backup og meta

Aturan Minum Yang Betul Semasa Sahur Dan Buka Puasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    Aturan Minum Yang Betul Semasa Sahur Dan Buka Puasa

    Haus. Ini adalah perkara yang paling biasa bagi orang yang berpuasa. Kadang-kadang anda malah lebih dapat menahan rasa lapar berbanding rasa haus. Tidak hairanlah, pada saat berbuka puasa, anda terus mendapatkan air sama ada minuman manis atau air putih untuk menghilangkan rasa dahaga anda. Sebelum anda meneguk sebarang minuman, adakah anda sudah tahu aturan minum semasa sahur dan berbuka puasa? Jika belum, baca artikel ini.

    Pentingnya minum air putih pada waktu berbuka sehingga sahur

    Air putih yang bebas kalori dan gula merupakan pilihan yang paling sihat untuk memastikan badan mempunyai cecair yang cukup ketika berpuasa. Air putih juga mampu mengatasi rasa haus ketika berpuasa jika anda mengetahui aturan minum air putih yang betul sewaktu berbuka puasa dan semasa berpuasa.

    Air putih tenyata tidak mudah seperti yang disangka. Di sebalik kesederhanaannya, air putih tidak hanya berfungsi mencegah dehidrasi, tetapi juga mempunyai pelbagai kelebihan lain.

    Minuman jenis lain, misalnya soft drink, mengandungi tinggi gula dan kalori sehingga dapat menambah berat badan anda. Minuman bertenaga yang kerap dipilih sebagai sumber cecair juga perlu diimbangkan sebab mengandungi gula dan kafein. Demikian pula ketika mengambil jus buah di dalam kotak atau tin, sila perhatikan label produknya terlebih dahulu. Jadi, air putih adalah pilihan paling tepat untuk anda.

    Mengapa demikian? Kerana air putih dapat mengekalkan kadar cecair badan, sehingga badan tidak mengalami gangguan pada fungsi pencernaan dan penyerapan makanan, peredaran, buah pinggang, dan penting dalam mengekalkan suhu badan yang normal. Akhirnya, puasa anda akan tetap berjalan lancar.

    Minum air putih juga membantu memberikan tenaga pada otot. Ketidakseimbangan cecair boleh mencetuskan keletihan pada otot. Kekurangan air putih semasa berpuasa akan menyebabkan anda menjadi mudah lelah.

    Banyak minum air putih juga membantu mengawal pengambilan kalori badan. Air putih terbukti jauh lebih baik dalam mencegah peningkatan berat badan berbanding minuman yang mengandungi tinggi kalori. Air putih juga membantu proses pembuangan sisa-sisa makanan dan minuman melalui peluh, air kencing dan najis semasa anda berpuasa.

    Bagaimana aturan minum semasa sahur dan berbuka puasa agar tidak kekurangan cecair?

    Keperluan cecair setiap orang adalah berbeza-beza. Secara umum, wanita disarankan untuk minum sekitar lapan gelas berukuran 200 ml sehari atau jumlah keseluruhan 1.6 liter. Sedangkan, lelaki disyorkan untuk minum sekitar 10 gelas berukuran 200 ml atau total 2 liter setiap hari.

    Selain daripada minuman, makanan juga boleh memberikan pengambilan cecair pada badan sekitar 20 peratus. Cecair dari makanan diperoleh dari buah dan sayur. Contohnya bayam dan tembikai yang mengandungi 90 peratus air.

    Untuk memenuhi keperluan ini, anda boleh menggunakan formula 2-4-2 iaitu satu gelas pada saat berbuka puasa, satu gelas selepas solat maghrib atau sebelum solat tarawih. Empat gelas seterusnya boleh disesuaikan waktunya dari selepas solat tarawih sehingga malam hari dan dua gelas semasa sahur. Ini adalah aturan minum semasa sahur dan berbuka puasa yang boleh memenuhi keperluan cecair anda.

    Apa yang perlu diketahui, manusia boleh kehilangan cecair tidak hanya ketika buang air kecil, tetapi juga saat berpeluh, bernafas dan buang air besar. Beberapa tanda yang boleh membantu anda mengenal pasti badan yang kekurangan cecair, ialah sakit kepala, rasa kurang bertenaga, dan warna air kencing yang gelap atau jumlah yang kurang dari biasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan