Hanya Ada SATU Tiub Fallopio? Jangan Putus Asa, Peluang Hamil Masih Ada! Ini Caranya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Benarkah wanita yang hanya memiliki satu tiub fallopio mempunyai peluang hamil yang rendah? Untuk mengetahui jawapannya, ikuti perkongsian artikel ini.

Fungsi tiub fallopio kepada wanita

Uterus atau rahim, dihubungkan ke ovari melalui sepasang tiub otot yang dikenali sebagai fallopian tube (tiub fallopian).

Setiap bulan semasa proses ovulasi, sebiji telur akan dilepaskan daripada ovari yang akan dikumpulkan oleh tiub tersebut.

Telur di dalam tiub fallopio akan disenyawakan oleh sperma (jika ada) untuk membentuk embrio, yang dalam masa 3 hingga 4 hari akan bergerak ke uterus agar berlakunya kehamilan.

Jika inginkan kehamilan semula jadi berlaku sewaktu ovulasi, ovum, fungsi tiub fallopian, rahim yang sihat dan sperma normal adalah prasyarat yang perlu dipenuhi.

Bagaimana terjadinya 1 tiub fallopio?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan punca mengapa seorang individu wanita mungkin mempunyai 1 ovari dan 1 tiub fallopio, seterusnya mempengaruhi kadar kehamilan.

Beberapa keadaan patologi boleh mempengaruhi 1 ovari dan/atau 1 tiub fallopian yang menyebabkan pembuangan ovari tunggal yang disebut sebagai unilateral oophorectomy.

Pembuangan 1 tiub pula dipanggil sebagai unilateral salphingectomy. Manakala penyingkiran kedua-duanya, ovari dan tiub fallopio pada 1 bahagian dikenali sebagai unilateral salphingo-oophorectomy.

Pembedahan atau pembuangan organ tersebut adalah untuk rawatan dan pencegahan bagi masalah seperti: 

tiub fallopio

  • Sista ovari menyebabkan kilasan (kilasan ovari)
  • Bengkak bernanah (abscess) disebabkan jangkitan
  • Pembedahan untuk kehamilan ektopik – kehamilan luar rahim
  • Patologi pinggul yang memerlukan pembedahan dan pembuangan tiub
  • Kadangkala, dilahirkan dengan 1 tiub fallopian dan 1 ovari

Peluang hamil masih terbuka

Walaupun kebanyakan wanita dilahirkan dengan 2 tiub fallopian yang sihat dan berfungsi, pun begitu, masih terdapat peluang untuk bergelar ibu bagi mereka dengan 1 tiub sahaja.

Tetapi peluang kehamilan itu melibatkan andaian seperti:

  • Anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai 1 ovari yang sihat dan berfungsi (walaupun jarang berlaku, jika bernasib baik, tiub fallopio boleh bergerak dan tiub yang sihat adakalanya akan berpindah ke ovari bertentangan untuk mengambil telur matang)
  • Tiub yang tinggal berada dalam keadaan sihat
  • Mengalami kedatangan haid berkala – setiap 21 hingga 35 hari atau lebih

Sekiranya anda sihat, berumur antara 20 hingga 34 tahun dan mempunyai kitaran haid yang tetap, anda masih mempunyai peluang hamil walaupun dengan hanya 1 tiub. 

Hakikatnya anda mungkin tidak tahu bahawa anda kekurangan 1 tiub atau ia tidak berfungsi kerana besar kemungkinan tiada sebarang simptom yang berlaku.

Bahkan tiub yang tersumbat juga tidak mempunyai sebarang gejala kecuali jika tersumbat kerana cecair (hydrosalpinx), yang mungkin mengakibatkan rasa ketidakselesaan pelvis.

Peratusan untuk mengandung dengan 1 tiub fallopio dan 1 ovari turut bergantung kepada parameter kesuburan lain dan kesihatan pasangan secara keseluruhan.

Memahami kitaran haid

Wanita dengan hanya 1 tiub fallopian yang berfungsi perlu mengetahui kitaran haid secara tepat.

Ini kerana ia akan memberikan petunjuk lebih baik mengenai tempoh ovulasi, sehingga dapat melakukan hubungan seks dengan sewajarnya.

Jika berasakan tiub anda mungkin mempunyai masalah tetapi tidak begitu pasti, maka prosedur hysterosalpingogram (HSG) X-ray, boleh dilakukan bagi mendapatkan kepastian. Ujian laparoskopi juga boleh dilakukan. 

Dapatkan rundingan dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan pilihan prosedur yang bersesuaian.

peluang hamil

Rawatan kesuburan bagi wanita dengan 1 tiub fallopio

Pilihan rawatan akan bergantung kepada hasil pemeriksaan.

Tiub tersumbat biasanya diatasi melalui prosedur pembedahan dan anda mungkin tidak memerlukan rawatan kesuburan sama sekali.

Kuncinya adalah dengan mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada doktor pakar untuk mengetahui keadaan dan rawatan yang bersesuaian. 

Jika pembedahan bukan pilihan rawatan yang terbaik atau prosedurnya tidak berjaya, doktor akan memberikan pilihan rawatan kesuburan yang berkaitan. 

Sekiranya ovulasi yang berlaku normal dan jumlah serta kualiti sperma pasangan anda sihat, mungkin pencetus daripada ubat kesuburan atau inseminasi intrauterin (IUI) dapat membantu.

Doktor akan mengesyorkan rawatan kesuburan in vitro (IVF) sebagai pilihan terbaik seandainya anda mengalami perkara di bawah:

  • Hanya sebelah ovari dan/atau 1 tiub fallopian tidak berfungsi
  • Tidak mengalami ovulasi seperti biasa
  • Mempunyai pelbagai faktor ketidaksuburan dan/atau jumlah/kualiti sperma pasangan rendah

Rawatan kesuburan

Memiliki hanya 1 tiub fallopio tidak bermakna peluang hamil anda tertutup sepenuhnya. Masih terdapat rawatan kesuburan yang boleh membantu mencerahkan peluang kehamilan anda.

Lakukan pemeriksaan dan rundingan doktor, ini adalah pilihan yang tepat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Nak douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin membuatkan anda menimbang semula keputusan itu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

Dikatakan seorang wanita perokok pasif - dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok - boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

Kenyataan ini mungkin sukar diterima, tapi para wanita senang terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jadual kitaran haid

Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
telur wanita

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
ikat peranakan

Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
rahim jatuh

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan