Lidah Berbulu Hitam: Apa yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Lidah berbulu hitam (black hairy tongue) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan mulut di mana lidah kelihatan hitam dan berbulu kerana papila panjang dan berwarna. Walaupun keadaan ini tidak menjejaskan kesihatan anda, rupanya yang mengerunkan mungkin menakutkan orang di sekeliling anda.

Simptom-simptom lidah berbulu hitam

  • Perubahan warna lidah
  • Penampilan kelihatan seperti berbulu
  • Rasa tidak sedap di mulut, biasanya bau seperti bau logam
  • Nafas berbau kerana makanan yang terperangkap dalam papila panjang tersebut
  • Rasa seperti terbakar ringan sekiranya berlaku pertumbuhan yis secara berlebihan

Punca

Keadaan ini disebabkan oleh pertumbuhan melampau bakteria atau yis di papila. Akibatnya, papila terus memanjang dan bukannya meluruh seperti yang sepatutnya. Papila panjang tersebut menarik pigmen dari makanan dan minuman, menyebabkan ia bertukar dari warna merah jambu asal kepada yang berbeza, biasanya hitam. Dalam sesetengah kes, warnanya boleh menjadi warna coklat, hijau, kuning atau putih.

Gaya hidup anda juga berpotensi menyebabkan keadaan ini. Antaranya:

  • Kebersihan mulut yang lemah
  • Kurang air liur – keadaan yang menjadikan tubuh anda tidak dapat menghasilkan air liur yang mencukupi, dan menyebabkan mulut menjadi kering
  • Merokok
  • Pengambilan kopi atau teh
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu, seperti antibiotik dan ubat yang mempunyai bismut
  • Penggunaan ubat cuci mulut yang mengandungi peroksida, witch hazel atau mentol secara kerap.
  • Diet kurang serat, yang menyebabkan sel-sel kulit mati untuk membina atas lidah.

Walaupun penampilan yang tidak cantik, keadaan ini tidak menyebabkan sebarang kerengsaan atau kesakitan. Walau bagaimanapun, jika papila tersebut terbina terlalu lama, anda mungkin berasa seperti tersedak dan mengalami loya.

Anda boleh menghilangkan keadaan ini dengan mengamalkan kebersihan mulut yang baik. Adalah dinasihatkan untuk memberus atau mengikis untuk untuk membersihkan lidah anda dengan betul, kerana ia adalah tempat yang menarik kebanyakan bakteria di mulut anda. Anda mungkin perlu berhenti merokok dan mengehadkan pengambilan kopi dan teh, terutamanya jika anda biasa mengambil kopi atau teh panas. Menambah lebih banyak serat ke dalam diet anda sangat membantu untuk membuang sel mati dari lidah anda juga.

Jika mengubah tabiat kebersihan mulut dan diet anda tidak membantu, jumpa dengan doktor dan dapatkan antibiotik untuk membunuh bakteria dan yis pada lidah anda. Topikal Tretinoin juga dianggap sebagai cara yang berkesan untuk menghilangkan keadaan ini. Kadang-kadang, anda mungkin memerlukan pembedahan laser untuk memotong papila hitam sekiranya usaha di atas tidak membuahkan hasil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    Pendakap Gigi dan Kebersihan Mulut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/07/2018 . 1 minit bacaan
    Lidah Berbulu Hitam

    Lidah Berbulu Hitam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Fariha Zakaria
    Diterbitkan pada 23/05/2018 . 4 minit bacaan