backup og meta

Mengatasi Kehilangan Insan Dicintai

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Mengatasi Kehilangan Insan Dicintai

    Kematian merupakan satu proses kehidupan. Namun, walaupun anda menyedari akan hakikat itu, ia sememangnya amat sukar untuk mengatasi kesedihan kehilangan insan dicintai, seperti suami atau isteri.

    Walau bagaimanapun, anda tetap perlu meneruskan kehidupan anda, dan terus meratapi kehilangan dengan bersedih hanya akan mendatangkan impak buruk kepada kesihatan anda. Anda perlu belajar untuk mengubati kesedihan itu.

    Selepas kematian pasangan anda, anda akan menerima sokongan dari keluarga dan rakan. Anda mungkin merasakan bahawa dengan melakukan pekerjaan seperti biasa dan membiarkan diri anda dalam kesibukan dapat membantu anda dari memikirkan tentang pasangan anda.

    Namun, realitinya anda perlu menerima perubahan yang berlaku dalam kehidupan anda. Pertempuran ini adalah milik anda. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda mengatasi kesedihan yang dirasai.

    Berkongsi

    Anda boleh memilih untuk meluahkan apa yang anda rasai kepada keluarga atau rakan rapat yang boleh mendengar dan memberikan pendapat kepada anda. Anda boleh kongsikan segalanya tentang pasangan anda.

    Ia mungkin mendatangkan kesukaran pada mulanya untuk berbual tentang seseorang yang boleh mengakibatkan kesedihan pada ada. Namun, ia adalah baik untuk menghadapi realiti dan berkongsi memori. Mereka pasti boleh menawarkan sokongan yang anda perlukan.

    Bersosial

    Apabila anda menyertai kumpulan atau kelab, anda boleh menemui individu yang berdepan situasi yang sama dengan anda. Mereka pasti dapat memahami perasaan dan ada masanya dapat memberikan bantuan berdasar situasi yang pernah mereka lalui.

    Anda boleh meminta bantuan doktor, psikologi atau agensi tertentu untuk mendapatkan kumpulan yang sesuai untuk anda. Anda boleh bebas berkongsi kesedihan dengan ahli kumpulan yang lain. Jika anda tidak mahu keluar atau tidak mahu individu lain mengetahui tentang diri anda, anda boleh mencari kumpulan atau forum dalam talian.

    Elakkan perubahan mengejut

    Selepas kehilangan pasangan, anda mungkin mahu pergi ke sesuatu tempat lain yang tiada siapa mengenali anda, supaya anda tidak perlu berlagak seperti anda tidak mempunyai masalah.

    Walau bagaimanapun, individu di sekeliling anda boleh memberikan bantuan dan sokongan yang anda perlukan. Tambahan pula, pada ketika ini, emosi anda masih tidak stabil, jadi memilih untuk menukar pekerjaan atau berpindah rumah, hanya akan mendatangkan kesukaran dalam proses merawat kesedihan anda.

    Bantuan profesional

    Jika anda masih tidak mampu mengatasi kesedihan kerana kehilangan pasangan, anda perlu mendapatkan bantuan profesional seperti pakar dalam kesihatan mental. Mereka layak dan telah dilatih untuk memberikan bantuan dalam situasi ini.

    Anda harus membiarkan profesional mengetahui tentang keadaan, perasaan, permasalahan anda dan mengikuti arahannya untuk mendapatkan sokongan yang terbaik.

    Fizikal dan mental

    Bersedih boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Jadi, adalah penting untuk anda mengambil berat tentang penjagaan diri. Cuba untuk lakukan aktiviti fizikal, mengamalkan pemakanan seimbang dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

    Elakkan untuk menggunakan dadah, alkohol atau merokok. Tabiat ini hanya akan mendatangkan kesan bahaya kepada diri anda.

    Perlukan masa

    Ia memerlukan masa untuk anda membiasakan diri dengan kehidupan baru tanpa pasangan. Ia adalah normal. Ia mungkin makan masa berminggu, berbulan, atau mungkin bertahun.

    Kehilangan pasangan akan sentiasa membuatkan anda bersedih. Tetapi, anda tidak boleh berputus asa. Tip yang diberikan pasti dapat membantu mengatasi kehilangan ini.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan