backup og meta

Mitos Kolesterol Yang Anda Tidak Tahu

Ditulis oleh Phil Kelly · Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 28/03/2019

    Mitos Kolesterol Yang Anda Tidak Tahu

    Soalan yang sering ditanya kepada saya adalah berapa biji telur yang selamat untuk dimakan setiap hari atau minggu. Mitos kolesterol yang mengatakan bahawa kolesterol adalah punca penyakit jantung dan kerana telur mengandungi kolesterol dan lemak, menjadikan ia tidak baik untuk kesihatan adalah salah sama sekali!

    Seperti apa sahaja makanan yang kita makan… sebiji telur adalah baik bergantung dari mana ia datang. Ia bukan persoalan kolesterol yang menjadi isu, tetapi nisbah omega-3:asid lemak omega-6. Telur yang sihat mengandungi nisbah antara 1:1 dan 1:4, manakala telur yang diusahakan secara industri boleh menjadi setinggi 1:16-30. Ini boleh menimbulkan masalah kerana kandungan asid lemak omega-6 boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Keradangan ini yang menjadi penyebab utama penyakit kronik.

    Walaupun ada yang mengatakan telur (khususnya kuning telur – yang mengandungi semua nutrien) mengandungi terlalu tinggi kandungan lemak dan kolesterol, telur yang sihat juga mengandungi kandungan lesitin yang mencukupi. Lesitin adalah sejenis kompoun yang secara efektif menukar lemak dan kolesterol dalam telur menjadikan ia sumber makanan seimbang dan sihat. Jadi telur yang sihat, adalah amat disyorkan pengambilannya tanpa sebarang masalah.

    Mitos kolesterol ini telah mengakibatkan ramai individu menjauhi telur untuk tempoh yang terlalu lama. Isu berkaitan kolesterol, yang telah wujud hampir 30 tahun lalu, adalah berdasarkan bukti yang salah. Fakta sains yang palsu ini telah melabel kolesterol sebagai ‘jahat’ menyebabkan khalayak menumpukan kepada aspek yang salah yang membawa kepada tahap kesihatan yang tidak sihat dan penyakit jantung. Banyak penyelidikan kini membuktikan bahawa pencetus utama penyakit jantung adalah keradangan, kerosakan oksidatif, tekanan dan gula.

    Kolesterol mempunyai peranan penting dalam badan manusia, seperti:

    • Menghasil dan mengekalkan membran sel
    • Membantu hempedu dalam pencernaan lemak
    • Penting dalam metabolisme vitamin larut lemak, termasuk vitamin A, D, E, dan K.
    • Penting untuk kulit yang sihat, kerana ia merupakan perintis utama untuk sintesis vitamin D
    • Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, saraf, dan organ sex, kerana ia adalah perintis dalam pelbagai hormon steroid (termasuk kortisol dan aldosterone dalam kelenjar adrenal, dan hormon seks – progesteron, estrogen, testosteron dan derivatif)
    • Diperlukan oleh sistem imun
    • Diperlukan otak. Malah, kolesterol yang rendah boleh mengakibatkan kehilangan memori
    • Terdapat kajian yang mengatakan ia bertindak sebagai antioksidan

    Ini adalah fakta mengenai kolesterol yang menjadikan telur adalah sangat bermanfaat kepada kanak-kanak dan individu belia dewasa untuk perkembangan badan yang sihat. Pengarang buku, Foods That Heal, Dr, Bernard Jensen, menggambarkan telur sebagai “mengandungi nutrien yang tepat untuk otak, saraf dan kelenjar”.

    Berikut adalah beberapa fakta yang diambil dari buku The Great Cholesterol Myth yang ditulis oleh Jonny Bowden (Ph.D., CNS) dan Stephen Sinatra (MD, FACN);

    Mitos: kolesterol tinggi adalah pencetus utama serangan jantung

    Fakta: kolesterol tinggi adalah pencetus yang teruk untuk serangan jantung

    ****

    Mitos: kolesterol tinggi adalah penyebab penyakit jantung

    Fakta: kolesterol tinggi merupakan penyebab yang tidak penting kepada penyakit jantung

    ****

    Mitos: semakin tinggi kandungan kolesterol, semakin pendek jangka hayat hidup

    Fakta: dalam Kajian Framingham, individu yang hidup paling lama adalah mereka yang mempunyai kandungan kolesterol paling tinggi

    ****

    Mitos: diet tinggi karbohidrat melindungi diri dari penyakit jantung

    Fakta: diet yang menggunakan karbohidrat untuk lemak tepu mungkin sebenarnya meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Untuk memastikan anda mempunyai jantung yang sihat, jangan terlalu risau tentang jumlah telur yang anda makan. Sebaliknya, tumpukan kepada aspek yang penting, iaitu mengurangkan tekanan dalam hidup, kurangkan pengambilan gula, bersenam dan mengambil lebih banyak kandungan omega-3 serta kurangkan pengambilan omega-6.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Phil Kelly

    Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


    Disemak pada 28/03/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan