Bromidrofobia: Ketakutan Melampau dengan Bau Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tiada siapa yang selesa dan mampu mengekalkan keyakinan diri jika bau badan sendiri mengganggu orang lain. Malah ramai yang memakai minyak wangi berlebihan untuk memastikan tubuh tetap wangi sebelum keluar. Bahkan kerana takut mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan orang lain, ada yang kerap mandi secara berlebihan. Dalam dunia psikologi, hal ini disebut sebagai bromidrofobia atau takut bau badan. Adakah terdapat cara untuk mengatasi fobia bau badan ini? Berikut adalah penjelasannya.

Apa itu bromidrofobia?

Adalah wajar jika anda ingin memiliki tubuh yang bersih dan wangi sepanjang hari. Terutamanya setelah bersenam atau melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, pasti terasa ingin segera mandi, bukan?

Mereka yang mengalami bromidrofobia biasanya akan menjadi terlebih pembersih dan mempunyai hobi mandi untuk mencegah bau badan. Ini disebabkan mereka yang mengalami fobia ini menjadi sangat takut dengan bau badan kerana risau akan dipulaukan orang lain.

Tanpa disedari, fobia jenis ini sangat kerap berlaku dalam kalangan masyarakat. Dr. Katharine Phillips daripada Rhode Island Hospital di Providence, mengungkapkan pada WebMD bahawa sehingga 85 peratus orang berasa mereka mempunyai bau badan yang busuk dan mengganggu orang lain, walaupun sebenarnya tidak.

Dalam kes yang lebih teruk, penderita bromidrofobia mungkin melukakan tubuhnya sendiri kerana menggosok dengan berlebihan sewaktu mandi.

Selain takut bau badan sendiri, penderita bromidrofobia juga takut terhadap bau badan orang lain. Secara amnya, penghidap fobia ini percaya bahawa bau tubuh yang tidak menyenangkan itu sangat mengganggu dan kotor.

Apa punca seseorang takut bau badan secara berlebihan?

Setiap orang memang wajib menjaga kebersihan tubuhnya untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit. Bukan sahaja tubuh, membersih rumah dan mencuci peralatan dapur juga dapat membantu anda mencegah penyakit berjangkit.

Namun, seperti mysofobia atau fobia kepada kuman, penderita bromidrofobia juga cenderung menjaga kebersihan secara berlebihan. Menurut pakar, penderita bromidrofobia mungkin mengalami gangguan obsesif-kompulsif atau OCD. Jika dikaitkan dengan OCD, seseorang mungkin mengalami tindak balas berlebihan terhadap perkara yang mengganggu fikiran mereka.

Membezakan rasa takut bau badan yang normal dan yang berlebihan

Kebanyakan orang memiliki rutin membersihkan badan sebelum keluar rumah. Contohnya mandi, memberus gigi, memakai deodoran atau minyak wangi. Namun, bagi mereka yang mengalami bromidrofobia, semua rutin tersebut dirasakan tidak mencukupi.

Mereka yang terkena fobia bau badan akan membersihkan diri secara berlebihan sebelum meninggalkan rumah. Contohnya, rutin mandi mereka mungkin terlalu kerap (kebiasaannya lebih daripada tiga kali sehari) kerana khuatir tidak cukup bersih. Bahkan, mereka cenderung menyental badan secara berlebihan untuk menyingkirkan kuman pada kulit.

Sama seperti jenis fobia yang lain, simptom bromidrofobia boleh bertambah teruk apabila tidak ditangani dengan segera. Kerana terlalu ingin kekal bersih dan wangi, penderita bromidrofobia sering:

  • Tidak mahu bersenam atau melakukan aktiviti berat yang boleh mengeluarkan peluh
  • Menolak untuk pergi ke mana saja jika tidak ada kemudahan tandas yang bersih dan wangi
  • Mengalami fobia sosial atau bahkan agorafobia, iaitu perasaan takut berada di tempat awam hingga panik berlebihan

Bagaimana cara mengatasi bromidrofobia?

Mereka yang takut bau badan secara berlebihan selalunya tidak dapat mengendalikan rasa takutnya sendiri. Oleh itu, penderita bromidrofobia perlu segera mendapatkan bantuan doktor atau ahli psikologi untuk belajar menenangkan diri mereka.

Biasanya, doktor akan menyarankan anda menjalani terapi kognitif dan perilaku (CBT) supaya anda boleh kembali kepada kebiasaan yang normal. Dalam terapi tersebut, anda akan belajar untuk:

  • Mengendalikan rasa cemas dan takut terhadap bau badan yang berlebihan melalui siri teknik relaksasi.
  • Menerima bau tubuh anda sebagai sesuatu yang semula jadi dengan siri latihan yang dikenali sebagai desensitisasi sistematis. Melalui siri ini, anda akan difahamkan bahawa tubuh secara semula jadinya menghasilkan bau badan yang mungkin muncul pada bila-bila masa. Oleh itu, bau semula jadi badan tidak perlu ditakuti secara berlebihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

    Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    MALUNYA! Ketiak Kerap Berbau, Jom Amalkan 5 Cara Hilangkan Bau Ketiak Ini, Senang Saja!

    Bagaimana rasanya untuk berdepan dengan individu yang mempunyai masalah bau badan seperti ketiak berbau. Adakah terdapat cara hilangkan bau ketiak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/08/2019 . 3 minit bacaan

    Badan Berbau: Apakah Puncanya?

    Masalah badan berbau atau bau badan adalah satu masalah biasa yang boleh dialami oleh sesiapa tanpa mengira lelaki atau perempuan. Namun, ia mendatangkan ketidakselesaan kepada individu di sekeliling. Terdapat pelbagai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/03/2019 . 2 minit bacaan

    Apa Itu Trypophobia?

    Pernah tak ketika anda melihat sesuatu berlubang yang banyak, dan tiba-tiba anda berasa meremang? Jika ya, anda berkemungkinan adalah penghidap trypophobia. Tapi tahukah anda apa itu trypophobia? Artikel di bawah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penyakit fobia

    Si Kecil Takut Dengan Belon? Jangan Biarkan Nanti Sampai Ke Besar Fobia, Ini Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    ketakutan-dialami-kanak-kanak-dan-cara-atasinya

    Anak Takut Gelap, [email protected]? Ketahui Fobia Lazim Bayi, Kanak-kanak & Remaja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
    halusinasi

    Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/11/2019 . 2 minit bacaan