backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bukan Jadi Kurus, Kesan Ambil Ganja Mungkin Akan Buat Individu Gemuk! Tak Percaya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

    Bukan Jadi Kurus, Kesan Ambil Ganja Mungkin Akan Buat Individu Gemuk! Tak Percaya?

    Di Malaysia, ganja adalah satu tumbuhan yang diharamkan penanaman atau pengambilan ia kerana terdapat pelbagai implikasi negatif.

    Pun begitu, ia bebas ditanam dan diambil di sesetengah negara yang membenarkannya seperti Kanada, Uruguay dan Indonesia.

    Ada sebab mengapa kita semua harus mengelakkannya dan antara puncanya adalah kesan ganja dikatakan akan buat individu gemuk!

    Tidak percaya dengan penyataan ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

    Apa itu ganja?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan terlebih dahulu mengenai tumbuhan yang sangat unik dan menarik ini.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan dalam kalangan masyarakat seantero dunia.

    Ia berasal daripada sejenis tumbuhan bernama cannabis sativa atau cannabis indica, sesuai dengan gelarannya yang lain iaitu kanabis.

    Apa yang mungkin menakjubkan mengenai tumbuhan ini adalah ia mengandungi bahan tetrahydrocannabinol (THC) – sejenis kimia yang mampu mengubah fungsi otak manusia.

    Sebenarnya, ganja adalah sejenis tumbuhan yang bagus untuk digunakan dalam bidang perubatan dalam usaha untuk mengurangkan rasa sakit.

    Untuk pengetahuan anda, ia seringkali digunakan sebagai rawatan paliatif atau hospis bagi pesakit penyakit kronik yang berada di tahap akhir.

    Malangnya, ia sering kali digunakan bagi tujuan mendapatkan rasa khayal atau mabuk lantas mengakibatkan ketagihan yang maha dahsyat.

    Kesan ganja terhadap kesihatan & kehidupan!

    Mungkin ramai sudah tahu bahawa kesan ganja yang paling utama adalah rasa khayal atau mabuk – sama ada ia positif atau negatif, anda sendiri tentukan.

    Namun ketahuilah bahawa sudah tentu tumbuhan ini akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk berbanding baik seperti berikut:

    #1. Sakit kepala

    Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 1992, penghisap ganja melaporkan bahawa mereka akan mengalami sakit kepala yang sederhana dan teruk sejurus selepas bangun daripada tidur.

    Ia mungkin didasari oleh faktor kadar tekanan darah menjadi rendah selepas menghisap tumbuhan ini.

    Pun begitu, pengguna tegar ganja mengatakan bahawa sakit kepala yang dialami ini adalah perkara yang biasa.

    #2. Mulut kering

    Cottonmouth – ini adalah istilah yang digunakan untuk merujuk keadaan mulut yang kering akibat pengambilan tumbuhan ini.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Addiction Research & Theory”, 79% pengguna tegar ganja menyatakan akan merasai kesan ini.

    Kesan ini akan dirasai terutamanya ketika sedang makan, minum atau mengunyah gula-gula getah.

    #3. Ketagihan ganja

    Ini adalah kesan ganja yang paling berbahaya kerana ia juga adalah sama seperti dadah lain yang menyebabkan ketagihan terhadapnya.

    Kajian pada tahun 2010 menyatakan bahawa mereka yang ingin cuba berhenti daripada mengambilnya akan mengalami kesan withdrawal.

    #4. Masalah mental

    Ada pendapat yang kata bahawa tumbuhan ini adalah jalan keluar daripada kekusutan atau kekacauan yang sedang berlaku dalam minda.

    Anda silap kerana ia hanya akan menambahkan rasa kecelaruan, kegelisahan dan kemurungan selain membuat kalian terasing daripada masyarakat.

    Masih mahu mengambilnya? Fikirkan semula!

    #5. Kesuburan kalian terjejas

    Bahan aktif THC yang terkandung di dalam ganja ini akan memberikan kesan sampingan terhadap organ pembiakan dalaman kedua-dua jantina, baik lelaki ataupun wanita.

    Berikut adalah kemungkinan risiko-risikonya:

    • Ia akan mengurangkan bilangan sperma lelaki
    • Ia akan menjejaskan kitaran ovulasi wanita
    • Ia akan memburukkan lagi masalah kesuburan sedia ada

    #6. Selera makan meningkat

    Ya, ini adalah kesan yang mungkin ramai daripada kita sudah tahu kerana ia adalah sangat ketara dalam kalangan pengguna tumbuhan terlarang ini.

    Meskipun sebabnya masih belum dapat dikenal pasti, namun kajian pada tahun 2015 menyatakan ia mungkin berpunca daripada kesilapan penghantaran signal ke otak.

    Buat anda yang menyangkakan ia adalah kesan baik buat mereka yang ingin meningkatkan berat badan, anda ternyata silap kerana ia membahayakan kesihatan.

    Ganja boleh buat badan anda gemuk?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu definisi sebenar tumbuhan ini dan kesan buruk yang boleh dialami jika disalahgunakan.

    Kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah ganja boleh buat badan anda gemuk?

    Jawapan mudahnya adalah ya, ketagihan mengambil tumbuhan ini mungkin boleh buat anda gemuk!

    gemuk

    Menurut Omayma Alshaarawy yang merupakan pengkaji dari Michigan State University, tumbuhan ini dikatakan boleh meningkatkan berat badan akibat ‘munchies effect’.

    Untuk pengetahuan anda, ‘munchies effect’ adalah rasa lapar yang sangat kuat dan akan diterima oleh anda selepas mengambil sesuatu ke dalam tubuh badan.

    Antara perkara yang boleh mendatangkan kesan ini tentu sekali adalah ganja, seperti yang kami telah nyatakan di atas tadi.

    Jangan ambil jika tidak mahu kesan ganja ini terjadi pada anda!

    Akhir kata, jangan sesekali kalian cuba untuk ambil tumbuhan ini kerana ia boleh mendatangkan ketagihan yang maha dahsyat.

    Meskipun ia dibenarkan di sesetengah negara dan kebaikannya juga dicanang di serata dunia, tetapi adalah lebih baik untuk elak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan