Cuba bayangkan ada satu ketika anda mengalami keputihan tetapi warna keputihan yang keluar adalah kuning. Apakah yang bermain di fikiran anda pada ketika itu? Mahu mencari maklumat berkenaan jenis keputihan dan gambarnya?
Apabila berbicara berkenaan permasalahan berkaitan alat sulit terutamanya kemaluan wanita, ia seolah-olah sesuatu yang samar-samar atau kurang jelas.
Ini kerana tidak ramai yang membincangkan mengenainya atau berani untuk meluahkannya. Ini termasuklah berkenaan masalah warna keputihan yang dialami.
Sebagai seorang wanita, anda perlu tahu terdapat beberapa jenis keputihan yang boleh berlaku.
Antara cara untuk mengenali jenis-jenis keputihan ini adalah dengan melalui warna keputihan tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apakah jenis keputihan dan gambarnya yang normal?
Bagi jenis keputihan dan gambarnya yang normal, warna keputihan adalah agak jernih atau berwarna putih.
Selain itu, jenis keputihan yang normal mungkin menyebabkan sedikit tinggalan atau sisa berwarna kekuningan pada seluar dalam anda.
Jenis keputihan yang normal juga sedikit berbau tetapi bukanlah berbau busuk dengan bau yang kuat.
Konsistensinya juga berubah-ubah bergantung kepada kitaran haid seorang wanita.
Ini jenis keputihan dan gambarnya (untuk keputihan yang tidak normal)
Terdapat beberapa jenis keputihan yang dianggap tidak normal sekiranya mempunyai warna selain daripada yang disebutkan sebelum ini.
Terdapat 3 jenis warna keputihan yang tidak normal seperti berikut:
#1. Jenis keputihan dan gambarnya – Warna keputihan: putih
Sekiranya anda mengalami sedikit keputihan terutamanya pada awal atau akhir kitaran haid anda, ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang wanita.
Namun, jika keputihan yang keluar itu disertai dengan rasa kegatalan dengan konsistensi cecair yang agak likat, ia bukanlah jenis keputihan yang normal.
Keadaan keputihan seperti ini memerlukan tindakan rawatan. Keadaan yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh jangkitan yis pada faraj wanita.
#2. Jenis keputihan dan gambarnya – Warna keputihan: coklat atau berdarah
Jenis keputihan coklat atau mengandungi darah adalah dianggap normal terutama sekali jika ia berlaku betul-betul selepas tamat kitaran haid.
Pada awalnya, keputihan yang keluar mungkin mengandungi darah baharu dan kemudiannya akan bertukar menjadi sedikit kecoklatan.
Namun, ada juga kes-kes yang jarang berlaku menunjukkan kehadiran jenis keputihan coklat ini sebagai tanda sesuatu yang tidak normal.
Ia mungkin menunjukkan tanda bahawa seseorang wanita itu mempunyai endometrium atau adanya kanser serviks.
Ia juga mungkin tanda bahawa anda mengalami masalah seperti fibroid atau ketumbuhan tidak normal yang lain.
#3. Jenis warna keputihan: kekuningan atau hijau
Ada juga sesetengah keadaan di mana seseorang wanita itu mengalami jenis warna keputihan kuning ataupun hijau.
Keputihan yang berwarna kuning atau hijau ini, terutamanya jika ia sedikit likat, berketul atau mempunyai bau yang busuk, adalah sesuatu yang tidak normal.
Ia mungkin tanda bahawa anda sedang mengalami jangkitan trichomoniasis yang biasanya diperoleh hasil daripada hubungan intim.
Punca kepada berlakunya gambar keputihan tidak normal
Keputihan yang biasa berlaku adalah satu proses semula jadi bagi tubuh seorang wanita yang sihat.
Namun, bagi jenis keputihan yang tidak normal, ia berpunca daripada beberapa sebab.
Antara punca-punca yang menyebabkan warna keputihan menjadi tidak normal ialah:
#1. Vaginosis bakteria
Jenis keputihan dan gambarnya adalah sejenis jangkitan bakteria yang biasa berlaku dalam kalangan wanita.
Jangkitan ini menyebabkan keputihan mempunyai bau yang kuat, busuk malah tidak keterlaluan jika dikatakan mempunyai bau seperti ikan busuk.
#2. Trichomoniasis
Ia juga adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma protozoa.
Ia biasa berlaku hasil daripada hubungan seksual dan juga boleh berjangkit daripada perkongsian tuala atau pakaian mandi.
Ia menyebabkan keputihan mempunyai warna kuning atau hijau dengan bau yang kurang menyenangkan.
#3. Jangkitan yis
Jangkitan yis adalah sejenis jangkitan fungi yang boleh menyebabkan keputihan berwarna putih dengan konsistensi seperti keju.
Kehadiran yis pada faraj sebenarnya adalah sesuatu yang normal, namun ia boleh menjadi satu jangkitan jika membiak dan merebak tanpa kawalan.
Antara punca berlakunya jangkitan yis adalah seperti:
- stres
- diabetes
- penggunaan pil kawalan kehamilan
- kehamilan
- penggunaan antibiotik
#4. Gonorhea dan chlamydia
Keputihan yang tidak normal juga boleh berpunca daripada jangkitan seksual seperti gonorhea dan juga chlamydia.
Ia menyebabkan keputihan memiliki warna kuning, hijau atau berwarna agak gelap.
#5. Penyakit radang pelvis (PID)
Penyakit radang pelvis biasa berjangkit hasil daripada hubungan seksual.
Bakteria menjangkiti bahagian faraj dan organ pembiakan lain sehingga menyebabkan keluarnya keputihan yang berbau busuk.
#6. Virus HPV atau kanser serviks
Ada juga keadaan di mana jenis warna keputihan tidak normal ini berlaku disebabkan oleh virus HPV.
Ia boleh menyebabkan seseorang wanita itu berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks.
Apabila seseorang wanita itu mengalami kanser serviks tanpa disedari, keputihan yang keluar akan berwarna kecoklatan atau berdarah dengan bau yang tidak menyenangkan.
Kesimpulan
Anda mungkin tidak tahu jika keputihan yang berlaku itu sebenarnya menunjukkan kondisi yang lebih serius seperti kanser serviks.
[embed-health-tool-ovulation]