Kemurungan Semasa Zaman Remaja Boleh Jejaskan Memori Individu Ketika Zaman Tua

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Satu kajian baharu dalam skala besar yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi daripada University of Sussex, United Kingdom telah menemui perkaitan yang jelas diantara siri kemurungan dan kebimbangan yang dialami oleh orang dewasa dalam umur 20, 30 atau 40an, dengan penurunan fungsi memori apabila mereka berumur 50an. Kajian tersebut yang diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry adalah antara kajian yang pertama dilaksanakan untuk melihat hubungan diantara simptom kemurungan yang dialami selama tiga dekad awal zaman pertengahan dewasa dan pengurangan fungsi kognitif semasa umur pertengahan.

Ahli-ahli psikologi telah menganalisis data daripada National Child Development Study yang diwujudkan pada tahun 1958 dengan kohort melebihi sebanyak 18,000 bayi dan telah memantau peserta tersebut bermula daripada kelahiran mereka sehingga ke zaman kanak-kanak dan seterusnya ke zaman dewasa. Para penyelidik mendapati bahawa pengumpulan simptom yang dialami oleh peserta selama tiga dekad memberikan petunjuk kuat penurunan secara selari atau terus menerus dalam fungsi memori ketika mereka berusia 50 tahun. Mereka menemui bahawa satu siri kemurungan atau kebimbangan mempunyai sedikit kesan keatas fungsi memori orang dewasa pada umur pertengahan mereka, tanpa mengira pada dekad bila mereka mengalaminya.

Pensyarah Kanan psikologi di universiti tersebut, Dr. Darya Gaysina menyatakan, para penyelidik mendapati bahawa semakin banyak siri kemurungan yang dialami oleh individu dalam zaman dewasa mereka, maka semakin tinggi risiko kecacatan kognitif yang akan mereka miliki dalam kehidupan selepasnya. Penemuan ini menekankan pentingnya pengurusan kemurungan yang berkesan untuk mencegah perkembangan masalah kesihatan mental yang berulang dengan hasil negatif dalam jangka masa panjang.

Selain daripada itu, para penyelidik turut menilai kelancaran lisan, kelajuan pemprosesan maklumat dan skor ketepatan peserta apabila mereka berumur 50 tahun. Siri kemurungan dan kebimbangan tidak banyak memberi kesan kepada empat bidang fungsi kognitif yang terakhir tetapi kehilangan memori yang berkaitan menunjukkan bahawa gejala kemurungan yang dialami ketika zaman dewasa awal berpotensi untuk mengakibatkan peserta menghidap dementia pada zaman dewasa yang lebih tua.

Para penyelidik daripada EDGE Lab, University of Sussex ini turut menyatakan peluang untuk melindungi fungsi memori masa hadapan dengan menggalakkan intervensi kesihatan mental dalam kalangan remaja dan orang dewasa dan mereka menyeru kerajaan UK untuk melabur dalam aspek kesihatan mental remaja dan orang dewasa sebagai langkah pencegahan untuk melindungi kesihatan otak generasi dan populasi yang sedang bergerak ke zaman penuaan.

Kajian ini turut menjadi satu ingatan kepada semua individu agar melakukan aktiviti yang boleh melindungi kesihatan mental masing-masing seperti mengekalkan hubungan yang kuat bersama rakan dan ahli keluarga, menyertai aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan atau melibatkan diri dengan aktiviti yang menenangkan seperti meditasi. Kesemua contoh aktiviti tersebut telah terbukti meningkatkan fungsi mental dan melindungi kesihatan mental. Jumpa dan dapatkan nasihat dan pertolongan daripada  doktor atau ahli psikologi sekiranya anda menyedari sebarang simptom kemurungan atau kebimbangan dalam diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Emosi menimang cahaya mata baru memang bercampur-baur. Hati-hati para ibu, kesan kemurungan boleh memudaratkan perkembangan bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser Payudara, Kanser 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

    Melancap ialah sebahagian daripada kehidupan seks, baik lelaki dan wanita. Namun, adakah ia memberi kesan kepada kita? Adakah ia menjadi penyebab jerawat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    faedah berkebun

    Jom Ajak Datuk & Nenek Anda Berkebun, Boleh Kuatkan Otot Dan Kurangkan Risiko Nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kayap

    Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan