backup og meta

Menguruskan Kemarahan Di Jalanan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    Menguruskan Kemarahan Di Jalanan

    Kemarahan di jalan raya boleh dikenali sebagai tingkah laku agresif atau ganas yang berpunca daripada rasa amarah pemandu yang tidak dapat dikawal akibat tindakan pemandu lain.

    Beberapa contoh boleh diberikan, seperti: melanggar kereta individu lain dengan kereta anda; mengejar mereka sehingga keluar dari jalan raya; menghasut penumpang dalam kereta anda untuk melawan pemandu kereta lain; berhenti di tepi dan keluar dari kenderaan serta melibatkan hubungan fizikal atau menggunakan sebarang senjata dengan bertujuan untuk mendatangkan kemudaratan kepada pemandu atau merosakkan kenderaan lain.

    Apa itu amarah jalanan?

    Sesiapa boleh menerima kesan daripada amarah jalanan; lelaki, wanita, individu muda mahupun berusia, individu pemarah atau individu yang tenang. Masalah ini boleh berlaku setiap hari setiap kali memandu, atau mungkin bagi individu lain, ia jarang berlaku.

    Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya, sebagai contoh, apabila terlibat dengan kemalangan dan pemandu mungkin akan mengeluarkan senjata untuk menimbulkan pergaduhan.

    Malahan, walaupun anda dapat pulang dengan selamat, kemarahan itu sememangnya satu keadaan yang tidak baik untuk kesihatan, kerana tubuh anda akan menghasilkan hormon tekanan yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah ketika anda sedang marah.

    Jika anda mengalami kemarahan di jalan raya hampir setiap hari, ia berkemungkinan menunjukkan anda mengalami tekanan kronik. Ia boleh mencetuskan sistem imunisasi tubuh anda untuk berkerja dan menyebabkan peningkatan kadar dengupan jantung, gangguan kepada haid, sakit belakang, sakit kepala dan ketidaksuburan.

    Tip atasi kemarahan di jalan raya

    Seandainya anda mudah terdedah kepada kemarahan ketika berada di jalan raya, anda boleh mencuba strategi di bawah untuk meredakan emosi anda:

    1. Beri perhatian kepada diri

    Jaga diri anda sebaiknya. Dapatkan tidur yang berkualiti kerana anda lebih mudah marah jika anda letih. Sediakan beberapa jenis makanan ringan yang boleh membantu mengurangkan rasa lapar kerana kelaparan juga boleh menyebabkan seseorang individu mudah marah.

    1. Bertenang

    Ada masanya, kemarahan anda mungkin melonjak apabila terdapat pemandu lain melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan risiko bahaya kepada anda dan penumpang anda. Ia adalah tindak balas semula jadi apabila berdepan dengan keadaan begitu. Walau bagaimanapun, sebaiknya anda berhenti di tepi, bertenang atau hubungi polis untuk membuat laporan jika perlu.

  • Lupakan
  • Cuba untuk memikirkan perkara yang positif atau melakukan sesuatu yang melucukan anda, seperti bernyanyi, atau apa sahaja yang dapat meredakan emosi atau perasaan negatif anda.

    1. Fikir secara berkumpulan

    Trafik adalah sosial, sebuah komuniti. Apabila kita berada di jalan raya, kita semua adalah satu pasukan yang perlu bekerjasama untuk dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Jika terdapat individu yang ingin memotong anda, daripada anda perlu mengubah emosi menjadi marah, cuba fikirkan bahawa ia adalah sesuatu yang normal.

    1. Tiada pemenang

    Sentiasa tanamkan difikiran bahawa memandu bukanlah satu pertandingan yang boleh anda menangi, tetapi sebaliknya anda berisiko berdepan kehilangan jika anda gagal mengawal emosi dan membiarkan kemarahan mengawal pemanduan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.

    Kemarahan di jalanan mungkin sukar untuk ditangani, namun, lihat dalam sudut lain kehidupan dan fikiran sesuatu yang positif pasti akan dapat memberikan banyak perbezaan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan