Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pandemik COVID-19 datang membawa 1001 dugaan buat kita semua. Menerusi berita – tidak kiralah di kaca televisyen, laman sesawang atau di media sosial, kita dapat lihat ramai yang terbelenggu dengan pelbagai jenis masalah, terutamanya penyakit mental. 

Ada yang hilang pekerjaan, terpisah dengan ahli keluarga buat satu jangka masa yang panjang dan tidak ketinggalan juga, ramai yang terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Syukurlah semua perubahan ini diterima baik oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, ramai juga yang rasa terbeban, gelisah dan takut untuk meneruskan hidup seharian tatkala negara masih lagi dirantai wabak ini.

Lihat sahaja apa yang berlaku apabila bilangan kes kian meningkat. Di media sosial, jelas kita dapat lihat komen-komen daripada netizen yang kebanyakannya semakin risau dan gelisah dengan keselamatan diri.

Ternyata ramai yang masih merasai kesan negatif yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Kaiser Family Foundation (KFF), mereka mendapati bahawa isolasi mempunyai kesan yang negatif terhadap kesihatan individu.

Hampir 47% responden bersetuju bahawa mereka rasa tertekan akibat wabak koronavirus walaupun mereka berlindung di rumah sendiri.

Ambil serius penyakit mental

kesihatan mental

Tetapi, tatkala kita sedang leka melawan wabak COVID-19, kita terlupa mengenai satu penyakit senyap yang sedang menghantui sebahagian besar masyarakat pada ketika ini.

Penyakit yang tidak nampak dek mata kasar ini membuatkan ramai rasa gelisah, putus asa dan menjadi semakin terdesak hinggalah pada akhirnya mungkin ramai yang mengambil jalan pintas dengan cara membunuh diri.

Tindakan ini semuanya dipacu oleh reaksi psikologikal tubuh badan apabila ‘ditekan’ dengan pelbagai faktor yang menyebabkan mereka jadi gelisah, tertekan dan depres.

Kesedihan, kesunyian, pengasingan, kehilangan mata pencarian dan ketakutan merupakan antara pemicu gangguan mental, lebih-lebih lagi dalam kalangan individu yang sememangnya sudah lama bergelut dengan masalah ini.

Menurut Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak COVID-19 telah mengganggu servis kesihatan mental di seluruh dunia sewaktu perkhidmatan ini paling diperlukan.

Keadaan ini menyebabkan pesakit yang menghidap masalah mental tidak dapat dirawat seperti biasa.

Penyakit mental, sama seperti penyakit yang lain, perlukan rawatan yang berterusan jika pesakitnya ingin sembuh.

Walau bagaimanapun, disebabkan terputusnya perkhidmatan ini ketika wabak COVID-19, pesakit yang mempunyai masalah gangguan mental mungkin akan berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh sakit ataupun lebih teruk lagi, meninggal dunia.

Perkhidmatan kesihatan untuk pesakit mental terjejas teruk

kesihatan mental

Pada bulan Jun hingga bulan Ogos 2020, WHO telah menjalankan tinjauan ke atas 130 buah negara untuk mengenal pasti sama ada perkhidmatan untuk pesakit mental telah berubah semasa dunia dilanda wabak COVID-19.

Menurut tinjauan, mereka mendapati:

  1. Hampir 60% negara yang terlibat mempunyai gangguan untuk menyediakan khidmat kesihatan mental untuk individu yang berisiko seperti kanak-kanak dan remaja, orang dewasa, dan wanita yang memerlukan khidmat nasihat sebelum dan selepas bersalin.
  2. Sebanyak 67% negara tidak dapat memberikan khidmat kaunseling dan psikoterapi seperti biasa. 64% daripada khidmat tersebut merangkumi bahagian kaunseling untuk pesakit yang mempunyai masalah self-harm manakala 45% lagi merupakan rawatan untuk ketagihan opiod.
  3. Lebih 1/3 pesakit yang mengalami sawan, mempunyai masalah ketagihan dan delirum dilaporkan tidak dapat dirawat dengan serta-merta kerana intervensi kecemasan tidak dapat dilakukan.
  4. 30% lagi melaporkan kesukaran untuk mendapatkan ubat-ubatan untuk merawat gangguan mental dan neurologikal yang mereka alami.

Walaupun banyak negara telah menerapkan perkhidmatan perubatan atas talian atau telemedicine, namun masih ada jurang yang besar antara negara maju jika dibandingkan dengan negara yang kurang maju.

Negara yang kurang maju tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk menyelesaikan masalah kepincangan dalam perkhidmatan untuk pesakit mental.

Malah, daripada 89% negara yang melaporkan mempunyai khidmat kesihatan mental dan psikologikal sebagai satu bahagian daripada pelan mereka untuk wabak COVID-19, hanya 17% sahaja yang benar-benar mempunyai dana yang mencukupi.

kesihatan mental

Seiring dengan usaha WHO untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kesihatan mental, terbaharu, pertubuhan antarabangsa ini mengadakan acara dalam talian, The Big Event for Mental Health menerusi akaun YouTube, Facebook, Twitter, TikTok dan LinkedIn WHO.

Acara ini berlangsung pada 10 Oktober lalu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, menerangkan kepentingan kesihatan mental dan bagaimana negara boleh memastikan khidmat untuk penyakit mental boleh diakses oleh individu yang memerlukan.

PKPB sepanjang Oktober

Isnin lalu (12 Oktober 2020), kerajaan Malaysia mengisytiharkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengumuman ini tentunya dilakukan sebagai salah satu usaha mencegah penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat naik bilangan kes positif di negara ini.

Justeru, bagi mengelakkan penambahan bilangan peratusan pesakit mental khususnya di negara ini, anda digalakkan untuk meneruskan rawatan seperti biasa. Jangan biarkan penyakit senyap ini mengganggu hidup anda dan orang tersayang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Kita semua tahu bahawa suhu badan manusia perlu diperiksa sebelum masuk sesuatu tempat angkara COVID-19. Selain di dahi, bolehkah scan di tangan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 08/10/2020 . 2 minit bacaan

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

stres pasca trauma

Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
virus corona

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan personaliti

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan