Mengidam Makanan: Apakah Maksudnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Pernahkah secara tiba-tiba anda teringin untuk memakan ais krim sehingga mengganggu konsentrasi kerja anda? Atau anda pernah menginginkan sesuatu makanan sehingga anda sanggup keluar mencarinya pada waktu tengah malam semata untuk memenuhi keinginan anda? Mungkin anda pernah meninggalkan apa yang sedang anda lakukan, menempuh cuaca hujan lebat, untuk pergi ke kafe demi mendapatkan apa yang anda mahukan? Jika ya, anda sudah biasa dengan mengidam makanan. Tetapi apakah maksudnya?

Mengidam makanan

Mengidam makanan atau keinginan untuk makan sesuatu makanan adalah merujuk kepada keadaan di mana wujud keinginan yang kuat untuk memakan makanan tertentu. Ia boleh menjadi satu keinginan yang tidak terkawal dan keinginan itu tidak akan berlalu selagi ia tidak dipenuhi.

Terdapat pakar yang mempercayai bahawa keinginan ini akan berakhir dalam tempoh 3-5 minit. Tetapi benarkah?

Keinginan yang dialami setiap individu adalah berbeza. Keinginan ini selalunya melibatkan makanan yang tidak sihat dan makanan diproses yang mengandungi kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi.

Mengidam makanan ini adalah salah satu cara untuk menghalang usaha sesetengah individu untuk mencuba mengekalkan berat badan yang sihat atau beralih kepada diet pemakanan yang sihat. Namun, anda bernasib baik, kerana terdapat beberapa cara mudah untuk menangani keinginan ini.

Apakah puncanya?

Keinginan kepada sesuatu makanan ini berlaku kerana terdapat bahagian pada otak yang bertanggungjawab berkaitan ingatan, keseronokan dan ganjaran.

Ketidakseimbangan hormon, seperti leptin dan serotonin, juga boleh menyebabkan wujudnya rasa mengidam ini. Atau perubahan hormon seperti yang dilalui wanita hamil turut menjadi faktor timbulnya keinginan yang kuat. Ia juga mungkin kerana keinginan itu disebabkan oleh endorfin yang dilepaskan selepas seseorang individu telah makan, yang mencerminkan keinginan atau ketagihan.

Emosi juga boleh menjadi faktor yang mewujudkan rasa mengidam terutama jika seseorang individu itu makan untuk memberikan ketenangan kepada diri.

Rasa mengidam itu boleh menjadi selektif atau tidak selektif. Selektif apabila rasa itu adalah untuk makanan tertentu seperti coklat, ais krim, burger atau kentang goreng. Manakala tidak selektif itu adalah rasa keinginan untuk makan apa sahaja. Ia mungkin disebabkan rasa lapar yang benar-benar lapar, atau ia boleh menjadi simptom dahaga.

Menggantikan rasa mengidam

Dalam sesetengah kes, terdapat individu yang boleh memuaskan keinginan mereka dengan memilih makanan yang lebih berkhasiat. Pilihan makanan alternatif bagi keinginan makanan biasa yang dihadapi adalah seperti:

Kerepek kentang atau makanan masin

Ia boleh diganti dengan snek masin dengan lemak sihat dan protein seperti kacang gajus atau walnut. Kekacang adalah makanan tinggi kalori, tetapi, ia patut diambil dalam kuantiti yang sederhana. Bertih jagung juga adalah pengganti yang baik.

Coklat

Ia mungkin tanda badan anda memerlukan magnesium, dan sesetengah individu boleh memuaskan keinginan ini dengan memilih makanan kaya kandungan magnesium seperti kacang badam. Jika masih menginginkan coklat, anda boleh memilih coklat gelap, coklat tanpa susu yang mengandungi lebih 70% kandungan koko. Kepadatan coklat gelap membuatkan keinginan itu lebih mudah dipenuhi walaupun dengan hanya memakan dalam kuantiti yang sedikit.

Gula-gula atau pastri

Keinginan pada gula boleh dipuaskan dengan mengambil buah-buahan seperti pic, ceri, atau melon. Simpan buahan kering seperti kismis atau prun, juga antara kaedah yang baik untuk menghilangan rasa mengidam.

Soda

Sparkling water dengan perahan air buah atau potongan oren boleh menggantikan keinginan untuk minuman soda. Ia memberikan rasa yang sama seperti soda tetapi kurang kalori dan tiada kafein.

Keju

Keinginan memakan keju boleh dibantu dengan membeli keju rendah lemak atau rendah kandungan sodium. Terdapat individu sukakan yis pada makanan – yang mempunyai rasa enak, manis dan kandungan kalori yang rendah daripada keju. Yis kaya dengan vitamin B-kompleks dan asid folik, dan diperkayakan dengan vitamin B12.

