 April sehingga 1 Mei 2019.

Analisis sampel perwakilan kebangsaan yang melebihi daripada 17,000 orang kanak-kanak di UK mendapati bahawa tanpa mengira status sosioekonomi, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki yang mempunyai obesiti pada usia 7 tahun berada pada risiko untuk mengalami masalah emosi yang lebih besar pada usia 11 tahun, yang seterusnya meramalkan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi pada umur 14 tahun.

Walaupun kajian tersebut tidak menyiasat sebab-sebab mengapa masalah obesiti dan emosi berkembang bersama semasa zaman kanak-kanak, para penyelidik mengatakan bahawa terdapat pelbagai faktor mungkin mempengaruhi perkembangan tersebut.

Menurut Dr. Charlotte Hardman dari University of Liverpool yang mengetuai kajian tersebut, kanak-kanak yang mempunyai BMI yang lebih tinggi mungkin mengalami diskriminasi yang berkaitan dengan berat badan dan harga diri yang rendah, yang boleh menyumbang kepada peningkatan gejala kemurungan dari masa ke masa (seperti yang ditunjukkan pada individu dewasa). Kemurungan pula boleh menyebabkan obesiti melalui peningkatan pemakanan secara beremosi makanan-makanan berkalori tinggi, pola tidur yang lemah, dan kelesuan. Penemuan kajian mereka tersebut menyerlahkan pentingnya intervensi peringkat awal yang mensasarkan berat badan dan kesihatan mental dan meminimumkan hasil negatif pada zaman kanak-kanak.

Status sosioekonomi yang lebih rendah sangat dikaitkan dengan obesiti dan kesihatan mental yang tidak baik, tetapi tidak diketahui sama ada hubungan antara kedua-dua hasil kesihatan tersebut hanyalah satu fungsi kekurangan sosioekonomi secara bersama.

Kaedah kajian berkaitan obesiti dan masalah emosi kanak-kanak

Dalam kajian ini, para penyelidik menggunakan pemodelan statistik untuk menilai perkaitan antara obesiti dan masalah emosi dalam kalangan 17,215 orang kanak-kanak yang dilahirkan di UK antara tahun 2000 dan 2002, yang mengambil bahagian dalam Millennium Cohort Study – satu kajian kohort kelahiran UK yang melibatkan lebih daripada 19,000 individu yang dilahirkan pada permulaan alaf.

Maklumat mengenai ketinggian dan berat badan kanak-kanak (BMI) dikumpulkan pada usia 3, 5, 7, 11 dan 14 tahun, dan ibu bapa mengisi borang soal selidik mengenai masalah emosi anak-anak mereka seperti perasaan mood yang rendah dan keresahan. Para penyelidik menyesuaikan dengan pelbagai faktor yang diketahui mempengaruhi kedua-dua obesiti dan kesihatan mental termasuk jantina, etnik, status sosioekonomi, masalah tingkah laku, serta kesihatan mental ibu bapa.

Kadar obesiti dan masalah emosi meningkat secara beransur-ansur sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja. Hampir 8% (814 / 10,767 orang kanak-kanak dengan data yang ada) individu-individu muda mempunyai obeseiti pada usia 14 tahun, dan sekitar dua kali ganda daripada jumlah tersebut dilaporkan mempunyai perasaan mood yang rendah dan keresahan (1369 / 10,123 orang).

Dalam kalangan remaja, sekitar ⅕ individu (137/693 orang) daripada mereka yang mengalami obesiti juga mempunyai tahap tekanan emosi yang tinggi.

Masalah obesiti dan emosi pada zaman kanak-kanak dan awal remaja

Analisis mendapati bahawa masalah obesiti dan emosi cenderung berlaku bersama pada pertengahan zaman kanak-kanak dan remaja di antara umur 7 hingga 14 tahun, tetapi tidak pada peringkat awal (umur 3 hingga 5 tahun).

Secara purata, kanak-kanak perempuan mempunyai BMI dan gejala emosi yang lebih tinggi berbanding daripada kanak-kanak lelaki yang berumur 7 hingga 14 tahun, tetapi kemunculan dan perkembangan masalah obesiti dan emosi adalah sama bagi kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Sosioekonomi dan obesiti, emosi kanak-kanak

Selepas mengambil kira status sosioekonomi, perkaitan antara BMI dan masalah emosi telah berkurang sedikit, menunjukkan bahawa kelemahan sosioekonomi mungkin sebahagiannya menerangkan hubungan antara obesiti kanak-kanak dan kesihatan mental yang tidak baik.

Menurut Dr. Praveeta Patalay dari University College London, UK yang turut mengetuai bersama penyelidikan tersebut, risiko sosioekonomi yang dikongsi bersama dalam perkembangan obesiti dan penyakit mental yang kurang baik dapat dijelaskan oleh banyak faktor. Sebagai contoh, kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik daripada aspek sosioekonomi, cenderung mempunyai akses yang kurang baik kepada makanan yang sihat dan ruang hijau, yang mungkin menyumbang kepada peningkatan obesiti dan masalah emosi , dan menyumbang kepada kesan kelemahan sosioekonomi peringkat keluarga.

Menurut beliau lagi, oleh kerana kedua-dua kadar obesiti dan masalah emosi pada zaman kanak-kanak semakin meningkat, pemahaman terhadap kejadian secara bersama perkara-perkara tersebut adalah kebimbangan kesihatan awam yang penting, kerana kedua-duanya dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik ketika zaman dewasa. Langkah-langkah seterusnya adalah untuk memahami implikasi kejadian bersama perkara-perkara tersebut dan cara terbaik untuk campur tangan bagi mempromosikan kesihatan yang baik.

Penulis kajian tersebut mengakui bahawa penemuan mereka menunjukkan perkaitan secara pemerhatian, jadi kesimpulan mengenai sebab dan akibat tidak dapat dibuat. Mereka menyatakan beberapa batasan atau limitasi kajian tersebut, termasuk laporan yang tidak terperinci, laporan ibu bapa, dan kadar pergeseran yang mungkin mempengaruhi hasil kajian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Salah faham berkaitan dengan kanak kanak demam berpunca daripada mandi hujan memang sering diperdebatkan. Persoalannya, kenapa perkara tersebut berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca gemuk

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan