brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Khasiat Sebiji Epal Hijau Dapat Mencegah Sakit Jantung & Memelihara Sel Kulit Wajah

Antara epal hijau dan merah, ramai yang lebih memilih untuk memakan epal merah kerana rasanya lebih manis. Namun sebenarnya buah yang berwarna hijau ini juga tidak kurang hebatnya dengan menawarkan pelbagai kebaikan. Dalam artikel ini ada perkongsiannya.

Khasiat Sebiji Epal Hijau Dapat Mencegah Sakit Jantung & Memelihara Sel Kulit Wajah

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Khasiat epal hijau

Umumnya, epal yang berwarna hijau ini kurang menjadi kegemaran kebanyakan orang kerana rasanya yang sedikit masam. Turut dikenali sebagai apel hijau di negara jiran, Indonesia, buah hijau ini mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan.

Ia dilengkapi dengan nutrien, serat, mineral dan vitamin yang baik untuk keseluruhan kesihatan. Berikut adalah senarai 5 faedah buah ini yang luar biasa:

1. Melawan masalah penuaan

Pengambilan buah epal yang berwarna hijau ini menawarkan manfaat dalam membantu memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan keindahan keseluruhan. Ia juga membantu dalam penjagaan kulit yang betul dan menghilangkan lingkaran hitam.

epal hijau
Buah hijau ini menawarkan kebaikan untuk kesihatan.

2. Rendah lemak

Kandungan lemak rendah dalam buah inimembantu mengekalkan aliran darah yang baik di dalam badan. Peredaran yang lebih baik boleh mencegah penyakit jantung dan strok. Epal ini juga kaya dengan vitamin K yang memberikannya kemampuan untuk menyembuhkan pembekuan darah.

Kesan makan epal hijau setiap hari #3. Meningkatkan metabolisma

Buah epal ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Semasa memakan epal, pastikan anda tidak membuangnya.

Mengambil epal bersama kulitnya meningkatkan kesihatan keseluruhannya. Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, epal membantu dalam proses detoksifikasi. Ia memastikan hati dan sistem penghadaman daripada unsur-unsur berbahaya.

4. Sumber kaya Vitamin A dan C

Warna hijau pada epal ini adalah sumber vitamin C yang sangat baik yang memelihara sel-sel kulit daripada kerosakan oleh radikal bebas dan juga mengurangkan risiko kanser kulit. Ia juga mengandungi vitamin A yang membantu dalam mengekalkan penglihatan yang baik.

epal hijau
Ini tanda-tandanya jika badan kurang vitamin C.

5. Baik untuk tulang

Selain menjadi sumber vitamin dan mineral yang sangat baik, epal berwarna hijau ini juga kaya dengan kandungan kalsium. Makan epal ini setiap hari boleh menguatkan tulang dan gigi.

medical
Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/05/2025