backup og meta

4 Soalan Untuk Mengurangkan Lemak

Ditulis oleh Phil Kelly · Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 28/03/2019

    4 Soalan Untuk Mengurangkan Lemak

    Kunci kejayaan untuk kesihatan dan mengurangkan lemak, saya dapati, tidak berkaitan dengan berapa banyak yang anda ketahui tetapi berkaitan keupayaan anda untuk mengubah tindakan…atau tindak balas. Saya dapati ramai individu mengetahui tentang asas atau boleh memilih antara makanan yang sihat dan tidak sihat. Jelas sekali, lebih banyak pengetahuan seseorang individu miliki untuk memahami bagaimana memanipulasi biokimia dalaman akan memberikan hasil yang lebih baik. Tetapi ia tidak perlu menjadi terlalu rumit jika seseorang individu berada pada tahap kesihatan yang baik, metabolimse yang berfungsi dengan baik dan tiada ketidakseimbangan hormon.

    Setelah banyak kali mencuba dan melakukan kesilapan, Sistem Pakar Badan saya telah mencipta kaedah yang mudah dan senang untuk individu menggunakan tindakan positif dengan mudah. Satu kaedah yang terbaik adalah dengan bertanya kepada diri sendiri pelbagai soalan mudah sebelum atau semasa merancang pemakanan. Soalan-soalan ini akan memastikan makanan akan membantu anda mencapai matlamat anda dan oleh sebab itu, membuat pilihan sama ada untuk memakannya atau tidak bukanlah satu keputusan yang mudah.

    Untuk hasil terbaik, seseorang individu perlu mempunyai objektif jelas yang bersesuaian dengan soalan untuk memberikan tindak balas yang terbaik.

    Berikut adalah senarai soalan sebagai permulaan yang baik. Belajar mengenai soalan ini dan kerap bertanyakannya…ia membantu membimbing anda untuk mengurangkan lemak dengan banyak dan memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan diri.

    Q1. Adakah saya makan makanan sebenar?

    Merupakan soalan yang penting. Setiap kalori adalah berbeza! Jika anda mengambil makanan yang salah, anda boleh menjejaskan hormon anda. Semakin ‘bersih’ makanan yang anda makan, semakin baik badan anda berfungsi dan lebih berdaya untuk mengendalikan kalori dan lemak metabolisme. Singkirkan semua makanan yang diproses dan hadkan pengambilan makanan yang diubah dari yang asal.

    Q2. Adakah makanan saya mengandungi protein yang mencukupi?

    Pengambilan protein akan menentukan sama ada anda akan kehilangan berat badan atau otot tanpa lemak. (Pastinya anda memilih untuk kehilangan berat dan menyimpan otot). Jadi untuk hidangan makanan yang seterusnya, cukupkah jumlah protein yang diambil?

    Q3. Adakah makanan saya mengandungi terlalu banyak gula atau kanji?

    Terlalu banyak kanji dan gula dalam pengambilan diet makanan anda boleh menghalang proses pengurangan lemak (atau mungkin menyebabkan pertambahan berat). Gula boleh menghentikan badan anda dari merasa kenyang dengan menghalang fungsi hormon Leptin daripada berfungsi. Leptin bertanggungjawab untuk memberikan isyarat kepada otak bahawa anda telah kenyang, malah makanan tinggi kandungan gula atau kanji adalah penuh dengan kalori kosong dan membuatkan anda makan berlebihan.

    Jadi untuk hidangan seterusnya, adakah terlalu banyak kandungan kanji, terutama makanan yang diproses seperti roti atau pasta? Terdapat cadangan saiz pemakanan berdasarkan ukuran, jenis metabolisme dan waktu hidangan makan yang perlu dipertimbangkan semasa bertanyakan soalan ini.

    Q4. Adakah saya memakan cukup sayur-sayuran?

    Warna sayuran yang pelbagai adalah hasil dari kepelbagaian kimia yang dipanggil antioksidan. Kimia ini adalah hanya akan dijumpai dalam tumbuhan. Dan ia hanya wujud dalam makanan berasaskan haiwan di mana haiwan ini memakan sayur-sayuran tersebut dan menyimpan dalam jumlah yang kecil bahan kimia ini dalam sel tisu. Tumbuhan menghasilkan antioksidan ini untuk melawan radikal bebas – sebatian yang memusnahkan sel yang sihat, pada asasnya merupakan punca penuaan – dan melindungi sel yang sihat. Beginilah, badan kita tidak boleh menghasilkan pelindung untuk melindungi diri dari radikal bebas. Nasib baik, antioksidan yang terkandung dalam tumbuhan turut berfungsi di dalam badan dengan cara yang sama ia berfungsi pada tumbuhan. Jadi anda perlu memakan tumbuh-tumbuhan untuk meminjam pelindung antioksidan bagi sel-sel dalam badan dan kesihatan kita.

    Dengan menggantikan bijirin dengan sayuran, anda masih akan tetap merasa puas selepas makan dan dalam masa yang sama meningkatkan pengambilan serat dan vitamin/mineral penting lain. Sekali lagi, saiz hidangan adalah penting tetapi, satu persoalan..bila kali terakhir anda mendengar seseorang individu menjadi gemuk kerana memakan sayuran berkualiti?

    Gunakan soalan-soalan ini atau cipta soalan anda sendiri untuk memastikan anda membuat tindakan dan tabiat yang betul bagi mencapai matlamat anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Phil Kelly

    Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


    Disemak pada 28/03/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan