Tabiat Yang Menyebabkan Kegatalan Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah tabiat sering kita lakukan yang boleh menyebabkan gatal pada faraj? Artikel di bawah akan memberikan info lebih terperinci mengenai permasalahan ini.

Douching atau produk pembersih faraj

Faraj memiliki keupayaan menakjubkan untuk menjalankan fungsi pembersihan secara sendiri. Percaya atau tidak, kaedah douching atau mengunakan produk pembersihan faraj sebenarnya banyak mendatangkan kesan bahaya daripada memberikan manfaat.

Bahagian dalam faraj mengandungi bakteria baik yang membantu mengimbangi tahap pH persekitaran, dan juga berfungsi melawan bakteria tidak baik yang berpotensi mengalakkan pertumbuhan yis.

Ini menjelaskan mengapa penggunaan produk yang tidak sesuai akan mengubah persekitaran semula jadi faraj, menyingkirkan rembesan faraj, menganggu bakteria normal faraj serta merengsakan kulit di sekeliling faraj. Akibatnya, faraj mungkin menjadi gatal.

Produk pembersih faraj, sama ada menggunakan bahan semula jadi, mempunyai bau tanpa pewangi, mengandungi alkohol atau tidak, tetap berpotensi untuk menyebabkan kegatalan faraj. Produk-produk seperti ini adalah termasuk seperti semburan faraj, krim, sabun, buih mandian, bahan pencuci, lilin (wax), kertas tandas, dan  pelembut kain.

Mengambil terlalu banyak gula

Diet tinggi gula, sama ada datang gula itu sendiri, atau dari nasi, tepung, roti, telah dikenal pasti akan menyebabkan bau, gatal-gatal serta simptom jangkitan yis pada faraj.

Selain itu, mempunyai tahap glukosa darah yang tinggi juga boleh mencetuskan komplikasi kepada sistem imunisasi. Individu wanita yang memiliki sistem imunisasi yang lemah daripada individu biasa adalah berkemungkinan mendapat jangkitan yis kerana tubuh tidak mampu melawan yis.

Tekanan hidup

Tekanan hidup yang tinggi juga boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan kita termasuk masalah sistem imunisasi lemah dan kegatalan faraj. Sistem imunisasi yang lemah tidak berkemampuan untuk melawan bakteria, individu wanita yang berdepan dengan tekanan hidup lebih cenderung untuk dijangkiti yis.

Untuk mengurangkan simpton serta menghilangkan rasa gatal pada faraj, tahap tekanan harus direndahkan atau dikurangkan. Cuba untuk berbincang dengan pakar terapi untuk mendapatkan nasihat. Secara alternatif, aktiviti fizikal seperti melakukan yoga, bersenam, berlari, bermeditasi dan sebagainya dapat melegakan tekanan.

Tabiat tidur yang tidak sihat

Ketika tidur, tubuh akan memperbaiki diri untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan yang optimum. Jika terdapat sesuatu perkara yang membuatkan timbulnya kerisauan pada waktu malam, keadaan ini cenderung untuk melemahkan sistem imunisasi. Kesannya, kegatalan pada faraj akan berlaku. Begitu juga jika tidak mendapat tidur yang mencukupi (seelok-eloknya 8 jam sehari), kesihatan tubuh juga akan mula merosot secara perlahan.

Kegatalan pada faraj sememangnya satu keadaan yang amat tidak menyelesakan, dan ia boleh berlaku disebabkan tabiat buruk yang tidak kita sangka. Dengan mengubah atau mengurangkan tingkah laku yang boleh menyebabkan kegatalan, masalah faraj yang gatal dapat dielakkan. Namun, sekiranya masalah kegatalan ini menjadi teruk dan menimbulkan kerengsaan, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga: