Minuman Dalam Tin Kitar Semula, Berisiko Memudaratkan Pengguna

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Demi mencari keunikan yang mampu menarik pelanggan, menjadi suatu perkara yang tidak dapat dibayangkan bagaimana keunikan berbahaya dengan hidangan minuman di dalam tin kitar semula boleh diterima oleh pelanggan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya mengambil maklum mengenai isu air dalam tin kitar semula yang tular di media sosial. Penggunaan tin bekas susu dan tin-tin lain yang dikitar semula bagi tujuan penyediaan air boleh memberikan risiko kepada pengguna.

Ini berikutan kebersihan tin kitar semula adalah diragui kerana sukar dibersihkan dengan sempurna disebabkan rekabentuk tin tersebut dan kemungkinan terdapat permukaan tin yang kemek. Di samping itu, ia boleh mencederakan pengguna semasa minum disebabkan permukaan tin yang tajam.

Oleh itu, KKM menasihatkan supaya orang ramai khususnya peniaga makanan menghentikan penggunaan tin yang dikitar semula dalam penyediaan air kerana tin tersebut bukan bertujuan untuk penghidangan air minum.

Peniaga hendaklah menggunakan bekas air yang bersesuaian dengan jenis air yang hendak dihidangkan bagi mengelakkan pencemaran makanan dan bahaya kepada kesihatan.

Sehubungan itu, dari segi perundangan, Peraturan 27, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 melarang penggunaan apa-apa bungkusan yang boleh mengeluarkan bahan beracun, merosakkan atau mencacatkan atau yang membantu dalam pemerosotan kualiti makanan.

Dan, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.

Elakkan diri daripada menggunakan bekas seperti tin susu kitar semula bagi memastikan kebersihan bekas air yang kita gunakan. Bekas tin yang berkarat dan keadaan tinnya yang tajam dan tidak selamat amatlah berbahaya untuk kesihatan pengguna. Masih terdapat banyak lagi bekas makanan dan minuman yang lebih selamat untuk digunakan berbanding bekas-bekas yang tidak terjamin seperti ini. Jangan memperjudikan kesihatan anda semata-mata untuk mengejar populariti di medan sosial.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    2 Tin Soda Sehari Meningkatkan Risiko Kegagalan Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/10/2018 . 2 minit bacaan