Daging

Keinginan memakan daging seperti daging lembu menunjukkan kekurangan zat besi. Ia biasa melibatkan keinginan untuk memakan burger atau stik. Wanita yang dalam tempoh haid biasa mengalami kekurangan zat besi. Anda boleh memilih untuk mendapat kacang, atau buahan kering. Jika masih menginginkan daging, anda boleh memilih daging organik sebagai sumber zat besi, tetapi pastikan ia dalam jumlah yang terkawal iaitu 15% daripada jumlah pengambilan makanan harian. Vitamin C membantu penyerapan zat besi, jadi pastikan anda mengambil vitamin C bersama makanan tinggi zat besi anda. Pilihan yang ada adalah seperti buahan citrus, tomato, beri dan lada benggala.

Cara mengurangkan rasa mengidam makanan

Terdapat beberapa kaedah untuk mengurangkan keinginan sesuatu makanan, seperti:

  1. Mengurangkan tekanan

Tekanan dan emosi boleh mempengaruhi pelbagai isu kesihatan. Perasaan tertekan boleh menyebabkan peningkatan emosi makan dan mengakibatkan rasa ingin makan makanan yang menenangkan. Terdapat kajian yang mengatakan individu wanita dengan tekanan lebih cenderung untuk menginginkan makanan manis berbanding wanita tanpa tekanan. Makanan kerana tekanan boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

  1. Minum air dengan banyak

Rasa lapar dan dahaga boleh mendatangkan rasa sensasi yang sama dalam otak, yang menyebabkan otak boleh menjadi keliru. Salah satu cara untuk mengurangkan keinginan adalah dengan memastikan badan cukup hidrat sepanjang hari. Minum air dengan banyak dapat membantu menyingkirkan toksin dari badan, yang mana turut mendatangkan manfaat kepada tahap kesihatan seseorang individu.

  1. Tidur yang mencukupi

Terdapat kajian yang mengatakan tidak cukup tidur boleh menjejaskan keseimbangan hormon badan. Ini menyumbang kepada makanan dengan banyak dan pertambahan berat. Kajian ini turut menyatakan individu yang kurang tidur ini mendapatkan tidur yang mencukupi, mereka kehilangan berat badan, yang membuktikan hormon mereka kembali menjadi seimbang.

  1. Dapatkan protein secukupnya

Diet pemakanan sihat harus mengandungi banyak sumber protein yang seimbang, kerana dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Dalam kajian jurnal Obesity, mendapati lelaki dengan berat badan berlebihan dapat mengurangkan keinginan mereka sehingga 60% dengan pengambilan kalori harian yang terdiri daripada 25% protein. Kajian yang sama juga menunjukkan diet protein tinggi membantu mengurangkan sehingga 50% keinginan memakan snek pada waktu malam.

  1. Mengunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah membuatkan mulut anda ‘sibuk’ dan mengurangkan keinginan makan manis dan masin. Dalam satu kajian kecil tetapi signifikan dalam pengambilan snek manis dan masin dalam kalangan individu yang mengunyah gula-gula getah dengan individu yang tidak; menunjukkan mereka yang mengunyah gula-gula getah akan menjadi kurang lapar, kurang keinginan untuk makan makanan ringan, dan merasa lebih kenyang berbanding mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah.

  1. Elakkan kelaparan

Diet pemakanan yang sihat tidak akan membiarkan diri kelaparan. Malahan, kelaparan atau kurang makan boleh menyebabkan rasa mengidam atau keinginan makan itu akan menjadi lebih teruk. Apabila badan dalam keadaan lapar, ia akan memerlukan makanan berkalori padat lebih banyak daripada biasa, termasuk makanan bergoreng dan diproses. Daripada membiarkan diri anda merasa lapar yang keterlaluan, anda boleh memilih untuk makanan secara kerap dan teratur serta mengambil snek yang sihat seperti buah-buahan untuk mengelakkan potensi rasa lapar.

  1. Mengawal pemakanan

Bagi sesetengah individu, menghindari terus makanan yang mereka ingini atau mengidam hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ini cenderung untuk menyebabkan makan secara berlebihan atau rasa berserabut tanpa makanan tersebut. Dalam situasi ini, mungkin adalah lebih baik untuk memenuhi rasa dan keinginan itu dengan nisbah pengambilan makanan yang sedikit, dan terkawal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    tanda tanda kehamilan

    Tanda Tanda Kehamilan yang Boleh Dikenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/01/2019 . 9 minit bacaan