Mengapa Vitamin Memualkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan individu berpendapat pengambilan suplemen adalah cara terbaik untuk memastikan tubuh mereka tidak kekurangan vitamin. Walau bagaimanapun, terdapat rekod yang mendakwa mereka berasa sakit, mual dan sesetengahnya muntah selepas pengambilan suplemen berkenaan. Ia berlaku lebih kerap dalam kalangan generasi millenia sejak mengamalkan gaya hidup ‘grab-and-go’. Dalam artikel ini dibincangakan punca disebalik fenomena ini.

Iron

Iron meresap ke dalam suplemen multivitamin sebagai satu bentuk mineral. Iron ini kebiasaannya menjadi penyebab kekejangan perut, mual atau cirit-birit. Rujuk dengan doktor anda jika ada apa-apa simptom yang tidak diingini dan beralih kepada suplemen tanpa Iron jika boleh didapati.

Dos Berlebihan

Kandungan berlebihan pada vitamin A, D, dan E boleh menyebabkan anda berasa mual dan mengalami cirit-birit. Simptom ini menunjukkan tubuh anda mabuk. Pengambilan harian yang disyorkan untuk apa-apa jenis vitamin perlu diambil kira sebelum dibeli dan digunakan kerana anda boleh menemuinya dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijian. Dan jika anda makan makanan seimbang, kemungkinan besar anda tidak perlu mengambil pil.

Kehamilan

Sekiranya anda ada roti di dalam oven, tanda-tanda kehamilan akan membuatkan anda berasa mual. Kebanyakan wanita hamil ditetapkan dengan vitamin pre-natal untuk menjaga ibu dan bayi dengan sihat dan kuat, sesetengah mereka mempunyai Iron. Dalam kes ini, para ibu perlu mengambil separuh daripada tablet pada waktu pagi dan separuh lagi pada waktu petang untuk mengurangkan simptom ini. Selain itu, nasihat pakar berkenaan pengambilan suplemen dengan makanan juga boleh mengelakkan mual.

Vitamin tambahan, perlu atau tidak

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa jika anda mendapat pelbagai produk segar, semua vitamin anda sudah ada dalam makanan tersebut. Anda tidak perlu membazirkan wang terhadap mana-mana pil mahal lain.

Jika doktor peribadi anda memberikan suplemen, tanya dan runding mengenai kemungkinan kesan sampingan. Selain itu, hubungi mereka jika simptom semakin kuat, lebih teruk dan tidak tertahan.

Suplemen adalah senarai kontroversi beberapa pakar yang menyatakan, hanya individu yang melepasi usia 60, wanita hamil dan individu yang menjalani diet vegan (makan sayur dan buah-buahan sahaja) perlu menggunakan pil. Lebih-lebih lagi, berdasarkan kepekaan tubuh kita, sesetengah orang tidak mengalami apa-apa manakala sesetengahnya akan sentiasa merasa tidak selesa selepas minum kapsul vitamin tambahan.

Oleh itu, makanan berwarna-warni, makanan lengkap, makanan seimbang adalah sumber vitamin terbaik yang boleh anda berikan kepada tubuh. Kurangkan makanan halus dan diproses, pemanis tiruan, makanan bergoreng. Gantikan dengan bijirin penuh, kekacang, bijirin, susu rendah lemak, sayuran berdaun hijau.  Dengan kata lain, simpan wang anda pada pil dan belanjakannya dengan bijak untuk makanan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga: