Tanda-tanda Kemurungan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kemurungan adalah gangguan emosi yang menyebabkan perasaan sedih dan kehilangan minat yang berterusan. Ia juga dipanggil gangguan kemurungan utama atau kemurungan klinikal yang mempengaruhi bagaimana perasaan anda, cara anda berfikir dan kelakuan yang membawa kepada pelbagai masalah emosi dan fizikal. Kemurungan bukan sekadar masalah emosi semata, malah ia mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Berikut adalah tanda-tanda kemurungan yang mungkin anda tidak sedar:

  1. Pelupa

Kajian menunjukkan kemurungan atau tekanan boleh meningkatkan tahap kortisol tubuh. Ia boleh mengecut atau melemahkan bahagian otak yang berkaitan dengan ingatan dan pembelajaran. Masalah ingatan yang berkaitan dengan kemurungan ini boleh menjadi satu masalah yang teruk terutamanya bagi individu dewasa yang berusia.

  1. Sakit belakang

Mendapat masalah sakit belakang yang tidak pernah hilang? Terdapat kajian yang mengatakan kemurungan boleh menjadi faktor untuk masalah sakit belakang yang kronik. Satu penyelidikan menunjukkan 42 % individu yang berhadapan dengan masalah sakit belakang mempunyai masalah kemurungan sebelum mula merasai sakit belakang. Malahan masalah kemurungan sering kali di pandang remeh kerana ia jarang di kaitan dengan kesakitan.

  1. Boros

Mengalami masalah perbelanjaan yang tidak terkawal? Mungkin ada merasai ia sebagai ‘terapi runcit’, namun, ia hanyalah penyelesaian jangka pendek yang tidak akan menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi.

  1. Makan secara keterlaluan

Kemurungan yang dihadapi mungkin menyebabkan anda berasa tertekan. Dan makanan kebiasaannya menjadi pilihan disaat mengalami tekanan. Dan perlakuan ini cenderung untuk menimbulkan masalah kesihatan lain seperti obesiti.

  1. Keinginan seksual

Kemurungan mungkin menyebabkan anda kehilangan keinginan seksual. Namun terdapat juga individu yang menggunakan seks sebagai cara untuk menghadapi kemurungan atau tekanan. Peningkat pergaulan, obsesi seksual dan tingkah laku berisiko tinggi seperti seks tidak selamat boleh menjadi tanda kemurungan.

  1. Keletihan dan masalah tidur

Punca yang menyebabkan anda hilang keinginan untuk melakukan apa yang anda gemari adalah kerana anda berasa letih. Kemurungan biasanya menyebabkan kehilangan tenaga dan keletihan yang melampau yang akhirnya mengakibatkan berlakunya masalah tidur berlebihan. Malahan, kemurungan juga mempunyai kaitan dengan insomnia atau sebaliknya, yang boleh menjadikan keadaan semakin buruk.

  1. Bunuh diri

Berkeinginan untuk membunuh diri atau mempunyai fantasi tentang kematian adalah satu petanda serius yang perlu diberikan perhatian. Keinginan ini kerap timbul dalam kalangan individu lelaki dewasa. Kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri adalah satu masalah berkaitan emosi yang tidak normal dan tidak boleh diambil mudah. Jika timbul pemikiran seperti ini, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Jika anda mengalami kemurungan, merawat masalah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukanlah satu isu yang dapat dihindari dalam masa sehari. Sebaliknya, untuk merawat kemurungan memerlukan bantuan dan sokongan dari psikoterapi atau dengan pengambilan ubatan, yang dapat membantu membuatkan anda merasa lebih baik.

Seandainya anda mengalami simptom kemurungan, sila berjumpa doktor atau pakar kesihatan profesional untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Ada sebab mengapa cuti hujung minggu diwujudkan dan ada juga sebab mengapa anda mesti elak kerja hujung minggu untuk kesejahteraan mental anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ketenangan diri

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan