backup og meta

Skizofrenia: Apa yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

    Skizofrenia: Apa yang Anda Perlu Tahu

    Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang dikategorikan di bawah jenis gangguan psikotik. Ia mengganggu pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Penghidap keadaan mental ini seolah-olah telah terpisah daripada dunia realiti. Jika anda melihat orang yang dikatakan sebagai ‘gila’ dan bercakap seorang diri, itu mungkin skizofrenia. Meskipun jarang berlaku berbanding penyakit mental lain, simptomnya boleh menjejaskan aspek yang besar dalam kehidupan pesakit.

    Apakah simptom dan tanda skizofrenia?

    Keadaan ini kebiasaannya bermula antara umur 16 dan 30 tahun. Namun, ada juga kes dalam kalangan kanak-kanak.

    Terdapat 3 jenis simptom; positif, negatif dan kognitif.

    Simptom positif – ini adalah tingkah laku psikosis yang secara amnya tidak ditemui pada orang normal. Mereka terpisah daripada beberapa aspek dunia realiti. Ini termasuk:

  • Halusinasi – melihat, mendengar atau merasai sesuatu yang sebenarnya tidak wujud.
  • Delusi – kepercayaan tetap terhadap sesuatu perkara yang tidak benar.
  • Gangguan pemikiran – berfikir dengan cara yang pelik.
  • Gangguan pergerakan – pergerakan badan seperti orang sedang gelisah.
  • Simptom negatif – gangguan terhadap emosi dan tingkah laku normal. Contohnya:

    • Perasaan datar atau flat affect – eskpresi emosi melalui raut wajah dan tona suara berkurang.
    • Minat terhadap aktiviti harian berkurang.
    • Sukar memulakan dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara.
    • Kurang bercakap.

    Simptom kognitif – melibatkan proses berfikir, belajar, menilai dan membuat keputusan. Pesakit mungkin mengalami:

    • Sukar melaksanakan sesuatu tugasan – gagal memahami maklumat dalam membuat keputusan.
    • Susah memberikan fokus dan perhatian.
    • Gagal menggunakan sesuatu maklumat sejurus selepas belajar.

    Berbeza dengan penyakit fizikal, ahli profesional kesihatan atau doktor membuat diagnosis hanya berdasarkan simptom. Tiada ujian khusus bagi penyakit mental. Untuk membuat diagnosis skizofrenia, 2 atau lebih daripa simptom berikut perlu ada selama sebulan:

    • Delusi.
    • Halusinasi.
    • Percakapan tidak teratur atau kucar-kacir.
    • Tingkah laku kucar-kacir atau katatonik.
    • Simptom negatif.

    Delusi dan halusinasi sahaja kebiasaannya sudah mencukupi untuk membuat diagnosis.

    Rawatan dan terapi

    Seperti penyakit mental yang lain, punca khusus bagi skizofrenia masih belum dapat dikenal pasti. Rawatan banyak memfokuskan kepada mengawal simptom. Ini termasuk:

    • Ubat antipsikotik – ini adalah rawatan paling penting untuk mengawal simptom.
    • Terapi psikologi – terapi tingkah laku kognitif, terapi sokongan.
    • Terapi elektrokonvulsif (ECT) – menggunakan renjatan elektrik untuk menghilangkan simptom.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan