MENYEDIHKAN, Inilah Realiti Buli Siber Di Malaysia – Kena Hentikan Sebelum Parah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Generasi masa kini menghabiskan masa di atas talian lebih daripada sebelumnya gara-gara kewujudan internet.

Setiap hari mereka menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer bukan sahaja untuk hiburan dan pendidikan tetapi juga untuk bersosial.

Penggunaan gajet sebagai alat komunikasi bukanlah suatu yang membahayakan.

Namun, seperti mana-mana aktiviti sosial yang lain, risiko untuk kejadian buli boleh berlaku secara atas talian dalam bentuk cyberbully atau buli siber.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai gejala buli siber di Malaysia yang kian membimbangkan.

Apa itu buli siber?

Ia didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan melalui media elektronik oleh individu atau kumpulan individu secara berulang kali dengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada yang lain.

Ini termasuklah dalam bentuk mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang.

Cyberbully kebiasaannya melibatkan remaja tetapi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Realiti cyberbully di Malaysia

Buli siber merupakan ancaman siber ketiga terbesar di Malaysia, sejurus selepas penipuan dan penggodaman atas talian.

Menurut kajian Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey pada tahun 2012, daripada 25 negara yang dikaji, Malaysia menduduki tangga ke-17 tertinggi dalam cyberbully.

Kajian terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 8-17 tahun tersebut mendapati kejadian cyberbully di Malaysia tidak jauh berbeza dengan statistik global sebanyak 37%, iaitu dengan 33% remaja Malaysia melaporkan pernah dibuli secara atas talian.

Data daripada Microsoft Corporation

Dengan polisi sekolah dan pendidikan yang sangat terhad terhadap pembulian siber di Malaysia, remaja di Malaysia juga didapati tidak mempunyai sistem sokongan yang baik terhadap buli siber berbanding di negara lain.

Laporan cyberbully oleh Pusat Bantuan Cyber999 pada tahun 2017 juga turut menunjukkan bahawa lebih banyak kes buli yang melibatkan mangsa belia yang berusia berbanding kanak-kanak dan remaja.

Hal ini tidak lagi menghairankan kerana tokoh umum seperti selebriti dan aktivis sosial mungkin menjadi mangsa kecaman masyarakat.

Penggunaan akaun palsu dan rasa kebersamaan dengan pembuli lain yang turut menghamburkan komen agresif dan mengancam di dunia maya juga menyebabkan cyberbully sukar dibendung.

Pembuli dan mangsa buli

Meskipun pembulian siber berlaku tanpa mengira jantina, terdapat kajian yang mendapati cyberbully di Malaysia mungkin lebih banyak berlaku kepada dan oleh perempuan walaupun jurang perbezaannya tidak terlalu besar.

Berbeza dengan negara lain seperti Taiwan yang mungkin menggunakan khidmat pesanan ringkas sebagai alat buli siber, Malaysia yang mempunyai pengguna laman sosial seperti fb yang ke-8 tertinggi di Asia didapati lebih kerap mengalami cyberbully di laman sosial.

infografik ihsan Berita Harian

Ini sedikit sebanyak dicerminkan dengan penggunaan istilah ‘mak cik bawang’ oleh netizen kerana fenomena umpatan dan mengeji orang lain di dunia maya yang lebih cenderung dilakukan perempuan.

Di dunia sebenar, pembuli boleh menjadi mangsa buli dan begitu juga sebaliknya.

Perkara yang sama turut dilihat di media sosial dengan satu kajian di Kanada mendapati 16.7% mangsa buli siber membuli orang lain di atas talian juga.

Sementara hampir 27.3% pembuli mengaku menjadi mangsa buli siber di atas talian.

Kaitan antara kitaran pembuli dan mangsa buli ini penting untuk disedari kerana campur tangan untuk membendung buli siber ini harus melibatkan kedua-dua mangsa dan pembuli.

Ibu bapa yang ingin mendidik anak mereka dengan tata susila sosial di atas talian seharusnya menerangkan pencegahan diri daripada membuli dan dibuli di laman sosial.

Kesan buli siber

Walaupun cyberbully kelihatan tidak meninggalkan kesan fizikal, gejala ini lebih berbahaya dan mengancam kesihatan mental mangsa kerana boleh dilakukan berulang kali dan beramai-ramai semudah menaip di hujung jari.

Penggunaan bahan rakaman atau gambar juga akan menyebabkan mangsa lebih tertekan kerana bahan tersebut akan terus tersebar dan dikongsi di atas talian.

Cyberbully juga kadangkala melibatkan ugutan yang seperti keganasan fizikal atau seksual.

Dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kematian akibat bunuh diri kerana tekanan mental dan emosi yang dihadapi mangsa.

Oleh itu, cyberbully harus dicegah bermula dengan diri anda sendiri, iaitu dengan penggunaan media sosial secara beretika dan tidak menggalakkan orang lain terlibat dengan buli siber.

Ingat, sebelum menulis komentar, tanya diri anda sendiri jika apa yang anda tulis akan memberi kesan negatif kepada sasaran anda atau tidak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Dibuli Adik-beradik, Bukan Isu Remeh

Kita biasa mendengar kes buli remaja dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan kes dibuli adik-beradik sendiri, adakah ia normal atau tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 18/11/2019 . 2 minit bacaan

Biadap Di Media Sosial, Isu Yang Semakin Tenat Dan Kritikal

Media sosial merupakan antara platform perhubungan masa kini. Tetapi adab pengguna media sosial semakin dikatakan semakin kritikal, benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Dalam Diam, Pembulian Siber Telah Menyebabkan BANYAK Kematian Bunuh Diri!

Dunia hiburan dikejutkan dengan kematian selebriti K-pop ternama yang dikatakan membunuh diri kerana akibat daripada tekanan buli siber yang diterimanya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Tiada Siapa Terselamat Dari Buli Siber, Termasuklah Orang Kenamaan

Buli siber boleh berlaku kepada setiap individu tanpa mengira umur, jantina dan lain-lain begitu juga pangkat. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Tempatan 19/09/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

selamat untuk kanak-kanak

TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
cara hormat guru

Lanjutan Kes Ustazah Merangkak Tular, Ibu Bapa WAJIB Ajar Anak Hormat Guru!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/02/2020 . 4 minit bacaan
asrama sekolah

Jangan Lepas Tangan! Hanya Kanak-kanak 12 Tahun Keatas Sahaja Sesuai Ke Asrama Sekolah

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan
anak-kaki-buli-ketahui-cara-mengatasinya

Alamak, Anak Kaki Buli? Ketahui Cara Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan