Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Umum mengetahui bahawa berus gigi adalah antara peralatan penting bagi memastikan kebersihan dan kesihatan oral sentiasa terjaga.

Namun ada segelintir individu yang bersikap acuh tidak acuh dan hanya tahu menggunakannya tanpa memikirkan faktor kebersihan.

Dengan tidak membersihkan atau menggantikan ia dalam satu tempoh yang lama, gigi dan gusi anda mungkin akan ditimpa bahaya!

Persoalannya, bagaimana cara cuci berus gigi yang sebenar?

Berus gigi – pilih & guna yang terbaik!

Di pasaran kini, terdapat pelbagai jenama dan jenis berus yang boleh kalian beli untuk digunakan ketika memberus gigi setiap hari.

Yang mana satu pilihan anda: manual atau elektronik? Sebelum membeli, pastikan kalian ambil tahu 2 petua umum ini terlebih dahulu:

Kos

Meskipun terdapat beberapa pilihan berus gigi mampu milik yang dijual, pastinya jenis elektrik memiliki kos lebih tinggi berbanding jenis manual.

Selain perbelanjaan membeli jenis elektrik, anda juga perlu kerap menggantikan kepala berus boleh tanggal sekerap anda menggantikan jenis manual.

Jika penggunaan jenis elektrik dapat membantu menjaga gigi anda lebih bersih, ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bil pergigian anda.

cuci berus gigi

Kecenderungan

Sebenarnya, berus gigi yang terbaik adalah apabila anda dapat menggunakannya dengan tepat.

Ada segelintir individu mungkin tidak suka rasa bergetar apabila menggunakan jenis elektrik.

Bagi sesetengah yang lain pula, mungkin berpendapat penggunaan jenis elektrik akan mampu membantu membersihkan permukaan gigi dengan lebih efektif.

Ini mungkin penyataan yang tepat buat mereka yang memiliki masalah seperti kesakitan arthritis.

Sekiranya anda lebih gemar menggunakan jenis elektrik, ia juga menjadikan anda lebih cenderung untuk memberus gigi mengikut jangka masa yang disyorkan – dua minit.

Sesetengah berus jenis elektrik turut dicipta dengan fungsi pemberitahu masa (build in-timer).

Keberkesanan

Melalui hampir 30 kajian saintifik yang telah banyak dijalankan, hasil kajian menunjukkan tidak banyak perbezaan signifikan dapat dilihat antara penggunaan jenis elektrik dan manual dalam keupayaan mengeluarkan plak dan mencegah penyakit gusi, gigi serta mulut.

Namun terdapat bukit menunjukkan jenis elektrik tertentu yang dipanggil jenis berputar (rotation oscillation toothbrush), adalah lebih berkesan berbanding jenis manual.

Pilihan terletak di tangan anda, pilihlah dengan mempertimbangkan petua umum ini dan dapatkan bantuan pakar!

Perlu tahu cara guna & simpan berus gigi!

Jangan hanya sekadar tahu cara untuk membeli sahaja tanpa tahu cara untuk mengguna dan menyimpan ia ya!

Ini kerana jika salah cara penggunaan atau penyimpanan berus gigi boleh mengakibatkan kesihatan oral kalian terjejas dek kuman, bakteria mahupun virus.

Oleh itu, sila amalkan tip-tip yang berikut okay:

#1. Jangan berkongsi berus gigi

Sama seperti jangkitan lain, berkongsi alat ini boleh membawa kepada jangkitan yang disebarkan melalui air liur dan cecair badan yang lain.

Tabiat ini boleh menjadi kebimbangan khusus bagi mereka yang memiliki sistem imunisasi badan lemah atau sememangnya sudah dijangkiti penyakit berjangkit.

memberus gigi

#3. Elak menyimpan dalam bekas

Pasti segelintir anda akan beranggapan bahawa menyimpannya dalam bekas boleh melindungi alat ini daripada segala kekotoran bukan?

Tidak, menyimpannya dalam bekas tertutup boleh menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma lebih kondusif berbanding dalam udara terbuka!

#2. Penjagaan berus 

Sejurus selepas memberus gigi, cuci alat ini untuk mengeluarkan apa-apa ubat gigi atau kekotoran dari berus.

Kemudian, anda perlu menyimpan alat ini dalam kedudukan menegak untuk membolehkan ia kering untuk penggunaan yang seterusnya.

Sebaiknya, pisahkan alat ini daripada bercampur dengan berus gigi individu lain untuk mengelakkan sebarang pencemaran silang.

#4. Penggantian berus 

Untuk pengetahuan anda, alat ini akan menjadi haus selepas beberapa bulan digunakan dan ia bergantung kepada kekerapan kalian menggunakannya.

Jenis yang khas untuk kanak-kanak pula perlu lebih kerap diganti berbanding berus gigi dewasa.

Bagaimana cara cuci berus gigi?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, berus gigi perlu dicuci dengan kerap setiap kali sebelum atau selepas menggunakannya. Tapi bagaimana?

Cuci dengan air panas

Antara cara yang paling mudah untuk mencucinya adalah dengan menggunakan air panas setiap kali sebelum dan selepas menggunakan ia.

Ini sangat penting untuk membasmi mikroorganisma yang wujud pada berus pada ketika kita tidak atau baru sahaja mahu menggunakannya.

Rendam di dalam cecair pengkumur mulut

Untuk pengetahuan anda, cecair pengkumur mulut bukan sahaja untuk mulut malahan juga berus yang kalian gunakan untuk memberus gigi.

Ini juga mampu membasmi segala mikroorganisma yang wujud pada berus pada ketika kita tidak atau baru sahaja mahu menggunakannya.

Tidak perlu didihkan berus gigi anda!

Ramai yang sangka bahawa suhu panas mampu membunuh mikroorganisma dan ya, ia memang benar namun tidak perlu didihkan berus anda ya?

Ini kerana perbuatan sebegini hanya akan membuat pemegang berus yang diperbuat daripada plastik mula cair akibat suhu panas.

Oleh itu, cukup sekadar anda tahu cara cuci berus gigi seperti mana yang kami nyatakan di atas sahaja tanpa perlu mendidihkan ia.

Sudah tahu cara cuci berus gigi yang sebenar bukan? Jangan lupa amalkan ia okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rasa Ngilu Apabila Minum Air Sejuk? Ini 10 Punca Yang Mungkin Sebabkan Gigi Jadi Ngilu Tiba-tiba

Terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan gigi ngilu tiba-tiba. Mungkin anda terfikir, apakah sebab gigi ngilu hingga menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Tumbuh Gigi Bongsu, Lagi-lagi Bila Anak Remaja Yang Alaminya, Ini Cara Nak Buat!

Mencabut gigi geraham itu perkara normal apabila seseorang itu meningkat remaja. Namun tahukah anda penjagaan pasca pembedahan juga penting?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
masalah gigi sensitif

Gigi Selalu Ngilu? Buat Perkara Ini Untuk Kurangkannya, Confirm Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
minum kopi

Coffee Lover Di Luar Sana, Kopi Boleh Sebabkan Gigi Sensitif! Ada 5 Tip Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 4 minit bacaan
puting kosong

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan